backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangkitan Kelamin HPV Boleh Sebabkan Kanser Serviks, Ambil Tahu Simptom Bahayanya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    Jangkitan Kelamin HPV Boleh Sebabkan Kanser Serviks, Ambil Tahu Simptom Bahayanya

    Human papillomavirus atau HPV adalah biasa dalam kalangan lelaki dan wanita dewasa. Jangkitan kelamin HPV adalah satu jangkitan yang bahaya. Malah, jangkitan HPV juga boleh membawa kepada komplikasi teruk yang akhirnya menjurus kepada panyakit kanser.

    Jadi apakah simptom jangkitan kelamin HPV? Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut.

    Ketahui maklumat lanjut tentang Kesihatan Seksual di laman sesawang kami.

    Apa yang anda tahu tentang jangkitan kelamin HPV?

    Jangkitan kelamin HPV

    HPV adalah jangkitan yang berlaku di bahagian berhampiran dan di dalam alat kelamin. Jangkitan ini biasa berlaku bagi individu dewasa sama ada lelaki mahupun wanita.

    Malah, separuh daripada jumlah individu yang aktif dalam hubungan seks telah dijangkiti dalam masa tertentu dalam kehidupan mereka.

    Namun mengejutkan apabila ramai antara mereka tidak menyedari tentang jangkitan itu kerana jangkitan ini tidak mempunyai apa-apa simptom khusus yang boleh dilihat.

    Simptom ini bergantung kepada jenis HPV yang pesakit alami. 

    Secara keseluruhannya, terdapat lebih 100 jenis jangkitan dan beberapanya dikenal pasti menyebabkan ketuat (kutil) pada alat kelamin walaupun ketuat itu tidak kelihatan dengan mata kasar.

    Tetapi terdapat beberapa jenis HPV yang boleh mengakibatkan kanser serviks dan beberapa kanser lain, tanpa adanya ketuat, kutil atau sebarang simptom lain.

    Ada juga jenis jangkitan yang akan menyebabkan timbulnya ketuat pada bahagian badan lain seperti tangan atau kaki.

    Bahaya jangkitan kelamin HPV

    Ramai individu yang mendapat HPV boleh sembuh tanpa sebarang rawatan.

    Namun, anda perlu berhati-hati kerana jika anda membiarkannya tanpa rawatan yang betul, ia boleh merebak dan menyebabkan keberangkalian untuk mendapat penyakit yang lebih teruk seperti kanser serviks atau dubur.

    Simptom HPV

    Jangkitan kelamin HPV

    Human papillomavirus muncul dalam membran mukus seperti di kawasan alat kelamin, atau pada kulit. Jika anda mengenal pasti kemunculan ketuat di alat kelamin, itu bermakna anda telah dijangkiti HPV.

    Ketuat pada alat kelamin muncul dalam pelbagai bentuk dan warna.

    Ia boleh menjadi warna merah jambu, warna seakan daging, boleh timbul dalam keadaan rata atau berketul.

    Ia juga boleh berbentuk seperti bunga kubis. Ketuat yang timbul mungkin satu atau mungkin beberapa ketul dan ia boleh merebak ke serviks, pangkal paha, zakar, skrotum, anus atau paha.

    Kenapa boleh dijangkiti HPV?

    Jangkitan kelamin HPV

    Kewujudan ketuat pada alat kelamin adalah sukar untuk dijangka, ia boleh muncul seminggu atau mungkin sebulan selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti HPV.

    Pasangan anda mungkin tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti HPV atau menjadi punca penyebaran jangkitan ini.

    Oleh kerana ini, adalah penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan pap semar atau ujian HPV secara berkala bagi mengesan gejala jangkitan ini pada peringkat awal.

    Wanita juga disarankan untuk mendapatkan suntikan HPV di klinik berdekatan anda sebagai salah satu langkah pencegahan.

    Selain itu, gunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks untuk mengelakkan penyebaran jangkitan HPV. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan