Masa intim bersama dengan pasangan anda adalah sesuatu yang pasti menyeronokkan. Bagaimanapun, keseronokan tersebut mungkin terbantut apabil bau hanyir mula mencemari ruang udara sekitar anda.
Fakta Disemak oleh Dr. Shelby
Masa intim bersama dengan pasangan anda adalah sesuatu yang pasti menyeronokkan. Bagaimanapun, keseronokan tersebut mungkin terbantut apabil bau hanyir mula mencemari ruang udara sekitar anda.
Khususnya, bau hanyir persis bau ikan yang datangnya dari faraj pasangan anda. Jadi, apa yang menyebabkan bau faraj yang hanyir ini?
Bau faraj yang hanyir persis bau ikan ini adalah simptom lazim bagi Vaginosis Bakteria. Dalam faraj yang normal dan sihat, persekitaran dalaman faraj didominasi oleh spesis bakteria yang menghasilkan asid laktik (Lactobacillus spp) iaitu keluarga bakteria baik yang memastikan keadaan dalaman faraj sihat.
Cara mereka memastikan persekitaran dalaman yang sihat ini adalah dengan menghasilkan pH persekitaran yang bersifat asid untuk menekan pertumbuhan bakteria-bakteria lain.
Selain itu, mereka juga menghasilkan hidrogen peroksida, bahan yang membunuh bakteria jahat yang lain sekaligus menghalang dominasi spesis bakteria lain yang boleh mengganggu kesihatan dalaman faraj.
Dalam Vaginosis Bakteria, berlakunya gangguan kepada pH persekitaran dalaman faraj, menyebabkan bakteria lain yang dahulunya tertekan pertumbuhannya, boleh membiak dengan pantas dan banyak. Lazimnya, spesis yang bertanggungjawab dalam menyebabkan Vaginosis Bakteria ini adalah bakteria Gardnerella vaginalis.
Vaginosis Bakteria adalah sejenis masalah jangkitan faraj yang lazim, dengan anggaran bahawa 5 daripada 100 wanita mengalaminya.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya separuh daripada mereka yang mengalami Vaginosis Bakteria tidak menyedari sebarang simptom dan tidak sedar mereka menghidapinya.
Bagi yang sedar, simptom yang mereka perasan mungkin salah satu atau lebih daripada mana-mana tanda dan simptom di bawah:
Wanita yang menghidapi Vaginosis Bakteria boleh juga mengalami lelehan nipis berwarna kelabu keputihan yang banyak namun simptom ini tidak unik kepada Vaginosis Bakteria.
Jika anda perasan perubahan di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk memastikan sama ada anda benar-benar menghidap Vaginosis Bakteria atau mungkin diakibatkan jangkitan lain.
Kajian menunjukkan bahawa Vaginosis Bakteria berlaku lebih kerap dalam wanita yang aktif dalam aktiviti seksual atau yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau yang kerap bertukar pasangan.
Walaubagaimanapun, bukan semua yang menghidap Vaginosis Bakteria itu terlibat dalam aktiviti seksual kerana kajian turut mendapati bahawa wanita yang tidak pernah melakukan seks juga boleh menghidapinya.
Ini boleh disebabkan oleh penggunaan pencuci bahagian intim wanita yang berlebihan atau perubahan hormon yang tidak terkawal yang menyebabkan ketidakseimbangan spesis bakteria dalam faraj.
Sudah tentu, cuma kemungkinan besar ianya bukan disebabkan oleh Vaginosis Bakteria.
Satu dalam tiga wanita akan sembuh sendiri tetapi untuk mereka yang diganggu simptom Vaginosis Bakteria, amatlah penting untuk anda dapatkan rawatan yang mencukupi, melalui pengambilan antibiotik yang tepat.
Rawatan wujud dalam pelbagai bentuk seperti tablet, krim ataupun supositori. Pasangan anda tidak perlu dirawat kerana kajian membuktikan ianya tidak memainkan peranan dalam mengurangkan insiden yang sama berlaku di masa hadapan.
Penting untuk ditekankan bahawa rawatan awal dan mencukupi adalah mustahak kerana ianya boleh mendatangkan beberapa morbiditti seperti:
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Dr. Shelby
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen