backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kesihatan Miss V, Wanita Tolong Jangan Ambil Mudah & Buat 10 Checklist Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/02/2022

    Kesihatan Miss V, Wanita Tolong Jangan Ambil Mudah & Buat 10 Checklist Ini!

    Penjagaan dan kesihatan miss v merupakan antara perkara penting dalam aspek kesihatan keseluruhan bagi seseorang individu wanita.

    Faraj yang tidak dijaga terutama dalam perihal kebersihan boleh mendatangkan masalah yang berisiko menjejaskan kesuburan, keinginan seks dan keupayaan mencapai orgasma.

    Masalah kesihatan miss v yang tidak dirawat dan dibiarkan berterusan juga boleh menyebabkan tekanan atau masalah dalam perhubungan dan boleh memberikan kesan terhadap keyakinan diri anda.

    Ketahui simptom berkaitan masalah kesihatan faraj, dan aspek penjagaan yang boleh anda lakukan demi mengekalkan kesihatan faraj anda.

    Penjagaan dan kesihatan miss V

    1. Basuh dengan berhati-hati

    kesihatan miss v

    Faraj merupakan antara bahagian badan yang paling sensitif untuk wanita.

    Bahagian intim ini mempunyai tahap pH yang sangat seimbang untuk melakukan ‘tugas’ menjaga kebersihan faraj dengan baik.

    Oleh itu, tidak perlu menggosok bahagian dalam atau douching.

    Cara yang paling mudah adalah dengan membasuh faraj menggunakan sabun khusus atau hanya menggunakan air suam.

    Sentiasa ingat bahawa produk kebersihan biasa seperti sabun badan mempunyai pH yang tidak sesuai untuk faraj yang boleh mengakibatkan gatal dan bau.

    2. Ambil suntikan vaksin untuk kesihatan Miss V

    Vaksinasi boleh melindungi anda daripada HPV, virus yang dikaitkan dengan kanser serviks dan hepatitis B, iaitu jangkitan hati yang serius yang boleh merebak melalui hubungan seksual.

    3. Yogurt dan probiotik

    kesihatan miss v

    Amalkan memakan yogurt dan makanan kaya probiotik untuk manfaat kesihatan faraj anda.

    Ia mengandungi bakteria baik yang diperlukan wanita.

    Dipercayai bahawa keseimbangan pH boleh diperolehi secara semula jadi dengan makan makanan sedemikian.

    Pilihan yang baik untuk mengamalkan makan yogurt adalah hanya secawan yogurt sehari, yang dapat membantu menyingkirkan jangkitan yis dan membunuh penyakit serta organisma penyebab jangkitan.

    4. Senaman kegel

    Melakukan senaman kegel dapat membantu menguatkan otot lantai pelvis sekiranya tergelincir (prolaps), kebocoran air kencing atau mengalami masalah lemah otot lantai pelvis.

    5. Beri Miss V ruang bernafas

    Elakkan memakai pakaian yang ketat atau bahan yang menghalang pengudaraan seperti poliester.

    Ia menghalang faraj daripada bernafas dengan betul, sekali gus ia mewujudkan haba, kelembapan dan geseran yang boleh merengsakan vulva.

    Untuk mengelakkan kerengsaan atau jangkitan, dinasihatkan untuk memakai seluar yang longgar dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas.

    6. Pakai kondom untuk lindungi diri

    Ia bukan sahaja melindungi anda dari kehamilan yang tidak diingini dan penyakit penularan seksual tetapi ia juga membantu mengekalkan tahap pH faraj anda dan mengurangkan risiko jangkitan yis.

    Semasa hubungan seks, bakteria dari pasangan anda bercampur dengan anda.

    Alat kemaluan wanita adalah bahagian yang sensitif dan ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan saluran kencing.

    7. Alkohol dan merokok tidak baik untuk Miss V

    Hadkan pengambilan minuman beralkohol dan sebaiknya hindari tabiat merokok.

    Penyalahgunaan alkohol boleh menjejaskan fungsi seksual.

    Pengambilan nikotin boleh mengurangkan keghairahan seksual.

    Penyalahgunaan bahan tertentu juga boleh menyebabkan kesihatan fizikal dan mental menjadi lemah, yang turut boleh mendatangkan kesan terhadap fungsi seksual.

    8. Pergi bilik air

    Sebelum dan selepas melakukan hubungan seks, anda perlu kencing untuk mengeluarkan air kencing anda.

    Kencing membantu mencegah jangkitan saluran kencing yang boleh berlaku apabila kuman uretra (urethra) ditolak ke dalam vagina ketika bersetubuh.

    Dan, ingatlah untuk mencuci sebelum dan selepas ke bilik air untuk menghentikan penyebaran bakteria.

    kesihatan miss v

    9. Lakukan pemeriksaan untuk kesihatan Miss V

    Pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan berjadual dan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk penjagaan rutin.

    Sebaiknya lakukan pemeriksaan ujian Pap secara berjadual seiring dengan perubahan usia anda.

    10. Penjagaan keseluruhan

    kesihatan miss v

    Sebaiknya, untuk menjaga kesihatan faraj, anda perlu menjaga kesihatan diri anda secara keseluruhan.

    Amalkan pengambilan diet pemakanan yang betul, kawal berat badan dan bersenam.

    Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan badan anda, tetapi ia juga baik untuk kesihatan organ seksual anda juga.

    Jika anda mengalami masalah kesihatan yang kronik, boleh meningkatan risiko masalah kepada alat kemaluan wanita, seperti diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan kecenderungan yang tinggi untuk mengalami UTI dan jangkitan yis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan