backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Wahai Lelaki, Ketahui Manfaat & Mudarat PAM ZAKAR Sebelum Anda Guna!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    Wahai Lelaki, Ketahui Manfaat & Mudarat PAM ZAKAR Sebelum Anda Guna!

    Agak menggelikan hati ramai orang, telah banyak produk pam zakar bagi mereka yang mati pucuk dipasarkan di media sosial kini. Persoalannya, adakah ia akan berkesan dan tidak berbahaya? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Mati pucuk dalam kalangan orang lelaki

    Hakikatnya, ramai lelaki yang mengalami mati pucuk menggunakan testimoni pam zakar atau penis ini sebagai kaedah yang kononnya boleh menyelesaikan masalahnya.

    Adakah ia benar boleh membantu?

    Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi, mari kita sama-sama ketahui serba sedikit mengenai kondisi yang turut dikenali sebagai disfungsi ereksi ini.

    Mati pucuk akan terjadi apabila anda tidak mampu atau tidak boleh mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan hubungan seks.

    Anda mungkin mengalami kondisi ini jika anda:

    • boleh mengalami ereksi kadang-kadang, walaupun bukan setiap masa;
    • boleh mendapat ereksi, tapi tidak bertahan cukup lama untuk melakukan hubungan seks;
    • tidak mampu mendapat ereksi langsung.

    pam zakar

    Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh International Journal of Endocrinology, ED adalah lebih tinggi risiko dialami oleh kira-kira 5% lelaki yang berusia 40 tahun ke atas dan 15% lelaki yang berusia 70 ke atas.

    Pun begitu, kondisi ini tidak semestinya akan berlaku kepada golongan tua sehaja kerana ada juga golongan muda yang malang turut mengalaminya.

    Jadi, anda sebagai lelaki yang masih muda jangan berasa lega kerana ia juga mungkin akan berlaku kepada anda.

    Namun, pam penis bukanlah jawapannya. Sebaiknya, anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubatan atau rawatan yang sewajarnya.

    Kesan pam zakar, bermanfaat atau bermudarat?

    Untuk menjawab persoalan ini adalah agak sukar.

    Ini kerana alat ini sebenarnya mempunyai dua cabang tahap keberkesanannya iaitu yang positif dan yang negatif.

    Jadi, jawapannya adalah mungkin bermanfaat namun juga bermudarat jika ia tidak digunakan dengan cara yang betul. Anda tahu apa itu pam zakar?

    Buat anda yang belum tahu, pam penis adalah sejenis tiub berbentuk silinder yang digunakan untuk tujuan membesarkan dan menguatkan ereksi alat kemaluan lelaki.

    pam zakar

    Alat ini kebiasaannya digunakan oleh mereka yang mengalami masalah mati pucuk untuk membolehkan mereka bersama dengan pasangan. Pun begitu, sejauh manakah keberkesanan penggunaannya?

    Manfaat pam penis

    Sebagaimana tujuan penciptaannya, pam zakar sebenarnya mungkin benar boleh membantu lelaki untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

    Cara ia berfungsi adalah dengan mencipta ruang vakum di sekeliling alat kemaluan lelaki untuk tujuan menggalakkan pengaliran darah ke situ.

    Setelah berjaya mendapatkan ketegangan zakar yang dimahukan, lelaki boleh menggunakan cincin zakar untuk membantu mengekalkan darah yang terkandung di dalamnya.

    Mudarat pam penis

    Jika tersalah cara penggunaannya, ia mungkin akan memudaratkan alat kemaluan anda. Berikut merupakan risiko dan kesan sampingannya:

    • Zakar membengkak dan menjadi kebas dan sakit
    • Saluran darah pecah lalu menyebabkan bintik kecil berwarna merah atau petechiae
    • Ereksi berasa tidak selesa kerana ia bukan dari proses semula jadi
    • Tidak semua kawasan zakar akan mengalami ereksi
    • Ejakulasi yang menyakitkan kerana air mani terasa seakan tersekat
    • Kesan psikologi – perasaan malu, kekok atau turn off setiap kali perlu menggunakan pam untuk mendapatkan ereksi

    pam zakar

    Kalau ia hendak dibandingkan, memang agak sukar.

    Alat ini sangat membantu lelaki yang mempunyai masalah ereksi namun dalam masa yang sama, turut membawa beberapa kemudaratan lain.

    Kuncinya di sini adalah cara penggunaannya. Jika anda buat dengan cara betul, ia mungkin akan meminimumkan mudarat tersebut. Jika tidak pula, anda bakal berdepan risiko yang berbahaya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan