backup og meta

Ini Rupanya 8 Punca Gigi Cepat Rosak & Rongak, Ubah Tabiat Anda Ini Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/06/2022

    Ini Rupanya 8 Punca Gigi Cepat Rosak & Rongak, Ubah Tabiat Anda Ini Sekarang!

    Apa yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan gigi? Adakah amalan pemakanan atau tabiat harian individu? Jom ketahui 8 punca gigi rosak!

    Masalah kerosakan gigi

    Sebenarnya banyak perkara yang dilakukan boleh menjadi punca gigi rosak. Namun adakalnya anda mungkin tidak menyedarinya dan menganggap amalan atau tabiat tersebut bukan penyebab kerosakan gigi yang anda alami.

    Berikut dikongsikan 8 tabiat punca kerosakan gigi anda:

    1. Ubat batuk

    kerosakan gigi

    Ubat batuk lozenge yang dijual di kedai biasa kebanyakannya mengandungi kandungan gula tinggi dan ia menjadi punca gigi rosak. Selepas anda mengambil lozenge, pastikan anda memberus gigi.

    Ini kerana sama ada gula-gula biasa atau gula untuk ubat batuk, ia tetap bertindak balas dengan plak yang berada pada gigi anda dan bakteria dalam plak akan mengubah gula menjadi asid yang akan menyingkirkan enamel pada gigi.

    1. Guna gigi untuk buka bungkusan plastik 

    Ini adalah satu tabiat yang sering dilakukan ramai individu; membuka botol, mengoyakkan bungkusan plastik makanan dengan menggunakan gigi.

    Perbuatan ini boleh menyebabkan kerosakan gigi, seperti  retak. Seeloknya gunakan gunting dan pembuka botol kerana gigi hanya digunakan untuk mengunyah makanan.

    1. Minuman jus

    Jus sememangnya kaya dengan vitamin dan antioksida, tetapi malangnya kebanyakan jus mengandungi kandungan gula yang tinggi. Sesetengah jus mengandungi kandungan gula sama seperti hidangan air karbonat.

    Buah-buahan adalah manis secara semula jadi, jadi pilih jus yang tidak mengandungi gula tambahan. Atau anda boleh menambah air untuk mengurangkan mengimbangi kandungan gula dalam jus serta mengurangkan risiko mengalami kerosakan gigi.

    1. Kerepek kentang

    Siapa yang tidak menggemari kerepek kentang? Rasanya yang ranggup, mendatangkan keseronokan ketika mengunyahnya. Namun, makanan kegemaran ramai ini sarat dengan kandungan kanji yang tinggi, yang akan berubah menjadi gula dan terlekat di celah gigi dan menjadi makanan bakteria yang berada pada plak.

  • Mengigit pensil

  • kerosakan gigi

    Jangan terkejut kerana ada individu yang gemar melakukan tabiat ini, lebih-lebih lagi ketika zaman persekolahan atau mungkin masih kekal melakukannya walaupun sudah bekerja. Sama seperti mengunyah ais, tabiat ini boleh menjadi punca gigi rosak.

    1. Kopi

    Warna kopi yang gelap dan berasid boleh menyebabkan gigi anda kuning jika anda terlalu kerap mengambilnya. Nasib baik, kekotoran pada gigi yang disebabkan kopi ini boleh dihilangkan dengan kepelbagaian pemutih gigi yang berada di pasaran.

    Namun sebelum anda membeli sebarang produk pemutih gigi, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor gigi anda jika anda bimbang dengan perubahan warna pada gigi.

    1. Alkohol

    Minuman alkohol adalah satu minuman yang tidak baik untuk kesihatan. Adakah anda sedar, ketika anda meminumnya, ia membuatkan mulut anda kering? Mulut yang kering adalah kerana kekurangan air liur (saliva), di mana ia diperlukan untuk mengekalkan kesihatan mulut.

    Air liur membantu menyingkirkan makanan dari terlekat di celah gigi. Malah ia turut membantu memperbaiki tanda awal kerosakan gigi, jangkitan gusi, dan pelbagai masalah oral lain.

    1.  Binge eating

    kerosakan gigi

    Ia adalah satu masalah gangguan kesihatan. Individu yang menghidapi gangguan ini akan mengambil makanan manis atau yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, yang pastinya akan merosakkan gigi.

    Perbuatan mengosong dan membersihkan (binging and purging) perut yang dikaitkan dengan masalah bulimia nervosa akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada gigi.

    Muntah yang mengandungi asid kuat boleh menghakis gigi, menjadikannya rapuh dan lemah. Malah, ia turut akan membuatkan nafas berbau.

    Bulimia boleh menyebabkan pelbagai isu kesihatan yang serius, jadi pastikan anda mendapatkan nasihat doktor jika anda berdepan dengan masalah ini.

    Ubah tabiat untuk kurangkan risiko kerosakan gigi

    Semoga perkongsian ini akan dapat membantu anda mengurangkan risiko untuk mengalami masalah kerosakan gigi. Aspek penjagaan diri adalah penting untuk membantu anda dalam mengekalkan kesihatan gigi agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan