Pertumbuhan Gigi Bongsu: Kenapa Menyakitkan?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Gigi bongsu atau gigi geraham, merupakan gigi dewasa terakhir yang akan tumbuh ketika usia 17 hingga 25 tahun. Kebiasaannya, setiap individu mempunyai 4 gigi bongsu di bahagian belakang mulut; 2 pada bahagian atas dan 2 pada bahagian bawah.

Kesakitan ketika proses pertumbuhan gigi bongsu adalah berbeza bagi setiap individu. Sesetengah individu akan mengalami kesakitan yang berterusan, manakala ada juga yang hanya mengalami kesakitkan dan ketidakselesaan ketika mengunyah makanan atau menyentuh bahagian tersebut.

Punca kesakitan

Kesakitan ini boleh berlaku di atas beberapa sebab. Antaranya, mungkin gigi geraham berada dalam kedudukan tidak betul, tidak sesuai untuk mulut, gigi terperangkap dalam gusi, atau terdapat jangkitan kerosakan pada gigi.

Rasa sakit ini mungkin berlaku secara tiba-tiba, atau ia boleh terjadi secara perlahan-lahan. Namun, kesakitan seperti ini tidak boleh dibiarkan dan seharusnya dirawat dengan segera kerana ia mungkin memberikan kesan kepada kesihatan mulut secara keseluruhan.

Kedudukan gigi tidak betul

Kedudukan gigi geraham yang berada dalam kedudukan tidak betul atau dikenali sebagai impacted wisdom teeth, merupakan satu keadaan di mana ia tidak mempunyai ruang yang tidak mencukupi untuk tumbuh dan membesar, yang akhirnya akan menyebabkan komplikasi lain.

Masalah impacted wisdom teeth ini boleh menyebabkan sakit, kerosakan kepada gigi lain dan masalah pergigian yang lain. Dalam sesetengah kes, ia mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah dalam jangka masa terdekat. Tetapi kerana ia sukar untuk dibersihkan, maka risiko terdedah kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Kebiasaannya, gigi geraham bermasalah seperti ini yang menyebabkan kesakitan atau komplikasi pergigian akan dicabut keluar. Sesetengah doktor gigi dan pakar bedah juga akan mengesyorkan untuk mencabut gigi ini untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Simptom

Jika anda masih belum mengalami proses pertumbuhan gigi geraham, anda mungkin tertanya-tanya apakah ia akan menjadi kesakitan yang amat menyakitkan. Berikut beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sama ada anda sedang mengalami proses pertumbuhan gigi geraham atau tidak:

  • Anda akan merasa sakit gigi pada bahagian belakang mulut anda.
  • Jika melihat di cermin, anda mungkin boleh nampak gigi geraham mula untuk menembusi gusi
  • Gusi pada bahagian belakang mulut menjadi merah dan sangat sensitif kepada sentuhan.
  • Kesakitan rahang
  • Bengkak sekitar rahang
  • Gusi berdarah
  • Nafas berbau
  • Kesukaran membuka mulut
  • Rasa tidak selesa di dalam mulut

Pemeriksaan doktor

Jika anda merasakan anda mungkin sedang mengalami kesakitan kerana pertumbuhan gigi geraham, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin. Mencabut dan membuang gigi geraham mungkin antara jalan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkan dan menghalang masalah kesihatan mulut berkaitan gigi geraham ini.

Bagi gigi geraham yang bermasalah atau impacted wisdom teeth tidak boleh dielakkan daripada berlaku. Tetapi dengan pemeriksaan dan pembersihan gigi berjadual setiap 6-bulan membolehkan doktor gigi anda memantau pertumbuhan dan kemunculan gigi geraham anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan