10 Rahsia Gigi Cerah

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Dalam masyarakat moden penampilan adalah bahagian penting, ramai orang ingin mendapatkan gigi lebih putih dan kuat. Dengan itu, bagaimana jika gigi anda tidak seperti jangkaan anda? Jangan lagi risau, kerana artikel berikut akan membimbing anda tentang bagaimana untuk memutihkan gigi anda dalam cara yang paling murah tetapi sentiasa berkesan.

Berus selepas minum atau makan

Selepas menikmati makanan lazat atau minuman berperisa kegemaran, yang terbaik adalah tunggu selama 30 minit, kemudian mendapatkan berus gigi anda. Tidak memberus selepas makan adalah salah satu daripada sebab utama yang membawa kepada gigi berwarna/kotor.

Elakkan merokok

Merokok meninggalkan kesan negatif ke atas seluruh badan anda, termasuk paru-paru, kulit, dan paling teruk, gigi anda.

Elakkan minum kopi dan teh

Teh dan kopi adalah minuman kegemaran kebanyakan orang, walaupun demikian, ia memang  meninggalkan kesan buruk pada gigi anda. Oleh itu, jika anda mahu gigi anda menjadi putih berkilau, elakkan meminum kopi dan teh.

Gunakan minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi ciri-ciri antimikrob, ia berfungsi melindungi gusi dan gigi anda. Letakkan sesudu minyak kelapa ke dalam mulut anda, kemudian berkumur selama 5 hingga 10 minit. Sebagai alternatif, hanya meletakkan beberapa titik pada berus gigi anda dan kemudian teruskan memberus.

Gunakan cuka epal cider

Cuka epal cider, kerana ia mengandungi keasidan, berfungsi dengan baik dalam mengeluarkan kotoran yang disebabkan oleh kopi dan nikotin.

Pilih kulit oren atau lemon

Sama seperti cuka epal cider, kulit oren atau lemon mengandungi keasidan, oleh itu ia boleh membersihkan gigi anda, menjadikannya lebih cerah. Menggunakannya hanya sekali atau dua kali seminggu untuk memastikan tidak mendatangkan kemudaratan kepada gigi dan gusi anda.

Makan beri

Beri mempunyai banyak antioksidan, yang bermaksud ia baik untuk kesihatan anda, terutama gusi. Jangan terlalu tumpukan perhatian untuk gigi, tetapi mengabaikan gusi anda. Gusi anda perlu sihat untuk menyokong gigi.

Penggunaan produk arang diaktifkan

Produk arang yang diaktifkan, seperti ubat gigi, adalah terbukti mempunyai kesan baik terhadap menghapuskan kotoran pada permukaan gigi ini.

Gunakan serbuk penaik/baking soda

Letakkan sedikit serbuk penaik pada berus gigi anda, dan kemudian perlahan-lahan berus gigi. Anda mungkin terkejut melihat betapa berkesannya kaedah ini!

Tumpu perhatian pada diet anda

Anda tidak boleh mengharapkan gusi dan gigi sihat dan cantik jika anda tidak tumpu perhatian kepada apa yang anda ambil untuk badan anda. Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D dapat menguatkan gigi.

Cadangan berikut berfungsi dengan baik untuk anda mendapat gigi yang cerah. Tambahan, ia hanya melibatkatkan sejumlah kecil wang anda. Sebaliknya, jika cara di atas masih tidak memuaskan hati anda, atau anda menghadapi masalah dengan kesihatan gigi anda, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor gigi untuk nasihat perubatan selanjutnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut