Ubat Gigi Berasaskan Arginin Teknologi Terbaru Melawan Karies Gigi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan

Dengan kadar prevalens hampir 100%, karies gigi kekal sebagai penyakit kronik paling lazim di dunia. Tanpa langkah intervensi, ia boleh menyebabkan pembentukan kaviti dan juga komplikasi lain yang tidak diingini. Sehubungan itu, pelbagai kajian sedang rancak dijalankan demi membangunkan teknologi ubat gigi yang lebih baik dalam melindungi gigi. Salah satu daripada revolusi teknologi ubat gigi terbaru itu adalah ubat gigi berasaskan arginin.

Pentingnya perlindungan daripada kaviti

Apabila masalah karies gigi tidak dikawal, paras asid yang tinggi dalam mulut boleh menyebabkan penghakisan lapisan enamel gigi. Apabila ini terjadi, kaviti boleh terbentuk dan terus membesar sehingga mendedahkan lapisan pulpa. Apabila lapisan yang kaya dengan salur darah dan saraf ini terdedah, rasa sakit yang teruk dan berterusan boleh dialami oleh penghidap kaviti. Terdapat juga beberapa masalah kesihatan dan komplikasi lain yang boleh berlaku. Antaranya:

 

  1. Sakit gigi yang berterusan

  2. Pembentukan nanah dalam gusi dan sekitar gigi

  3. Berisiko untuk mengalami jangkitan sistemik (sepsis)

  4. Gigi menjadi pecah

  5. Masalah untuk mengunyah

  6. Gangguan psikologi akibat masalah penampilan gigi (keresahan dan kemurungan)

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia dilaporkan pernah mengalami penyakit periodontal dan juga karies gigi. Di samping itu, penyakit yang sama turut berlaku dalam 40 hingga 75% pelajar sekolah di Malaysia. Kanak-kanak merupakan kumpulan populasi yang paling berisiko untuk menghidap karies gigi yang teruk sehingga memerlukan rawatan. Kajian mendapati 76% daripada kesemua kanak-kanak di bawah usia 5 tahun telahpun mempunyai 8 daripada 10 gigi susu mereka terjejas dengan karies. Di Malaysia, negeri Terengganu, Pahang, Perlis dan juga Sabah adalah negeri-negeri yang mempunyai prevalens kaviti tertinggi. 

Kuasa ubat gigi berasaskan arginin

Pada 17 Oktober yang lalu, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive, Cik Ammanda Klemm telah melancarkan ubat gigi terbaru dalam edisi perlindungan kaviti maksima mereka iaitu Amino Power. Pelancaran bersempena sambutan Hari Masa Depan Bebas Kaviti 2019 (WCFFD 2019) itu telah mengambil tempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yak Chee.

 

Inovasi Amino Power ini menggabungkan teknologi lama (berasaskan fluorida) bersama teknologi baru (berasaskan arginin) demi memberi kesan perlindungan gigi yang sinergistik. Tiga komponen utama dalam teknologi yang telah dipaten ini adalah asid amino arginin, fluorida dan juga kalsium. Seperti ubat gigi lain, fluorida dan kalsium merupakan bahan inorganik yang membantu untuk menguatkan dan membekalkan mineral penting kepada gigi. Berbeza dengan kedua-dua kompaun tersebut, arginin pula adalah sejenis kompaun organik yang terdapat secara semula jadi dalam air liur. 

Kelebihan menggunakan ubat gigi berasaskan arginin adalah:

  1. Membekalkan nutrisi kepada bakteria baik yang membantu untuk menstabilkan pH dalam mulut sekali gus menghalang pembentukan karies gigi

  2. Melemahkan aktiviti bakteria jahat yang mendorong kepada penghasilan asid

  3. Mencetus kepada polarisasi komposisi bakteria kepada anjakan populasi bakteria yang lebih baik bagi melindungi mulut penghidap karies.

 

Revolusi dalam ubat gigi berasaskan arginin ini menyebabkan ia mampu untuk menghasilkan kesan perlindungan daripada kaviti sebanyak 4 kali ganda lebih kuat berbanding ubat gigi biasa. Selain pelancaran tersebut, sambutan yang berlansung hasi usaha sama Colgate-Palmolive dan Persatuan untuk Masa Depan Bebas Kaviti (ACFF) itu turut menyaksikan pelbagai acara dan persembahan lain. Ini termasuklah persembahan lagu ikonik ‘Bangun Pagi, Gosok Gigi’ nyanyian Alyssa Dezek, persembahan dan juga demonstrasi memberus gigi oleh Kelab Belia ACFF, dan juga acara kemuncak iaitu acara memberus gigi beramai-ramai yang telah berjaya mencipta rekod baru.

Semua pihak harus memainkan peranan mereka demi mencapai misi sifar kaviti dalam kanak-kanak Malaysia menjelang tahun 2026, yang telah digariskan oleh ACFF. Sekalu jenama ubat gigi utama di Malaysia, Colgate komited dalam memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses terhadap perlindungan terbaik di samping cakna terhadap langkah penjagaan gigi yang betul. Selain program kesedaran di sekolah dan di kawasan luar bandar, Colgate juga turut melaksanakan perkongsian pintar bersama profesional pergigian dan juga ahli akademik berkaitan demi menyerbarluaskan lagi kesedaran dan juga penggunaan teknologi perlindungan kaviti yang terbaik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gigi Susu Punca Gigi Berlapis?

    Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/10/2019 . 5 minit bacaan

    Senjata Baru Dalam Melawan Karies Gigi

    Dalam mencapai misi bebas kaviti dalam setiap kanak-kanak di Malaysia menjelang tahun 2060, senjata baru diperlukan bagi melawan karies gigi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/09/2019 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Berkesan Putihkan Gigi Dengan Baking Soda? Ada Rawatan Yang Lebih Berkesan!

    Pernah tak mendengar tip tentang penggunaan serbuk penaik (baking soda) dan lemon sebagai salah satu cara putihkan gigi? Pernah cuba tip tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 19/09/2019 . 4 minit bacaan

    Gigi Kuning Bukan Lagi Masalah, Ini 4 Cara Kembalikan Senyuman Menawan!

    Sudah menjadi stigma untuk kita merasakan warna gigi putih sebagai gigi yang sihat dan gigi kuning sebagai tidak dijaga dengan baik. Tapi betul ke begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 19/09/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaitan-kebersihan-gigi-dan-kesuburan

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    kanser prostat

    Betul Ke Minum Susu Boleh Menyebabkan Kanser Prostat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    minum susu

    Tahukah Anda Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari? Cukup Ke Kalau Satu Cawan Saja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan
    sifar kaviti

    Memecahkan Rekod, Ke Arah Sifar Kaviti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 17/10/2019 . 3 minit bacaan