backup og meta

Ada Orang Sapu Ubat Gigi Pada Zakar Untuk Tahan Lebih Lama? Ini Apa Kata PAKAR!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/07/2023

    Ada Orang Sapu Ubat Gigi Pada Zakar Untuk Tahan Lebih Lama? Ini Apa Kata PAKAR!

    Tahukah anda, ada lelaki yang sanggup menggunakan pelbagai metode yang tidak masuk akal termasuklah menyapu ubat gigi pada penis semata-mata ingin tahan lebih lama ketika berasmara? Katanya, kegunaan ubat gigi untuk zakar ini dapat menghilangkan masalah ejakulasi. 

    Adakah perbuatan ini boleh membantu atau cuma mengarut bagi anda? Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapannya.

    Trend sapu ubat gigi pada penis untuk tahan lama!

    Segala kepercayaan mengenai kegunaan ubat gigi untuk zakar ini bermula di laman perkongsian video popular Youtube dan laman sembang Reddit.

    Ia memaparkan sebuah video tutorial yang mengatakan bahawa perbuatan menyapu ubat gigi pada penis mampu membuat seorang lelaki itu tahan lebih lama ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan.

    Video yang dimuat turun oleh seorang lelaki bernama Jose Barber kini sedang sohor kini dan paling membimbangkan, sudah lebih daripada satu juta individu menontonnya!

    Menurut ‘tip kesihatan seksual’ di dalam video itu, perbuatan ini akan memberi beberapa manfaat terhadap lelaki antaranya menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi dan paling utama, membuat seorang lelaki itu tahan 30 minit lebih lama berbanding sebelumnya.

    Jadi, adakah anda percaya dengan kenyataan ini? Benarkah ada baiknya kegunaan ubat gigi untuk zakar?

    Apa kata pakar tentang hal kegunaan ubat gigi untuk zakar?

    kegunaan ubat gigi untuk zakar

    Jika anda percaya, maka anda juga tergolong dalam kalangan individu yang terpedaya!

    Menurut James O’Loan yang merupakan seorang ahli farmasi dari United Kingdom (UK) mengatakan bahawa tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan ubat gigi boleh membantu menyelesaikan masalah seksual.

    Beliau yang juga menawarkan servis doktor dalam talian menerusi laman sesawang Doctor-4-U turut menegaskan orang ramai untuk tidak sekali-kali percaya bahkan mencuba metode ini. 

    Perbuatan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang atau disfungsi ereksi seperti yang digembar-gemburkan di dalam video tersebut.

    Malahan juga, bahan yang terdapat di dalam ubat gigi seperti minyak pudina dan bahan kimia lain termasuklah agen peluntur, sebenarnya boleh membuat kulit yang sensitif mengalami iritasi yang ekstrem.

    Apabila disapu pada zakar pula, ia mungkin akan membuat kulit pada bahagian sulit anda itu terbakar, melepuh lalu meninggalkan parut.

    Tiada lelaki yang mahu perkara ini terjadi…

    Alternatif selain sapu ubat gigi pada zakar

    kegunaan ubat gigi untuk zakar

    Lupakan ubat gigi. Ia bukan ubat yang boleh membuat anda tahan lama ketika beraksi di ranjang. Sebenarnya, ada beberapa alternatif yang anda boleh lakukan.

    Antara yang paling popular dalam kalangan lelaki di seluruh dunia adalah Viagra!

    Secara umumnya, Viagra berfungsi dengan mengendurkan pembuluh darah pada zakar di samping melancarkan aliran darah segar daripada jantung menuju zakar.

    Semakin deras aliran darah ke zakar, semakin kuat dan besar ereksi yang boleh dialami. Kesan ubat ini biasanya akan mula kelihatan dalam 30-60 minit setelah diambil.

    Secara amnya, lelaki yang mengambil ubat ini dapat mengekalkan ereksi sehingga 4-5 jam setelah penggunaannya di samping dipandu oleh rangsangan seksual.

    Namun, kesan ubat ini sebenarnya sangat bergantung kepada faktor kondisi kesihatan penggunanya.

    kegunaan ubat gigi untuk zakar

    Tahap metabolisme tubuh badan lelaki yang mengambil ubat ini mungkin akan mempengaruhi ereksi. Disebabkan itu, tidak semua lelaki dapat merasakan kesan yang sama.

    Kebanyakan lelaki melaporkan bahawa kesan pil biru ini biasanya mula menghilang dalam 2-3 jam setelah dos pertama.

    Untuk pengetahuan anda, Viagra mungkin tidak menjamin seorang lelaki untuk mengalami ereksi dalam waktu lama.

    Pada dasarnya ubat ini hanya digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah menuju zakar. Rangsangan seksual daripada sentuhan mengghairahkan juga penting agar hubungan seks terasa lebih nikmat.

    Namun, ia sudah tentu merupakan alternatif yang lebih baik daripada ubat gigi! Lagipun, jangan terperdaya dengan kegunaan ubat gigi untuk zakar ini. Silap-silap, ke hospital pula anda nanti!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan