backup og meta

Ini Rahsia Untuk Buat Isteri Klimaks Ketika Berasmaradana, Suami Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/02/2024

    Ini Rahsia Untuk Buat Isteri Klimaks Ketika Berasmaradana, Suami Kena Tahu!

    Setiap kali di ranjang melakukan hubungan seks, pasti ada sahaja pasangan yang akan tewas awal. Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh si suami demi mencapai klimaks isteri?

    Sila ikuti artikel ini demi mengetahui teknik yang perlu suami lakukan untuk buat klimaks isteri atau klimaks wanita. 

    Kebanyakan kes sebegini akan berlaku kepada suami di mana isteri masih belum puas selepas melakukan hubungan seks sedangkan suami sudah lena dibuai mimpi setelah penat beraksi.

    Ini kerana wanita sememangnya lebih sukar untuk mencapai orgasma berbanding lelaki.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Kesilapan suami dalam usaha buat klimaks isteri

    Berapa lama isteri puas? Kenapa isteri sukar klimaks?

    Tanggungjawab dalam memastikan hubungan seks yang memuaskan untk wanita terletak di bahu suami.

    Ini kerana si suami adalah nakhoda kapal, manakala si isteri pula cuma seorang penumpang yang hanya mengikut sahaja getaran dan hayunan ombak yang menghambat kapal itu.

    Jadi, anda sebagai suami tidak perlu bersikap ego dan ambil tahu di mana silap anda dalam melayan isteri!

    klimaks isteri
    Kerjasama dua pihak diperlukan untuk hubungan intim yang memuaskan.

    Menurut pengarang buku bertajuk “The Case of the Female Orgasm”, Elisabeth Lloyd, kira-kira 30% lelaki beranggapan bahawa penetrasi zakar merupakan cara yang paling bagus untuk bikin klimaks isteri.

    Ini adalah persepsi di dalam seks yang sama sekali tidak tepat dan perlu diubah dalam kadar segera.

    Menurut beliau lagi, wanita yang mencapai orgasma bersama pasangan mereka akan lebih cenderung menghargai hubungan mereka.

    Sebenarnya, klimaks isteri boleh dicapai dengan pelbagai cara berbeza mengikut keinginan wanita itu sendiri. Pun begitu, ada satu pedoman yang boleh lelaki gunakan iaitu, golden trio.

    Golden trio

    Menurut kajian bersama yang dilakukan oleh Chapman University, Indiana University dan Kinsey Institute terhadap 52,000 individu berusia di antara 18 hingga 65 tahun di Amerika, klimaks iseri sebenarnya bergantung kepada 3 kunci utama atau lebih dikenali sebagai golden trio.

    Golden trio itu adalah:

    • Seks oral
    • Kucupan hangat
    • Rangsangan klitoris

    Begitu juga dengan kucupan hangat atau french kiss, yang merupakan perkara paling penting dalam ringan-ringan atau foreplay.

    klimaks isteri
    Cara-cara hangatkan semula hubungan bersama pasangan anda.

    Rangsangan klitoris, teknik paling berkesan antara golden trio

    Sebelum pergi lebih lanjut, lebih baik kita mengenali bahagian ini dengan sedalam mungkin terlebih dahulu.

    Apakah itu klitoris? Klitoris atau lebih dikenali sebagai biji kelentit berada puncak vulva di atas uretra dan bukaan faraj.

    Untuk pengetahuan anda, ia sangat sensitif terhadap sentuhan. Ia boleh memberikan keseronokan yang hebat kepada wanita jika dirangsang pada bahagian ini.

    Namun, ramai individu di luar sana keliru di antara biji kelentit dengan G-spot untuk klimaks isteri.

    Apakah itu G-Spot? G-spot adalah sesuatu yang boleh dirasai melalui dinding hadapan faraj, tetapi tidak semestinya berada di dinding faraj.

    Dalam erti kata yang lain, ia bukanlah perkara fizikal tetapi ia lebih rumit daripada itu.

    Hakikatnya, ia boleh dikatakan sebagai satu ‘keghairahan’ seks apabila wanita disentuh pada bahagian dinding hadapan faraj, prostat dan kawasan klitoris.

    Namun, anda juga perlu faham bahawa setiap wanita adalah tidak sama. Ini kerana setiap wanita mempunyai struktur dalaman yang berbeza bergantung kepada individu.

    Sekiranya anda sebagai wanita langsung tidak pernah mengalami klimaks wanita, tubuh badan anda berkemungkinan distruktur dalam bentuk yang lebih khusus.

    klimaks isteri
    Wanita tidak perlu malu meluahkan tentang kepuasan mereka kepada suami.

    Ini bermakna klitoris dan G-spot anda mungkin tidak dijadikan untuk sensitif terhadap rangsangan seperti orang lain.

    Namun, anda tidak perlu risau. Ini kerana tahap sensitiviti terhadap rangsangan anda bergantung kepada bagaimana kawasan klitoris, uretra dan faraj anda distruktur.

    Perempuan dengan kawasan tersebut yang lebih mungkin akan mencapai klimaks wanita dengan lebih mudah.

    Saintis menjelaskan bahawa kawasan yang lebih luas bermakna lebih banyak saluran darah, otot dan kelenjar yang meningkatkan tahap sensitivitinya.

    Namun, sekiranya anda tidak pernah mencapai klimaks wanita selama anda mengadakan hubungan seks dengan suami, jangan risau.

    Ia tidak bermakna anda mengalami kecacatan atau kondisi kesihatan. Ia cuma bermakna anda adalah sedikit unik berbanding wanita lain.

    Jadi, sila berbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai perkara ini dalam usaha mencapai kesejahteraan dalam kehidupan seks anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan