backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Sama-Sama Damba Nikmat Dalam Hubungan Dengan Pasangan? Ikut 16 Tip Panas Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada seminggu lalu

    Sama-Sama Damba Nikmat Dalam Hubungan Dengan Pasangan? Ikut 16 Tip Panas Ini!

    Hubungan intim adalah satu perkara yang perlu dinikmati kedua-dua suami isteri, bukannya semata-mata demi kepuasan suami sahaja. Sebab itu para suami wajib belajar cara jilat kemaluan dan cara hisap payudara isteri. Cara jilat kemaluan yang tepat mampu buat pasangan anda terangkat! 😉

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa cara jilat kemaluan isteri yang tepat?

    Menurut manual seks Kamasutra yang merupakan panduan seks tertua di dunia, terdapat beberapa cara jilat kemaluan pasangan yang perlu diamalkan oleh suami secara berperingkat untuk menggoda si isteri.

    Antaranya seperti:

    Peringkat pertama merangsang isteri – Mencium bibir faraj

    Sama seperti seks oral, tapi kali ini suami pula yang ‘memberi servis’ kepada isteri. Caranya sangat mudah. Suami perlu menjilat kemaluan dengan cara menyentuh bibir faraj sehingga ia bertemu.

    Kemudian, cium ia dengan lembut dan perlahan-lahan sama seperti anda mencium bibir isteri.

    Cara merangsang klitoris isteri peringkat kedua – Memasukkan lidah

    Setelah faraj isteri sedikit basah selepas anda ikut teknik hebat ini, suami boleh mula mendekatkan muka pada faraj sambil meletakkan hidung pada klitoris isteri, perlahan-lahan masukkan lidah ke dalam lubang faraj.

    Ia perlu dilakukan dengan lembut kerana bahagian dalam faraj sangat sensitif!

    Peringkat ketiga cara jilat kemaluan pasangan – Menggerakkan lidah

    Kemudian, suami boleh mula menggerakkan lidah ketika dalam lubang faraj isteri. Terpulang pada suami untuk menggerakkan lidah mengikut ritma dan tempo yang dirasakan bersesuaian.

    Peringkat keempat – Menjilat klitoris

    Peringkat seterusnya adalah anda perlu beri perhatian pada klitoris isteri. Anda perlu cium, gigit dan jilat kemaluan pasangan anda itu di bahagian klitoris dengan sepuasnya.

    Sebaiknya, berbual dengan isteri untuk mengetahui apa yang mereka suka agar suami tidak ‘syok sendiri’.

    Peringkat kelima – Menyedut klitoris

    Selepas itu, sedut klitoris ke dalam mulut dengan lembut. Selepas seketika, beranjak sebentar dari kawasan klitoris dan bermain-main di sekitar kemaluan isteri pula.

    Kemudian, kembali ke dalam lubang faraj. Ulangi proses ini sehingga badan isteri mula menggigil kesedapan.

    Peringkat keenam menggoda kemaluan pasangan – Minuman nikmat

    jilat kemaluan
    Cara hangatkan hubungan intim dengan menerokai alat kelamin pasangan.

    ‘Minuman’ di sini bukan bermaksud suami perlu minum cecair yang keluar dari faraj. Peringkat ini dinamakan sebegitu kerana ketika ini, faraj isteri akan megeluarkan lebih air mazi dan menjadi lebih basah.

    Ketika ini, suami boleh beralih dan bermain-main pada bahagian paha atau hisap payudara isteri.  

    Peringkat ketujuh cara jilat kemaluan pasangan – Menggomol kemaluan

    Seterusnya, suami boleh kembali semula ke kemaluan isteri. Namun begitu, tidak banyak yang suami perlu lakukan kerana isteri sudah mengeluarkan air mazi yang terlalu banyak.

    Apa yang suami boleh lakukan adalah benamkan kepala dan menjilat kemaluan dan menggomol kemaluan isteri.

    Peringkat kelapan – 69

    Akhir sekali, suami boleh minta isteri untuk turut bermain dengan zakar sambil masih bermain dengan farajnya. Caranya mudah sahaja!

    Minta isteri baring di atas badan suami sambil menyuakan kemaluan pada muka suami dan nikmatinya bersama-sama.

    Terdapat 8 peringkat di dalam aksi seks oral untuk wanita termasuk:

    • Mencium bibir faraj
    • Memasukkan lidah
    • Menggerakkan lidah
    • Menjilat klitoris
    • Menyedut klitoris
    • Minuman nikmat
    • Menggomol faraj
    • 69

    Berdasarkan peringkat-peringkat ini, kita perlu tahu bahawa klitoris merupakan bahagian dalam faraj wanita yang sangat penting untuk merangsang nafsu wanita dan di bahagian inilah suami perlu jilat kemaluan dengan teknik yang betul dan tepat bagi memuaskan nafsu isteri!

    jilat kemaluan
    Cara hangatkan kembali hubungan intim.

    5 sebab kenapa cara jilat kemaluan dengan tepat itu penting

    #1. Klitoris boleh alami ereksi

    Sama seperti zakar, ereksi pada klitoris akan membuatnya ‘membengkak’ lebih besar, meskipun tidak terlalu ketara.

    Klitoris sangat sensitif kerana ia memiliki saraf yang lebih banyak daripada semua bahagian tubuh lain, bahkan lebih banyak berbanding zakar! Terdapat sekitar 8,000 saraf pada klitoris

    #2. Posisi klitoris akan menentukan klimaks

    Pada zaman Marie Bonaparte (cicit Napoleon Bonaparte), terdapat bukti perubatan bahawa semakin dekat klitoris dengan bibir faraj, wanita itu akan lebih mudah mencapai klimaks melalui seks penetrasi!

    #3. Ukuran klitoris adalah lebih besar daripada yang kelihatan

    Klitoris mungkin hanya kelihatan kecil dengan mata kasar, namun organ ini sebenarnya lebih besar daripada yang disangka! Maka, tidak sukar untuk anda jilat alat kemaluan pasangan wanita.

    #4. Klimaks boleh menyakitan klitoris

    Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah, ukuran klitoris boleh mencapai had maksima ‘pembengkakan’ sewaktu menghampiri klimaks.

    Hal ini mungkin membuat wanita akan berasa sedikit tidak selesa, bahkan kadangkala terlalu sakit untuk meneruskan rangsangan.

    #5. Klitoris memerlukan lembapan

    Rangsangan, gesekan atau gosokan pada klitoris dengan jari atau mainan seks tanpa sebarang lembapan yang mencukupi boleh menyakitkan.

    Anda boleh menggunakan pelincir faraj atau pastikan anda memulakan hubungan seks dengan ‘ringan-ringan’ contohnya aksi jilat alat sulit atau ilat alat kelamin.

    Kebanyakan wanita tidak boleh mencapai klimaks dengan proses penetrasi sahaja. Banyak benda yang perlu dipertimbangkan seperti posisi seks dan cara merangsang klitoris dengan tepat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan