AWAS! Ini Sebenarnya BAHAYA Penapis Air Kepada Kesihatan Mulut Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/07/2020 . 2 minit bacaan

Zaman sekarang, kebanyakan orang sudah tidak lagi menjerang air menggunakan cerek kerana penapis air telah menjadi pilihan yang lebih diutamakan.

Lihat sahaja di dalam rumah atau pejabat, majoriti mesti memasangnya.

Pun begitu, ada ura-ura yang mengatakan bahawa air yang ditapis menggunakannya tidak selamat untuk diminum dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mulut.

Betulkah dakwaan ini?

Perlu atau tidak pasang penapis air?

Kini, lambakan jenama penapis air sama ada tempatan atau luar negara telah berada di pasaran.

Bukan itu sahaja, mereka juga kini sudah bergiat lebih aktif dengan menggunakan khidmat ejen untuk memasarkan atau mempromosikan setiap produk mereka.

Maka, tidak hairanlah jika banyak kediaman yang memasangnya.

penapis air

Persoalannya, adakah ia satu keperluan?

Untuk pengetahuan anda, syarikat pengurusan bekalan air di Malaysia seperti Syabas, Sains dan Ranhill SAJ dan lain-lain telah menetapkan standard taraf kualiti air di negara kita yang berpandukan standard World Health Organization (WHO).

Oleh itu, kandungan klorin dan florida dalam air di negara adalah selamat untuk digunakan sebagai air minuman.

Jadi, pemasangan penapis air di dalam kediaman anda adalah alternatif pilihan anda sendiri, bukannya satu keperluan.

Ini kesan penggunaan penapis air kepada kesihatan mulut!

Di negara kita, syarikat bekalan air telah membekalkan air yang mengandungi klorin dan florida dan pelbagai mineral lain kepada kita.

Ia sebenarnya adalah satu kaedah yang paling jimat, selamat dan efektif dalam mencegah penyakit karies gigi.

Pun begitu, sudah banyak kajian kini yang membuktikan alat penapis air dengan sistem osmosis berbalik akan mengurangkan atau menyingkirkan terus kandungan mineral-mineral ini.

Oleh itu, ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kesihatan mulut kita.

air

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia sebenarnya mungkin akan mengganggu sistem yang telah dicipta oleh manusia dalam membekalkan mineral-mineral yang diperlukan oleh kesihatan mulut kita.

Jadi, apakah yang boleh anda lakukan?

Pilih alat yang sesuai ya?

Tidak salah untuk anda menggunakannya dengan alasan untuk menghilangkan rasa payau pada air atau menyahkan warna dan bendasing yang terdapat dalam air.

Cuma, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu:

  • Pastikan sistem penapisan air yang anda gunakan telah berdaftar dengan badan regulasi seperti SIRIM
  • Pastikan sistem penapisan air yang anda gunakan diselenggara secara berkala seperti 3 bulan sekali

Jadi, keputusan untuk memasang sistem penapisan air di rumah atau pejabat adalah terletak di tangan anda.

Ya, ia mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan mulut kita.

Namun, kita juga tidak boleh nafikan keberkesanannya dalam menapis bau, warna dan tekstur air.

Jika anda tidak mahu menggunakannya, tidak wujud sebarang masalah.

Anda masih boleh terus menggunakan cerek untuk menjerang air!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami tanda tanda dehidrasi semasa berpuasa di bulan Ramadan. Ini 15 gejala yang boleh dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

5 Mei adalah Hari Kebersihan Tangan Sedunia. Hari ini sangat penting untuk kita memperingatkan diri untuk cuci tangan dalam usaha cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/05/2020 . 2 minit bacaan

Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

Anda mungkin pernah mendengar mengenai khasiat kombucha atau teh cendawan Mekah ini. Tetapi adakah anda tahu, teh kombucha juga mempunyai mudaratnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

air masuk telinga

Seronok Berenang Sampai Air Masuk Telinga? Bahaya, Usah Biarkan! Ini 5 Cara Mudah Keluarkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
tumbuh gigi

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
cara hilangkan sakit gigi

OH! Rupa-rupanya Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
terlebih minum air

Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/07/2020 . 2 minit bacaan