- “Abang sedang mencari seorang model kanak-kanak. Apa kata adik tanggalkan pakaian dan cuba pakaian fesyen terbaru ini?’’
- “Abang tinggal seorang diri di rumah malam ini. Apa kata adik datang dan tidur di sini? Banyak permainan yang kita boleh mainkan bersama-sama”.
Serangan seksual adalah berbentuk fizikal dan mental
Anda perlu tahu bahawa serangan seksual terhadap kanak-kanak bukan sahaja berbentuk fizikal malah ia turut melibatkan mental. Berikut merupakan antara perbuatan yang masih dianggap sebagai serangan seksual terhadap kanak-kanak:
- Segala bentuk gangguan seperti bunyi-bunyian, gerak-geri atau sengaja mendedahkan bahagian tubuh badan untuk tujuan mengganggu kanak-kanak.
- Mempamerkan tubuh badan (atau sebahagiannya) kepada individu lain.
- Mengekori, memerhati atau menghubungi kanak-kanak.
- Menunjukkan atau melibatkan kanak-kanak dalam perlakuan yang berbentuk seksual.
Hukuman yang lebih berat jika anda mengenali kanak-kanak itu
Sebenarnya, ini telah dilakukan oleh banyak negara lain seperti Amerika Syarikat dan Britain. Di sana, pesalah seksual pedofilia terutamanya yang dikenali oleh mangsa seperti ibu bapa, penjaga, jiran atau guru akan menerima hukuman yang lebih berat.
Untuk lebih jelas, pesalah seksual yang mangsa tidak dikenali akan dibicarakan mengikut satu seksyen sahaja manakala pesalah seksual yang mangsa pula akan dibicarakan mengikut dua seksyen. Ini kerana mereka bukan sahaja bersalah melakukan jenayah seksual, mereka juga bersalah kerana telah merosakkan kepercayaan.
Anda boleh dihukum jika tidak melaporkan kes pedofilia
Kini, anda perlu tahu bahawa anda akan dicop bersubahat jika tidak melaporkan kes pedofilia kepada pihak berkuasa seperti polis. Anda perlu tanam dalam hati bahawa aduan anda mungkin akan menyelamatkan masa depan kanak-kanak.
Kes pedofilia yang berlaku di Malaysia
Jika kita lihat pada tahun 2010 hingga 2016, hampir 22,000 kanak-kanak menjadi mangsa keganasan seksual dengan hampir 60% daripadanya adalah kes rogol. Kebanyakan mangsa pula adalah perempuan. Pun begitu, statistik sahaja tidak cukup untuk menggambarkan betapa besar masalah ini di Malaysia.
Menurut statitistik terbaharu yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, kes jenayah seksual berkaitan kanak-kanak telah meningkat sebanyak 20.3% bagi tempoh enam bulan terakhir 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Statistik ini juga mendapati bahawa terdapat 326 kes dicatatkan pada Julai hingga Disember 2018 berbanding 271 kes dicatatkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Statistik ini juga mendedahkan daripada 639 kes jenayah seksual kanak-kanak, 73.4 peratus atau 469 kes didalangi oleh individu yang dikenali mangsa. Malah, selain rakan-rakan kenalan, apa yang mengejutkan kelompok kedua pedofilia itu terdiri daripada guru, jiran dan bapa saudara.
Antara kes-kes pedofilia di Malaysia:
Antara kes yang paling menggemparkan media dan juga menggegarkan dunia adalah kes yang berlaku pada tahun 2015, di mana seorang pelajar warganegara Malaysia tajaan JPA, ditangkap di Lapangan Terbang Melbourne, Australia kerana disyaki memiliki koleksi imej eksploitasi kanak-kanak. Pelajar yang bernama Fitri Azmeer Nordin ini kemudiannya disabit bersalah kerana terbukti memang memiliki gambar dan video pornografi kanak-kanak pada simpanannya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen