Mengenai Seks: 14 Perkara Harus Diketahui

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Dalam era moden ini, perihal seks adalah sesuatu yang janggal untuk dibualkan. Ia adalah satu perkara yang cuba dielakkan. Malah, ibu bapa anda juga mungkin tidak akan berbual dengan anda mengenai topik ini. Akhirnya, anda akan lebih mempercayai khabar angin mengenai seks, yang bukan hanya membuatkan anda tertanya-tanya, tetapi mungkin juga menyebabkan anda terlibat dalam masalah. Artikel ini akan berkongsi 14 perkara yang anda harus ketahui mengenai seks.

14 perkara mengenai seks

1. Seks kali pertama, boleh menyebabkan kehamilan

Kehamilan boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia tidak menunggu kali kedua atau ketiga. Jika anda seorang individu wanita dan subur, anda boleh hamil jika anda tidak menggunakan perlindungan seks. Terdapat kanak-kanak perempuan yang hamil walaupun sebelum kedatangan haid pertama mereka. Jadi, perlindungan adalah penting. Pastikan anda menggunakan kontraseptif. Kondom adalah yang terbaik kerana ia dapat melindungi anda daripada penyakit kelamin (STD).

2. Pancut di luar belum tentu selamat

Pasangan anda menyatakan bahawa anda tidak perlu bimbang kerana dia akan menarik keluar zakarnya tepat pada waktu? Jangan terpedaya. Ia merupakan antara perihal mengenai seks yang sering kali dipercayai, sama ada individu wanita mahupun lelaki. Walaupun dia berjaya menarik keluar zakarnya sebelum ejakulasi, anda masih berisiko untuk hamil. Ini kerana apabila seorang individu lelaki teruja, badannya akan mengeluarkan cairan pra ejakulasi, yang mengandungi sperma dan jangkitan kelamin yang lain. Paling selamat, sila pakai kondom.

3. Tiada posisi boleh mencegah kehamilan

Mitos menyatakan kehamilan boleh dielakkan jika ia dilakukan pada posisi berdiri atau duduk dalam tab mandi. Kedengaran menyakinkan, bukan? Tapi, malangnya, sperma adalah satu sel yang mempunyai semangat yang kuat. Ia akan berenang ke atas mencari telur untuk disenyawakan. Ia tidak mengira sama ada anda duduk, berdiri malah melompat sekali pun, anda tetap berisiko untuk hamil jika tiada kontraseptif.

4. Seks oral takkan menghamilkan

Ya, anda menelan sperma dan ia akan masuk ke usus dan dicerna. Namun, anda masih berisiko untuk mendapat penyakit kelamin melalui oral seks. Mencegah adalah yang terbaik, bukan? Sentiasa gunakan kondom apabila berkaitan seks.

5. Cling film tidak boleh menggantikan kondom

Plastik telus yang digunakan untuk membalut makanan atau cling film bukanlah satu idea yang hebat untuk melindungi anda daripada kehamilan. Sebarang plastik tidak boleh digunakan sebagai pengganti kondom. Hanya kondom yang dapat melindungi anda daripada kehamilan dan penyakit kelamin.

6. Testis tidak akan meletup

Jangan pernah tertipu dengan alasan ini. ‘Bola’ yang menyimpan sperma atau dirujuk sebagai testis ini tidak akan meletup walaupun tidak melakukan hubungan seks. Tidak pernah wujud kes individu cedera apabila tidak melakukan seks. Sperma akan dihasilkan setiap hari dan sperma yang tidak digunakan, akan diserap kembali.

7. Hanya sekali pakai

Kondom direka untuk kegunaan pakai buang. Jangan basuh dan memakainya kembali. Geseran boleh melemahkan fungsi perlindungan kondom, yang menyebabkan berlaku kebocoran. Sebaiknya tukar kondom yang baru selepas 30 minit hubungan seks.

8. Saiz tidak penting

Tiada jaminan zakar yang besar akan memberi wanita lebih kepuasan. Zakar yang besar tidak menjadikan ia mudah untuk mengesan G-spot anda. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan anda berasa sakit kerana zakar pasangan anda terlalu besar dan menyakiti serviks anda semasa hubungan seks. Teknik dan posisi adalah lebih penting daripada saiz.

9. Wanita tidak berminat tentang seks?

Ia adalah satu kepercayaan yang dipercayai. Norma kehidupan, malah pendidikan berkaitan seks membuatkan wanita malu, apatah lagi untuk mengutarakan tentang keperluan dan keinginan diri. Ia sekali gus menimbulkan kepercayaan bahawa hanya lelaki berminat tentang seks. Hakikatnya, wanita turut menikmati hubungan seks. Dan, ia adalah satu perkara yang tidak salah.

10. Gay hanya melakukan seks anal

Sama ada anda tulen atau gay, seks anal atau seks dubur ini adalah berkaitan dengan kehendak peribadi. Ada yang menyukainya, ada yang tidak. Kenyataan daripada Third National Survey of Sexual Attitudes and Lifestyles, yang disiarkan pada 2013, menunjukkan hanya 18.5% lelaki dalam kumpulan usia 16 hingga 24 tahun melakukan seks anal pada tahun sebelumnya.

11. Lesbian seks undang risiko STD

Melakukan hubungan seks sejenis, antara wanita dengan wanita lain, tidak bermakna ia selamat. Penyakit kelamin boleh merebak melalui cecair faraj, darah atau perhubungan yang rapat. Cara terbaik dalam menggunakan kondom pada mainan seks yang digunakan.

12. STD mungkin tiada simptom

Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom dan anda mungkin tidak dapat mengesannya pada pasangan anda, jika wujudnya penyakit kelamin. Dalam kebanyakan kes, simptom penyakit kelamin ini hanya dapat disedari pada ketika ia sudah terlambat. Penyakit kelamin tidak boleh dirawat dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tahap kesihatan anda. Hanya dengan pemeriksaan sahaja dapat memastikannya.

13. STD tidak menjejaskan kehidupan

Kebanyakan penyakit kelamin disembuhkan dengan antibiotik. Bakteria penyebab penyakit kelamin ini mudah dilawan. Jenis penyakit kelamin, yang disebabkan oleh virus HIV, HPV atau herpes, tidak boleh disembuhkan. Tetapi ia boleh dikawal. Melalui ubatan yang betul, individu yang menderita akibat virus penyakit kelamin boleh menjalani kehidupan yang panjang dan lebih bermakna.

14. Melancap tidak menjejaskan alat kelamin

Antara perkara mengenai seks yang sering dipercayai adalah melancap boleh menjejaskan organ seksual anda, yang akhirnya menyebabkan kemandulan. Ia adalah salah kerana melancap adalah seperti melakukan seks, cuma anda tidak mempunyai pasangan.

Masih terdapat banyak mitos tentang seks yang dipercayai di luar sana. Tidak semuanya adalah tepat dan benar. Jadi, jangan mudah percaya dengan apa yang anda dengar dan lihat. Untuk kesihatan anda sendiri, dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai dan sumber rasmi. Jangan malu untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor apabila anda memerlukan pandangan pakar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut