backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

12 Punca Kenapa Boleh Ada Benjolan Pada Alat Sulit Lelaki & Perempuan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 04/07/2023

    12 Punca Kenapa Boleh Ada Benjolan Pada Alat Sulit Lelaki & Perempuan!

    Muka anda berubah pucat semasa memeriksa kemaluan. Ada benjolan pada kemaluan dan bahagian di antara dubur, adakah ia petanda jangkitan penyakit kelamin (STI)?

    Memang kita sering ditakutkan dengan penyakit kelamin sekiranya terdapat perkara tidak normal pada kemaluan.

    Ada ruam, STI kot. Ada ulser pada kemaluan, mungkin STI. Gatal punggung, STI lah tu.

    Artikel ini akan memberikan perspektif atau pengetahuan baharu kepada anda berkaitan dengan topik benjolan pada kawasan perineum. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu perineum dan kenapa ada benjolan pada kawasan tersebut?

    benjolan pada kemaluan

    Secara mudahnya, perineum adalah anggota badan yang terletak di antara penis/faraj dan dubur.

    Ia sangat sensitif dengan deria sentuh memandangkan terdapat saraf dan salur darah pada kawasan tersebut.

    Ramai individu kurang memberikan perhatian kepada perineum masing-masing.

    Ia berikutan kawasan tersebut kecil dan tidak mempunyai sebarang fungsi spesifik. 

    Namun, jika ada benjolan pada atau berdekatan dengan kawasan perineum, mulalah ‘cuak’.

    Keadaan tersebut boleh berpunca daripada:

    1. Kecederaan: Impak kepada kawasan selangkang (groin) boleh menyebabkan perineum anda koyak. Kesannya, ia boleh membentuk benjolan.
    2. Disfungsi pada otot lantai pelvik. Apabila terdapat kecederaan pada otot atau ligamen lantai pelvik, ia boleh menyebabkan berlakunya proses kontraksi tidak terkawal. Kesannya, ia akan membentuk benjolan pada kawasan perineum.
    3. Buasir. Keadaan kesihatan ini berlaku apabila salur darah pada kawasan dubur membengkak. Anda akan rasa sakit jika benjolan disentuh.
    4. Jangkitan kelamin. Virus herpes dan kutu kelamin boleh menyebabkan benjolan pada kawasan kemaluan yang kelihatan kemerah-merahan.
    5. Sista pada kawasan dubur. Secara amnya, mereka yang mempunyai sista tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, jika terlalu besar, anda mungkin sukar untuk duduk.
    6. Abses. Apabila terdapat kumpulan nanah pada kawasan dubur, ia boleh membentuk benjolan perineum.
    7. Kanser. Punca yang paling ditakuti, ketumbuhan malignan boleh tumbuh pada kulit di kawasan perineum. Lama-kelamaan ia boleh membesar dan menjadi lebih menyakitkan.

    Diagnosis boleh jadi umum atau berbeza mengikut jantina

    benjolan pada kemaluan

    Apa yang tersenarai di atas boleh didiagnosis pada mana-mana jantina. 

    Namun, oleh sebab lelaki dan wanita mempunyai struktur anatomi berbeza, terdapat diagnosis yang lebih spesifik kepada jantina tersebut.

    Benjolan pada kemaluan wanita (faraj)

    Berbeza dengan lelaki, benjolan pada kemaluan wanita boleh terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan kesihatan, antaranya:

    1. Radang pundi kencing: Walaupun lelaki dan wanita mempunyai pundi kencing, keadaan ini lebih lazim berlaku pada wanita. Kebengkakan yang berlaku pada otot organ tersebut boleh menyebabkan munculnya benjolan perineum.
    2. Jangkitan saluran kencing (UTI): Seperti punca pertama, UTI lazim berlaku pada wanita berikutan saluran uretra yang lebih pendek dan terletak berhampiran dengan dubur. Kebengkakan yang berlaku disebabkan oleh UTI boleh dimanifestasikan sebagai benjolan perineum.
    3. Benjolan semasa kehamilan: Mereka yang hamil mudah mendapat masalah benjolan perineum semasa trimester ketiga. Ia berikutan berat bayi meningkat dan keadaan posisi mereka di dalam pelvis.
    4. Sakit pada bahagian faraj (vulvodynia). Keadaan ini boleh menyebabkan tisu pada bahagian perineum membengkak.
    5. Komplikasi setelah prosedur episiotomi semasa bersalin. Bagi memudahkan bayi untuk keluar, ada masanya doktor akan memotong sedikit bukaan faraj. Ia dikenali sebagai prosedur episiotomi. Setelah bahagian tersebut dijahit, jangan pelik jika ada benjolan yang kadangkala gatal.

    Benjolan pada kemaluan lelaki (zakar)

    Berbeza dengan wanita, lelaki hanya mempunyai satu keadaan kesihatan yang lazim menyebabkan benjolan perineum, iaitu prostatitis atau keradangan pada kelenjar prostat. 

    Apabila organ tersebut membengkak, ia boleh menolak bahagian perineum keluar menyebabkan terbentuknya benjolan.

    Rawatan dan cara atasi rasa tidak selesa 

    benjolan pada kemaluan

    Walaupun kebiasaannya punca benjolan perineum tidak berbahaya, ia boleh memberikan ketidakselesaan kepada individu yang mengalaminya.

    Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk merawat atau mengurangkan rasa tidak selesa. Antaranya:

    1. Gunakan bantal duduk ‘donat’ yang direka khas untuk pesakit buasir untuk kurangkan tekanan pada kawasan perineum.
    2. Gunakan paket ais untuk redakan rasa sakit atau bengkak.
    3. Pakai pakaian yang longgar.
    4. Urutan lembut pada kawasan perineum anda.
    5. Basuh kawasan bengkak dengan teliti selepas berhadas.
    6. Ambil ubat tahan sakit (rujuk doktor terlebih dahulu).
    7. Jika puncanya adalah abses, doktor akan menggunakan jarum untuk mengeluarkan nanah tersebut.
    8. Kalau punca boleh dirawat melalui pembedahan, rujuk pakar untuk mengetahui jika pilihan tersebut sesuai dengan anda. Antara struktur yang boleh dibedah adalah buasir, sista dan ketumbuhan.

    Konklusi

    Benjolan pada kemaluan (perineum) walaupun tidak berbahaya tapi boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mempengaruhi produktiviti kerja.

    Apa yang anda perlu faham adalah benjolan tersebut bukan boleh berpunca daripada penyakit kelamin sahaja.

    Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan dengan jenis rawatan bersesuaian, rujuk doktor perubatan anda sekarang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 04/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan