Kajian yang dijalankan oleh Universiti Lund, Sweden dan Universiti Perubatan Sofia di Bulgaria ini telah mendapati, lelaki yang mendapatkan anak melalui teknik pembantu reproduktif (assisted reproductive technique) mempunyai risiko sebanyak 64% untuk mendapat kanser prostat. Sebelum kajian ini dijalankan, pemahaman pada waktu itu berkenaan dengan prostat kanser dan ketidaksuburan adalah tidak jelas. Sebahagian pengkaji percaya bahawa kualiti sperma yang tidak baik boleh menyebabkannya manakala sebahagian lagi percaya bahawa lelaki yang tidak mempunyai anak tidak berisiko untuk mendapat kanser prostat.
Kajian oleh Universiti Lund ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa lelaki yang tidak subur mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser tersebut. Pada masa akan datang, populasi lelaki ini disarankan untuk menjalani ujian saringan atau datang secara kerap untuk pemeriksaan fizikal dan biokimia dalam usaha untuk mengesan kanser ini pada tahap awal.
Kaedah suntikan sperma VS kaedah bayi tabung uji
Kaedah bayi tabung uji (IVF) adalah prosedur yang melibatkan proses pengeluaran telur daripada ovari wanita. Telur tersebut akan disenyawakan dengan sperma lelaki di dalam makmal sebelum ia dimasukkan semula ke dalam rahim. Kaedah ini merupakan kaedah yang popular kerana sejak ia diperkenalkan di Malaysia, ia telah berjaya melahirkan kira-kira 5 juta bayi. Menurut kajian oleh Universiti Lund, berbanding dengan kaedah suntikan sperma (ICSI), lelaki yang menggunakan teknik IVF mempunyai 31% risiko lebih rendah untuk mendapat kanser prostat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen