backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Tanda Mati Pucuk Yang Orang Lelaki WAJIB Tahu, Ini Risiko Jika Dibiarkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/11/2023

    5 Tanda Mati Pucuk Yang Orang Lelaki WAJIB Tahu, Ini Risiko Jika Dibiarkan!

    Mati pucuk adalah sebuah keadaan dimana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang (penile erection) ketika terlibat dengan aktiviti seks. Namun tahukah anda tanda tanda mati pucuk ini?

    Mati pucuk turut dikenali sebagai lemah tenaga batin dan ianya merupakan satu penyakit yang bersifat semula jadi.

    Integrasi antara sistem saraf pusat, sistem saraf periferi, sistem pembuluh darah dan hormon akan menyebabkan ketegangan zakar lelaki dan sebarang perkara yang menyebabkan salah satu sistem ini tidak berfungsi secara normal akan memberi kesan terhadap zakar lelaki seperti masalah ereksi, orgasm atau ejakulasi.

    Perlu diingati, simptom mati pucuk tidak merujuk kepada keadaan mandul atau ketidakupayaan seseorang untuk memancutkan air mani atau berejakulasi, namun keadaan-keadaan tersebut boleh berkait rapat dengan kedaan mati pucuk. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Tanda tanda mati pucuk

    Berikut antara tanda tanda mati pucuk yang boleh dikenal pasti:

    • Zakar mengalami kesukaran untuk menegang ketika melakukan hubungan seksual
    • Zakar mengalami kesukaran untuk mengekalkan ketegangan atau ereksi sehinggalah pada akhir hubungan seksual
    • Zakar terlihat tidak mempunyai ketegangan yang ketara atau memuaskan
    • Tanda-tanda tersebut berlaku secara berterusan dalam tempoh selama 6 bulan
    • Tanda tanda mati pucuk tersebut menjadikan seseorang individu mengalami tekanan yang ketara

    tanda tanda mati pucuk

    Punca-punca 

    Secara umumnya, tanda tanda mati pucuk di usia muda terjadi apabila terdapatnya halangan yang menyebabkan pengurangan aliran darah atau aliran darah yang tersekat yang menyebabkan gangguan kepada zakar untuk menegang.D

    Ini memberi kesan kepada keadaan zakar yang tidak boleh menegang ke tahap yang sepatutnya dan memuaskan.

    Terdapat juga pelbagai faktor lain, seperti:

      • Gangguan fikiran serta emosi: gangguan kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan, kegelisahan dan gangguan stres selepas trauma (PTSD). Masalah rumahtangga dan kurang rangsangan daripada pasangan turut termasuk dalam gangguan fikiran dan emosi.
      • Masalah saraf: ini termasuklah kecedaraan pada bahagian saraf tunjang, angin ahmar, strok, epilepsy, alzheimer dan slipped disc
      • Masalah salur darah dan penyakit kronik: kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan hati, penyakit buah pinggang, atherosclerosis dan kerosakan pembuluh darah daripada rawatan kanser prostat dan radioterapi
      • Kecederaan pada zakar
      • Kekurangan dan ketidakstabilan hormon: ini termasuklah kekurangan hormon testosteron, endorphin dan penyakit berkaitan tiroid
      • Tabiat yang merisikokan kerosakan saraf dan saluran darah: tabiat yang memberi kesan kepada mati pucuk termasuklah merokok dan pengambilan minuman beralkohol secara melebihi had yang sepatutnya
      • Penyalahgunaan dadah: ganja dan kokain
      • Faktor kesan ubat-ubatan: ubat-ubatan seperti Amphetamines, Barbiturates, ubat jenis beta-blocker bagi tekanan darah tinggi, anti depresi dan anti psychotic turut memberikan kesan terhadap mati pucuk
      • Faktor peningkatan umur individu: penyakit Parkinson boleh mengurangkan hormon Dopamine berkurangan yang akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada pengekalan ketegangan zakar

    tanda tanda mati pucuk

    Kesan mati pucuk kepada individu

    Mati pucuk memberikan perasaan rendah diri dan malu kepada seseorang individu lelaki yang kemudiannya akan memberikan kesan terhadap psikologi individu.

    Masalah gangguan psikologi seperti tekanan dan kemurungan yang akan menambah keterukan kepada keadaan mati pucuk tersebut. Perkara seperti ini sememangnya akan menjejaskan hubungan intim antara pasangan.

    Apa yang perlu dilakukan jika mempunyai tanda tanda mati pucuk?

    Langkah awal yang perlu dilakukan adalah berjumpa dengan doktor perubatan terlebih dahulu bagi mengenalpasti gejala dan mendapatkan khidmat nasihat yang sepatutnya daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

    Elakkan daripada mengambil sebarang jenis ubat-ubatan yang didakwa sebagai ubat kuat yang banyak terdapat di pasaran. Sebahagian besar daripadanya adalah ubat-ubatan tidak berdaftar seperti produk Nan Bao Capsule yang terkandung racun berjadual sildenafil dan tadalafil yang boleh membahayakan nyawa pengguna.

    Pemeriksaan doktor adalah penting bagi memastikan risiko serangan jantung sebelum memulakan apa-apa rawatan ubat kepada penghidap mati pucuk.

    Ini memandangkan ubat bagi rawatan mati pucuk boleh menyebabkan penurunan darah secara mendadak sekiranya diambil bersama dengan ubat nitrate bagi rawatan jantung.

    Baca juga:

    Alternatif bagi rawatan 

    Secara umumnya, rawatan bagi mengatasi masalah mati pucuk boleh dikategorikan kepada tiga; rawatan melalui penggunaan ubat-ubatan, rawatan melalui penggunaan alat dan pembedahan.

    Rawatan ubat-ubatan atasi tanda tanda mati pucuk

    • Phosphodiesterase-5 inhibitors: contoh ubat adalah seperti slidenafil, verdenafil dan avanafil. Fungsinya adalah untuk membantu mengembangkan saluran darah agar lebih banyak darah boleh memasuki zakar dan memudahkan ereksi untuk berlaku
    • Androgens: ia adalah ubat untuk individu yang mengalami kekurangan hormon testosterone dalam darah.
    • Intraurehtral Prostaglandin E1 pellet: ubat jenis ini dimasukkan terus ke dalam saluran urehtra (saluran air kencing) yang bertindak membuka saluran darah bagi membantu proses ereksi atau ketegangan

    Penggunaan alat

  • Alat penyempitan pangkal kelamin: sesetengah individu mempunyai masalah mati pucuk yang berpunca daripada masalah pembuluh darah. Alat ini digunakan dengan tujuan untuk menghimpit pangkal zakar agar darah tidak mudah mengalir keluar daripada zakar dengan cepat. Ia membantu zakar agar dapat mengekalkan ketegangan dalam satu tempoh yang lebih lama.
  • Alat vakum zakar: ia digunakan untuk menarik aliran darah untuk masuk ke bahagian zakar untuk memudahkan ia mengalami ereksi.
  • Pembedahan

    • Terdapat alternatif lain yang boleh dilaksanakan iaitu melalui kaedah pembedahan. Salah satunya adalah melalui pembedahan kemasukan implan ke dalam alat kelamin dan ia berfungsi membantu penetrasi ketika hendak melakukan hubungan seksual walaupun individu tersebut tidak mengalami ketegangan atau ereksi. Implan ini hanya membantu proses penetrasi dan bukannya membantu pesakit untuk mendapat ereksi zakar.

    Mencegah tanda tanda mati pucuk

    tanda tanda mati pucuk

    Terdapat beberapa langkah pencegahan yang bersesuaian dan berkesan dalam mengelakkan tanda-tanda mati pucuk daripada berlaku. Antaranya melalui pengubahsuaian gaya hidup kearah yang lebih sihat.

    Semua individu dinasihatkan untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal dengan lebih kerap, mengamalkan diet pemakanan secara sihat, menguruskan stres atau tekanan dengan baik, menghentikan tabiat merokok selain memastikan tekanan darah dan penyakit kencing manis agar lebih terkawal.

    Melakukan rujukan dan pemeriksaan melalui doktor dan pengamal perubatan yang bertauliah amatlah penting.

    Doktor berkelayakan untuk memberikan nasihat dan panduan kesihatan untuk mencegah penyakit mati pucuk daripada menjadi lebih teruk disamping mengelakkan sebarang risiko untuk mengalami tanda tanda mati pucuk. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan