backup og meta

5 Fakta Tentang Menopaus Wanita Dan Lelaki Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/01/2022

    5 Fakta Tentang Menopaus Wanita Dan Lelaki Perlu Tahu

    1. Apakah itu menopaus?

    Menopaus adalah keadaan di mana seorang wanita sudah tidak mengalami kitaran haid. Kebiasaannya, hormon wanita akan berubah-ubah setiap bulan sehingga menghasilkan kitaran haid. Hormon utama yang terlibat adalah estrogen dan progesteron.

    2. Berapa umur menopaus?

    Kebiasaannya, menopaus berlaku pada umur antara 45 dan 55 tahun, dengan purata 51 tahun. Ada juga kes di mana menopaus berlaku sebelum umur 45 tahun atau selepas 55 tahun. Kes-kes seperti ini disebabkan oleh banyak faktor termasuk pengambilan pil hormon, pembedahan membuang kilang telur (ovari), bilangan anak dan sesetengah penyakit.

    3. Mengapa menopaus berlaku?

    Setiap wanita normal mempunyai kilang telur (ovari). Setiap bulan, ovari akan melepaskan ovum ke dalam sistem reproduktif wanita. Pelepasan ovum ini akan merangsang kadar estrogen untuk naik. Jika persenyewangan dengan sperma berlaku, ia akan diikuti dengan kehamilan. Jika tidak, telur tersebut akan mengecut dan dibuang. Kemudian, kitaran yang sama akan berulang.

    Selepas bertahun-tahun, ovum di dalam ovari akan habis menyebabkan kitaran haid bulanan tidak lagi boleh berlaku. Hasilnya, berlakulah menopaus.

    4. Apakah perubahan yang berlaku selepas menopaus?

    Hormon utama yang terkesan selepas menopaus adalah estrogen. Ini adalah kerana ia dilepaskan oleh ovum sebelum menopaus. Estrogen adalah hormon yang berperanan besar dalam memberikan ciri-ciri kewanitaan kepada seorang wanita. Ia juga menyumbang kepada kekuatan tulang dan mencegah beberapa penyakit serta mengawal emosi.

    Apabila estrogen berkurang, ia boleh menyebabkan beberapa simptom termasuk sakit kepala, insomnia, rambut gugur dan masalah memori serta emosi tidak stabil.

    5. Adakah menopaus perlu dirawat?

    Menopaus adalah fenoma semula jadi yang berlaku ke atas semua wanita. Secara amnya, tiada rawatan diperlukan kerana ia bukanlah sejenis penyakit atau gangguan. Namun dalam beberapa kes, interventi diperlukan jika simptom menopaus terlalu mengganggu aktiviti harian seseorang. Terapi hormon gantian (HRT) adalah antara pilihan rawatan yang ada untuk menggantikan hormon yang kurang.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan