backup og meta

Endometriosis: Adakah Ia Mempengaruhi Kesuburan Wanita?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/06/2020

    Endometriosis: Adakah Ia Mempengaruhi Kesuburan Wanita?

    Apa itu endometriosis?

    Endometriosis adalah antara punca masalah kesuburan dalam wanita. Endometriosis ialah keadaan di mana tisu yang kebiasaannya melapisi uterus (rahim) tumbuh di luar kawasan uterus hingga ke tiub fallopian. Tisu tersebut bertindak seperti tisu di dalam uterus, bermakna ia akan hancur dan berdarah pada waktu haid.

    Bagaimanapun, disebabkan tisu tersebut tumbuh di luar uterus, darah tidak dapat mengalir keluar daripada badan dan terperangkap. Ini menyebabkan pendarahan dalaman dan keradangan, yang akan membawa kepada pelbagai simptom.

    Endometriosis kebiasaannya melibatkan tiub fallopian, ovari, usus atau tisu yang melapisi pelvis anda. Tisu sekitar akan mengalami iritasi dan menyebabkan rasa sakit, membentuk tisu parut atau kantung berisi cecair yang menyukarkan peluang untuk hamil.

    Apakah kebarangkalian endometriosis?

    Endometriosis biasa berlaku dalam kalangan wanita pada usia 30-an dan 40-an tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Punca endometriosis

    Punca endometriosis masih tidak diketahui. Bagaimanapun, saintis percaya terdapat beberapa pencetus yang boleh membawa kepada endometriosis.

    Sebab pertama yang selalu berlaku ialah darah haid yang berpatah balik (retrograde). Darah haid mengandungi sel endometrial yang sepatutnya keluar daripada badan sebaliknya mengalir ke dalam melalui tiub fallopian dan ke dalam pelvis menyebabkan sel endometrial melekat pada dinding pelvis dan permukaan organ pelvis.

    Pertumbuhan sel embrionik juga dipercayai menyebabkan endometriosis. Sel embrionik membentuk sel yang melapisi ruang abdomen dan ruang pelvis. Apabila satu atau lebih daripada bahagian lapisan abdomen bertukar menjadi tisu endometrial, anda akan mengalami endometriosis. Jika anda kerap menjalani pembedahan seperti histerektomi atau pembedahan Caesar, parut pembedahan boleh menyebabkan sel endometrial terlekat padanya, menyebabkan endometriosis. Jika sel endometrial dibawa saluran darah atau cecair tisu ke bahagian lain badan, endometriosis juga boleh berlaku.

    Punca lain ialah penyakit imuniti. Jika anda mengalami masalah imuniti di mana badan tidak dapat mengenal pasti dan menyerang tisu endometrial di luar uterus, endometriosis juga boleh berlaku.

    Tambahan pula, anda boleh mendapat penyakit tersebut disebabkan sel dalam abdomen dan pelvis yang boleh berubah kepada sel endometrial atau sel endometrial yang sudah terbentuk di luar uterus ketika masih janin.

    Tanda-tanda dan simptom

    Tanda yang paling biasa endometriosis adalah sakit pelvis (perut bawah) yang teruk. Ia mungkin berlaku kadang-kadang atau berterusan, dan ia mungkin dikaitkan dengan haid seseorang perempuan. Dengan endometriosis, sakit biasanya sangat buruk sehingga menyebabkan seseorang tidak ke sekolah, bersukan, dan beraktiviti sosial.

    Simptom lain yang mungkin termasuk:

    • Kesakitan pelvis yang menjadi lebih teruk selepas hubungan seks atau selepas ujian pelvis
    • Haid yang sangat banyak
    • Sakit belakang
    • Sembelit, cirit-birit, rasa sakit atau melihat darah semasa di bilik mandi (implan endometrial boleh menekan beberapa organ yang terlibat dalam pembuangan tubuh, seperti pundi kencing, usus, dan rektum)
    • Keletihan

    Simptom ini cenderung menjadi lebih teruk pada masa haid seseorang.

    Sekiranya seseorang perempuan mendapati simptom seperti di atas, ia tidak bermakna bahawa dia mempunyai endometriosis. Banyak perkara lain seperti jangkitan, boleh menyebabkan simptom yang sama. Tetapi adalah penting untuk anda berjumpa doktor sekiranya melihat tanda-tanda ini.

    Apakah komplikasi keadaan ini?

    Antara komplikasinya adalah kegagalan mendapat anak. Ia mungkin berlaku kerana tisu tersebut menghalang pergerakan telur di dalam ovari atau tiub fallopian. 1 per 3 hingga separuh daripada wanita dengan endometriosis menghadapi masalah mendapatkan anak. Namun, masih ada yang berjaya mengandung bagi kes ringan.

    Selain itu, kanser ovari juga didapati lebih tinggi dalam kalangan penghidap endometriosis meskipun secara relatifnya, risiko tersebut adalah rendah.

    Faktor risiko

    Terdapat banyak faktor risiko bagi endometriosis, seperti:

    • Tidak pernah melahirkan
    • Satu atau lebih saudara (ibu, mak cik atau kakak) dengan endometriosis
    • Laluan keluar darah haid dihalang sebarang masalah kesihatan
    • Pernah mengalami jangkitan pelvis
    • Uterus tidak normal
    • Datang haid sebelum usia 12 tahun
    • Bentuk uterus, serviks atau vagina tidak normal yang menyebabkan darah haid terhalang atau susah keluar

    Diagnosis

    Adalah sukar untuk mendiagnosis endometriosis kerana terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit pelvis. Jadi, sekiranya simptom seseorang perempuan menunjukkan endometriosis, doktor mungkin ingin menolak kemungkinan lain.

    Di samping melakukan pemeriksaan fizikal, doktor akan mengambil sejarah perubatan anda dengan bertanya tentang sebarang kebimbangan dan simptom, kesihatan masa lalu, kesihatan keluarga, apa-apa ubat yang anda ambil, apa-apa alergi yang ada, dan isu-isu lain. Doktor mungkin bertanya mengenai haid anda dan sama ada anda telah melakukan hubungan seks. Ia adalah perlu untuk menjawab semua soalan-soalan ini dengan jujur ​​untuk membantu doktor mengenal pasti apa yang berlaku di dalam tubuh anda.

    Bergantung kepada simptom anda, doktor mungkin meminta anda menyimpan diari kesakitan, yang mungkin melibatkan catatan maklumat ini setiap kali anda mengalami kesakitan:

    • Jenis kesakitan
    • Lokasi
    • Tempoh
    • Masa
    • Intensiti
    • Rawatan

    Selain itu, satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada seseorang perempuan mempunyai endometriosis adalah melakukan prosedur pembedahan kecil yang disebut laparoskopi. Ini membolehkan doktor mengetahui sama ada anda mempunyai implan endometrium dan betapa besarnya ia.

    Doktor juga boleh mengarahkan ujian pengimbasan yang boleh membuat imej rantau pelvis, seperti ultrasound atau pengimejan resonans magnetik (MRI).

    Rawatan

    Endometriosis adalah keadaan melemahkan yang dicirikan oleh kadar berulang tinggi. Keadaan ini harus dilihat sebagai penyakit kronik yang dicirikan oleh kesakitan pelvis dan dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ia memerlukan pelan pengurusan peribadi yang panjang dengan memaksimumkan matlamat rawatan perubatan dan mengelakkan prosedur pembedahan berulang.

    Bagaimanapun, setakat ini tidak ada penyembuh bagi endometriosis tetapi anda boleh menangani rasa sakit dan masalah kesuburan dengan rawatan. Bergantung kepada tahap simptom dan kehendak anda untuk menimang cahaya mata, anda boleh memilih rawatan yang sesuai. Terapi hormon yang dapat mengurangkan level hormon estrogen dalam badan untuk mengecutkan saiz tisu endometrial tersebut dan mengurangkan kesakitan sesuai kepada mereka yang hanya berhadapan masalah kesakitan. Sementara pembedahan, rawatan kesuburan, atau kedua-duanya sesuai jika anda merancang untuk hamil. Jika anda mengalami sakit yang tidak teruk, dan tidak mempunyai perancangan untuk hamil pada waktu terdekat, atau sudah menghampiri menopaus anda boleh memilih untuk tidak menjalani rawatan.

    Ubat-ubatan adalah pilihan yang bersesuaian jika anda mengalami rasa sakit atau pendarahan tetapi tidak merancang untuk hamil pada waktu terdekat. Ubat dalam bentuk pil perancang kehamilan menghalang endometriosis menjadi semakin buruk atau manakala ubat anti keradangan membantu anda mengawal kesakitan. Jika anda mendapati simptom anda semakin teruk atau hormon  perancang kehamilan dan NSAIDs tidak memberikan kesan, anda boleh mencuba hormon yang lebih kuat.

    Jika terapi hormon yang lebih kuat juga tidak dapat membantu, atau organ lain pula terkesan, pembedahan adalah pilihan yang sesuai. Ketumbuhan endometrial dan tisu parut akan dibuang melalui pembedahan. Ia kebiasaannya dilakukan melalui satu atau lebih pembukaan kecil, menggunakan laparoskopi.

    Oleh itu, adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor mengenai rawatan endometrosis, jelas mengenai matlamat rawatan seperti anda ingin meningkatkan kesuburan dan ingin hamil.

    Ada juga perlu tahu bahawa sesetengah rawatan untuk endometriosis tidak sesuai untuk seseorang yang cuba hamil. Jika anda yang sudah mengambil ubat hormonal untuk menguruskan simptomnya, anda perlu berhenti mengambilnya jika secara aktif sedang berusaha untuk hamil.

    Perubahan Gaya Hidup dan Rawatan Sampingan

    Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani endometriosis:

    • Mandian panas dan pad haba membantu merehatkan otot pelvis dan mengurangkan kekejangan dan rasa sakit
    • Kerap bersenam boleh mengurangkan simptom
    • Berbaring dan meletakkan bantal di bawah lutut juga disarankan

    Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknik biofeedback. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Endometriosis, Keadaan Melebihi Senggugut

    Senggugut atau sakit semasa haid mungkin merupakan aduan biasa yang dialami oleh wanita. Namun, bukan semua senggugut adalah normal dan biasa lebih-lebih lagi jika ia sampai menjejaskan aktiviti harian sehingga terpaksa mengambil cuti dan tidak mampu bangun dari katil.

    Antara sebab yang biasa bagi senggugut seperti ini adalah endometriosis. Penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan wanita ini masih agak asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keadaan di mana terdapat tisu lapisan dalam rahim (endometrium) di luar rahim ini bukan sahaja boleh menyebabkan sakit semasa haid, tetapi juga berpotensi menjejaskan kesuburan wanita tersebut.

    Endometriosis boleh membuatkan wanita tertekan

    Rasa sakit yang teruk semasa haid yang disebabkan oleh endometriosis kadangkala melibatkan seluruh badan. Ada juga wanita yang mungkin boleh pengsan. Pengalaman seperti ini tentunya membuatkan hidup mereka tertekan. Lebih-lebih lagi, ia bukannya berlaku sekali, tetapi setiap bulan!

    Tambahan pula, kesuburan turut boleh terjejas. Ini sudah pasti akan menambah lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Jika tidak ditangani, kualiti hidup mereka akan terjejas.

    Oleh sebab itu, kesedaran tentang penyakit ini perlu diperluas. Masyarakat perlu tahu dan mereka yang mengalaminya tidak harus malu untuk mencari bantuan. Tidak pasti jika disebabkan perasaan malu atau tidak, masih ramai wanita di luar sana yang berdiam diri daripada mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

    Pasangan dan ahli keluarga memainkan peranan besar

    Orang yang paling hampir dengan pesakit adalah pasangan dan ahli keluarga. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam memberikan sokongan serta membantu mendapatkan bantuan perubatan yang tepat.

    Endometriosis adalah penyakit kronik dan kerap datang semula walaupun selepas rawatan. Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin perlu dilakukan selama beberapa kali. Oleh itu, mereka memang sangat memerlukan sokongan.

    Selain ahli keluarga, berada dalam satu medium atau kumpulan bersama mereka yang menghadapai keadaan yang sama juga banyak membantu berkongsi maklumat, cerita dan mengekalkan motivasi untuk melawan penyakit ini. Apa yang penting adalah untuk tidak berputus asa kerana setiap ujian itu pasti ada jalan keluarnya.

    Endometriosis dan Masalah Kesuburan

    Hubungan antara endometriosis dan ketidaksuburan telah dibahaskan selama bertahun-tahun. Dalam pasangan yang normal, kesuburan berada dalam lingkungan 0.15 hingga 0.20 sebulan dan berkurangan dengan peningkatan usia. Wanita dengan endometriosis cenderung mempunyai kesuburan bulanan yang lebih rendah kira-kira 0.02 hingga 0.1 sebulan. Di samping itu, endometriosis dikaitkan dengan kadar kelahiran hidup yang lebih rendah.

    Kebanyakan wanita yang tidak subur adalah 6 hingga 8 kali lebih mungkin mempunyai endometriosis berbanding wanita subur. Walaupun penyelidikan yang meluas, tiada persetujuan telah dicapai dan beberapa mekanisme telah dicadangkan untuk menjelaskan hubungan antara endometriosis dan ketidaksuburan. Mekanisme ini termasuk anatomi pelvik, ketidakstabilan endokrin dan ovulasi, fungsi peritoneal yang diubah, dan fungsi hormonal dan sel yang diubah oleh endometrium.

    Malahan tidak dinafikan bahawa ramai orang yang malu atau tidak gemar membuat temu janji dengan doktor. Tetapi, apabila ia melibatkan rasa sakit dan kesuburan, ramai yang terpaksa mengalah dan berjumpa dengan doktor. Jika anda seorang wanita dan mengalami dua simptom ini, iaitu sakit semasa haid dan gagal mendapatkan anak, anda mungkin menghidap penyakit endometriosis.

    Sesetengah orang hanya mengetahui bahawa mereka mempunyai keadaan ini ketika mengalami kesukaran untuk hamil. Dan, ketidaksuburan (kemandulan) adalah simptom endometriosis yang biasa.

    Sehingga separuh daripada orang yang mempunyai endometriosis adalah tidak subur, tetapi penyelidik tidak mengetahui secara tepat keadaan ini. Mereka mempunyai beberapa teori, termasuk:

    • Keradangan menyebabkan pengeluaran bahan kimia dikenali sebagai sitokin. Sitokin ini boleh menghalang sperma dan sel telur, menjadikan persenyawaan lebih sukar.
    • Scarring dan adhesions yang berlaku dengan endometriosis boleh menghalang tiub fallopian atau rahim, sehingga sukar untuk sperma untuk memenuhi telur.
    • Tisu endometrium pada ovari boleh menghalang ovulasi, mencegah pembebasan telur.

    Sesetengah penyelidikan mendapati bahawa wanita yang tidak subur adalah enam hingga lapan kali lebih mungkin mempunyai endometriosis.

    30% hingga 50% daripada penghidap endometriosis mengalami masalah kesuburan

    Sehingga separuh daripadanya mempunyai masalah kesuburan. Ini menunjukkan bahawa ia bukanlah angka yang kecil. Dalam kalangan mereka yang mengadu masalah kesuburan pula, sekitar 25% hingga 50% daripadanya menghidap endometriosis. Peratusannya adalah tidak jauh beza.

    Selain ketidaksuburan, simptom utama endometriosis adalah sakit semasa haid atau juga dikenali sebagai dysmenorrhea. Ia berlaku 60% hingga 80% dalam kalangan penghidap penyakit ini. Oleh sebab itu, mereka yang mengalami dua simptom ini perlu mendapatkan nasihat profesional bagi menjalani rawatan yang sepatutnya.

    Rawatan daripada pakar boleh membantu masalah anda

    Perubatan moden telah banyak membantu mencari penyelesaian bagi banyak penyakit. Ini termasuk endometriosis. Meskipun rawatan yang tersedia mungkin tidak sepenuhnya menyelesaikan punca, ia membantu mengawal simptom yang ada.

    Endometriosis adalah penyakit kronik. Ia memerlukan pelan rawatan yang panjang dan sesuai mengikut setiap individu bergantung kepada umur, simptom dan tahap kesuburan.

    Pilihan rawatan yang ada termasuk:

    • Ubat-ubatan.
    • Terapi hormon.
    • Pembedahan.

    Salah satu atau gabungan daripada mana-mana pilihan di atas mungkin diberikan bergantung kepada keadaan individu terbabit. Anda juga mungkin dirujuk kepada doktor khusus dalam mengendalikan kes masalah kesuburan.

    Antara rawatan yang dilihat berkesan adalah pembedahan menggunakan kamera kecil. Kaedah ini disebut sebagai laparoskopi. Dengan berpandukan kamera, doktor dapat melihat bahagian dalam pelvis tanpa perlu melakukan bukaan besar pada kulit. Seterusnya, tisu endometriosis akan dibuang. Dalam kes tertentu, ovari yang terjejas mungkin dibuang.

    Keadaan kesihatan ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan wanita. Sekitar 6% hingga 10% wanita mengalaminya dan ramai juga berjaya menangani simptom yang dihadapi termasuk mampu mengandung dan mendapatkan anak.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan