backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Kegel: Senaman Untuk Faraj

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/11/2021

    Kegel: Senaman Untuk Faraj

    Kegel adalah satu amalan senaman yang berkesan untuk membuat faraj lebih ketat. Kebiasaannya keadaan faraj lepas bersalin atau kesan dari pengambilan ubat akan menyebabkan otot faraj menjadi longgar. Walau apapun alasannya, menjaga faraj agar sentiasa ketat harus menjadi keutamaan setiap wanita.

    Jika anda tidak berasa teruja dan letih ketika melakukan hubungan seks, faraj yang ketat akan menjadikan kehidupan seks anda luar biasa. Selain itu, anda pasti akan mempunyai faraj yang sihat untuk bertahun-tahun akan datang.

    Otot pelvis lemah – masalah setiap wanita

    Banyak faktor yang menjadi punca otot pelvis lemah, termasuk kehamilan, melahirkan anak, pembedahan, penuaan, ketegangan yang berlebihan akibat sembelit atau batuk kronik, dan berat yang berlebihan.

    Anda mungkin mendapat manfaat daripada senaman Kegel jika anda:

    • Kebocoran titisan air kencing semasa bersin, ketawa atau batuk yang turut dikenali sebagai stress incontinence.
    • Terdapat keinginan kuat untuk kencing secara tiba-tiba sebelum kehilangan jumlah air kencing yang besar. Keadaan ini dipanggil urinary incontinence.
    • Kebocoran najis atau dikenali sebagai fecal incontinence.
    • Senaman Kegel boleh dilakukan semasa hamil atau selepas melahirkan anak untuk mengelakkan berlakunya urinary incontinence.

    Perlu diingatkan bahawa senaman Kegel kurang berkesan untuk membantu wanita yang mengalami kebocoran air kencing yang teruk apabila mereka bersin, batuk atau ketawa. Senaman ini juga tidak sesuai dan tidak dapat membantu wanita yang mengalami masalah kebocoran air kencing disebabkan pundi kencing penuh, overflow incontinence.

    Apa itu Kegel?

    Perkara yang terbaik tentang senaman ini adalah ia sesuai untuk dilakukan di mana sahaja. Senaman ini dapat menguatkan otot pelvis, menyokong rahim, pundi kencing, usus kecil dan rektum. Dengan mengamalkannya, anda bukan sahaja menguatkan otot pelvis anda tetapi anda juga menguatkan otot lain yang turut terdapat di pelvis.

    Selain membantu mengetatkan faraj anda yang longgar, Kegel dapat membantu mencegah masalah seperti incontinence  yang menyebabkan otot yang menyokong uretra menjadi lemah. Jika ingin mengamalkan senaman ini, anda perlu mengetahui bahagian otot yang anda sasarkan.

    Bagaimana melakukan Kegel?

    Kegel boleh dilakukan di mana sahaja tanpa sesiapa pun mengetahuinya.

    • Fokus pada otot yang digunakan untuk menghentikan kencing.
    • Cuba untuk ‘ketatkan’ (squeeze) untuk 3 saat. Kemudian lepaskan selama 3 saat. Otot perut dan peha anda tidak perlu diketatkan.
    • Tambah 1 saat setiap minggu sehingga anda boleh ‘mengetatkan’ selama 10 saat setiap kali melakukan latihan ini.
    • Ulangi latihan ini 10 hingga 15 kali setiap sesi. Paling tidak lakukan 3 kali sehari.
    • Jangan lakukan Kegel ketika kencing kerana ia boleh menjejaskan pundi kencing anda.

    Senaman ini akan berkesan jika dilakukan secara berkala.

    Doktor anda mungkin mahu anda melakukan Kegel dengan biofeedback kerana ia membolehkan anda melihat, merasa, atau mendengar apabila latihan dilakukan dengan betul.

    Berjumpalah dengan doktor anda jika anda tidak menyedari peningkatan selepas melakukan Kegel selama 3 atau 4 bulan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan