backup og meta

Dalam Diam Rupanya Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Patutlah Malam Tadi Tidur Nyenyak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/08/2021

    Dalam Diam Rupanya Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Patutlah Malam Tadi Tidur Nyenyak!

    Kita biasa terdengar atau terbaca mengenai mimpi basah yang dialami oleh golongan lelaki. Namun, tahukah anda bahawa wanita juga boleh melaluinya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Adakah mimpi basah itu normal?

    Bagi lelaki, ia adalah perkara yang sangat normal. Mimpi basah (noctural orgasms), akan berlaku kepada remaja lelaki sebagai tanda sudah mencapai akil baligh.

    Punca ia berlaku adalah peningkatan hormon testosteron dalam tubuh badan.  

    Ada sebab mengapa ia dipanggil mimpi basah. Ini kerana di saat lelaki itu sedang tidur, dia mungkin akan mengalami mimpi yang merangsang syahwatnya.

    Tanpa disedari, air mani akan terkeluar semasa tidur lalu membasahkan seluar dan tempat tidur anda. 

    Sebenarnya, ia bukan sahaja akan berlaku sekali seumur hidup. Malahan, ada lelaki yang akan mengalaminya beberapa kali selepas akil baligh.

    Bagi lelaki, ia mungkin normal. Tetapi bagaimana pula dengan wanita?

    wanita mimpi basah

    Boleh atau tidak wanita alami mimpi basah?

    Ya, wanita juga boleh alami mimpi basah, namun ia adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Jika ia tidak pernah berlaku kepada anda, usah khuatir. Ia tidak bermakna kesihatan seksual anda berada pada tahap yang buruk, ya?

    Menurut kajian yang diterbitkan oleh The Journal of Sex Research, 37% daripada wanita yang diselidik pernah mengalami mimpi basah. Kajian ini juga menyatakan bahawa aktiviti seksual yang sihat bersama pasangan mungkin menjadi punca ia berlaku.

    Menurut kajian itu lagi, wanita yang mempunyai kehidupan seks yang sihat dan sejahtera bersama pasangan lebih berpotensi mengalami mimpi basah.

    Jadi, ia bukan merupakan satu petanda yang buruk jika anda kerap mengalaminya.

    Sebab wanita alami mimpi basah

    Sekarang anda sudah tahu bahawa ia normal berlaku kepada wanita. Namun begitu, apakah sebabnya?

    #1. Rangsangan seksual sebelum tidur

    Ia mungkin berlaku apabila wanita mengalami rangsangan seksual sebelum tidur. Ia mungkin berlaku ketika peringkat tidur REM (rapid eye movement).

    Ketika ini, aliran darah akan meningkat pada bahagian pelvik dan otak yang sekali gus menyebabkan tubuh badan terangsang secara seksual ketika sedang tidur.  

    #2. Ketidakstabilan emosi

    Selain itu, ia juga mungkin berlaku apabila wanita itu terlalu gembira atau terlalu stres. Aneh bukan? Akan tetapi, itulah hakikatnya.

    Namun, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kesahihannya. 

    Konklusi

    Kesimpulannya, mimpi basah boleh berlaku kepada lelaki dan juga wanita. Pun begitu, anda perlu tahu bahawa setiap individu adalah berbeza. Jika anda tidak pernah mengalaminya atau terlalu kerap kali mengalaminya, jangan bimbang. Ia adalah sesuatu yang normal.

    Untuk lebih kepastian, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan