backup og meta

Benarkah Kerap Buat Hubungan Intim Punca Faraj Longgar, Di Sini Penjelasannya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/07/2023

    Benarkah Kerap Buat Hubungan Intim Punca Faraj Longgar, Di Sini Penjelasannya!

    Setiap kali suami mengajak melakukan hubungan seks, sudah pasti anda tidak mahu menolak kemahuannya itu kerana tidak mahu dia kecewa, bukan?  Pun begitu, ada satu teori yang mungkin membuat anda berfikir dua kali sebelum menerima pelawaannya iaitu seks terlalu kerap boleh buat kemaluan wanita atau Miss V longgar.

    Biar betul kenyataan ini? Atau hanya mitos semata-mata?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Fakta kemaluan wanita

    Setiap kali berbicara mengenai faraj, terdapat banyak mitos yang boleh menjejaskan pemahaman orang ramai terhadapnya.

    Sebagai contoh, ada orang percaya bahawa faraj boleh hilang keanjalan dan kekenyalan lantas menjadi longgar jika terlalu kerap melakukan hubungan intim.

    Adakah Miss V longgar merupakan sesuatu benar? Berikut merupakan beberapa perkara tentang kemaluan wanita yang anda perlu tahu:

    • Faraj adalah elastik, jadi ia boleh meregang untuk sesuatu memasukinya (zakar, alat seks) atau sesuatu keluar daripadanya (bayi)
    • Faraj akan kembali ke bentuk asalnya semula setelah habis meregang, sama seperti konsep gelang getah
    • Faraj berkemungkinan akan menjadi sedikit longgar apabila sudah mempunyai anak atau meningkat usia

    Sekarang kita sudah tahu bahawa faraj mungkin akan menjadi sedikit longgar akibat daripada kelahiran anak dan juga peningkatan usia.

    Persoalannya, bagaimana pula halnya dengan seks yang terlalu kerap?

    Baca juga:

    Miss V longgar longgar akibat seks terlalu kerap?

    miss v longgar

    Menurut Alyssa Dweck, pakar ginekologi dari Westchester di New York, perkara sebegini tidak akan terjadi melainkan anda melakukan praktis atau ritual seks yang terlalu luar biasa.

    Beliau yang juga penulis bersama buku The Complete A to Z for Your V, menjelaskan bahawa sudah sifat faraj untuk meregang dan merapat mengikut pelbagai situasi yang dilalui oleh wanita.

    Sebagai contoh, faraj akan meregang secara semula jadi di samping menjadi lebih luas dan basah apabila anda terangsang, lantas memudahkan suami untuk beraksi.

    Pun begitu, ia akan kembali seperti keadaan asal sesudah sahaja hubungan kelamin itu selesai dengan jayanya, bukan? Ini adalah proses alami yang tidak boleh disangkal lagi.

    Begitu juga dengan proses kelahiran bayi. Pernahkah anda bayangkan bahawa saiz kepala bayi yang begitu besar boleh keluar melalui lubang yang sangat sempit?

    Jika difikirkan, sangat tidak masuk akal. Namun, perkara ini tidak mustahil kerana ia boleh meregang kepada saiz yang berkali ganda.

    Apa yang ajaibnya, ia akan kembali semula kepada keadaan asalnya!

    Kemaluan wanita lebih ketat ketika masih dara?

    faraj

    Ya, memang benar faraj boleh kembali kepada keadaan asal setiap kali selepas melakukan hubungan seks bersama suami.

    Pun begitu, ada satu keadaan yang terkecuali. Menurut Dr Dweck lagi, ada perbezaan yang agak ketara mengenai tahap kerapatan faraj ketika masih dara dengan apabila sudah kehilangannya.

    Keadaan ini adalah disebabkan oleh kewujudan sesuatu yang dinamakan selaput dara.

    Sebagai suami, anda mungkin dapat mengesan perbezaan ini jika membandingkan hari-hari pertama anda melakukan seks dengan hari-hari seterusnya.

    Pun begitu, jangan terlalu takut kerana Miss V longgar merupakan satu mitos. Untuk lebih memahaminya, anda perlu faham bahawa setiap wanita akan lahir dengan selaput dara, sekumpulan membran tisu yang menutup bukaan faraj.

    Setelah ia pecah, Miss V longgar mungkin akan terjadi. Namun, anda juga perlu tahu bahawa Miss V longgar bukan sahaja kerana seks, namun juga kerana aktiviti lasak seperti berbasikal atau bersukan dan juga pemakaian tampon.

    2 perkara yang akan membuat Miss V longgar

    Selain kehilangan dara, hanya ada 2 perkara yang boleh buat kemaluan wanita longgar, iaitu usia dan kelahiran anak.

    #1. Usia

    Ketika anda sudah mencecah usia 40 tahun, tahap elastik faraj akan mengalami perubahan yang agak ketara. Ini ekoran daripada kehilangan estrogen dalam tubuh badan.

    Ia sekali gus akan menyebabkan tisu faraj anda menjadi:

  • Lebih nipis
  • Lebih kering
  • Kurang berasid
  • Kurang fleksibel
  • Kurang elastik
  • Perubahan ini akan menjadi lebih ketara lagi apabila anda sudah mencapai usia menopaus.

    #2. Kelahiran anak

    Selain itu, faraj anda juga mungkin mengalami perubahan selepas melahirkan anak secara normal.

    Ini ekoran daripada otot faraj yang meregang sehabisnya untuk keseluruhan tubuh badan bayi melaluinya.

    Selepas sahaja bayi anda lahir, kemampuan faraj anda untuk kembali rapat seperti sedia kala akan berkurangan.

    Ia akan mengakibatkan faraj mungkin akan menjadi sedikit longgar. Namun, anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal.

    Apa yang anda boleh lakukan?

    miss v longgar

    Jadi, terdapat beberapa senaman yang anda boleh lakukan untuk menguatkan otot pelvis anda dan mengelakkan Miss V longgar. Untuk pengetahuan anda, otot ini sangat penting untuk membantu fungsi pundi kencing, rektum, usus kecil dan rahim anda.

    Jika otot ini menjadi lemah selepas melahirkan anak, bukaan faraj akan menjadi sedikit longgar, rasa sakit semasa penetrasi zakar, selalu rasa ingin terkencing, sukar mengawal air kencing dan rasa sakit pada bahagian pelvis.

    Disebabkan itu, anda mungkin ingin melakukan beberapa senaman:

    Di samping itu, dapatkan juga nasihat doktor untuk mengetahui sama ada anda benar-benar memerlukan senaman ini atau tidak.

    Dengan melakukan senaman di atas, ia mungkin boleh membantu anda untuk menguatkan otot pelvis anda. Ini sekali gus akan membantu menyelesaikan masalah faraj longgar.

    Konklusi

    miss v longgar

    Kesimpulannya, Miss V longgar merupakan satu mitos semata-mata. Malah, vagina wanita tidak akan longgar dengan begitu mudah akibat terlalu kerap melakukan seks bersama pasangan semata-mata.

    Akan tetapi, ia mungkin akan berlaku sekiranya anda dan pasangan gemar melakukan ritual seks yang terlalu luar biasa.

    Jadi, tiada apa yang anda sebagai wanita perlu risaukan. Ini kerana mungkin pasangan anda tidak terlalu memberi perhatian terhadap perkara ini pun.

    Apa yang penting, pasangan suami isteri itu sentiasa menjalani kehidupan seks yang selamat dan sejahtera dengan berlandaskan rasa cinta yang kuat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan