Apabila anda melihat Hippocampus orang yang mengalami depresi, ia adalah jauh lebih kecil berbanding orang normal yang gembira. Sudah tentu, terdapat bahagian lain di dalam otak yang juga mengalami depresi tetapi Hippocampus adalah kawasan otak yang biasanya terkait dengan mengawal emosi dan juga memori. Dalam kefahaman yang lama, lebih lama seseorang itu tertekan, lebih kecil saiz Hippocampus. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kehilangan memori dan penurunan neuron di bahagian Hippocampus tersebut. Selain itu, tekanan boleh menyebabkan Hippocampus atrofi (mengecil).
Bersama dengan korteks prefrontal, Hippocampus membentuk rangkaian rumit yang bertanggungjawab bertindak balas terhadap perkara yang melibatkan emosi. Kita boleh merumuskan dengan tepat bahawa tindak balas seseorang yang mengalami depresi, terhadap peristiwa emosi adalah paling baik pun tidak sesuai, dan yang paling teruk, tidak berfungsi. Oleh itu simptom biasa bagi depresi ialah: rasa sedih, tertekan, malas, keletihan yang berlebihan dan mungkin tanda yang paling mudah dikenal pasti: hilang minat dalam aktiviti yang menyeronokkan, yang dikenali sebagai anhedonia.
Simptom-simptomnya
Beberapa laman web psikologi popular telah menawarkan ujian untuk membantu anda mendiagnosis depresi dengan sendiri. Berikut adalah contohnya. Jika anda mengalami lebih separuh daripada tanda-tanda ini maka sila berwaspada, kerana anda sedang mengalami depresi:
- Sia-sia: Tiada apa lagi dalam hidup yang dirasakan penting atau bermakna kepada anda.
- Kepala rasa tertekan: Anda merasakan sesuatu yang berat di kepala anda. Ia boleh membuat anda berasa mengantuk.
- Mengasingkan diri: Anda mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga dan memilih untuk bersendirian.
- Terpenjara: Anda tidak boleh meluahkan perasaan anda. Anda menjadi pendiam dan malu.
- Benci pada diri sendiri: Anda benci kepada diri anda apabila melihat di cermin.
- Ritual yang memakan diri: Anda terlibat dalam tingkah laku yang merosakkan seperti minum alkohol, mengambil dadah atau makan berlebihan, walaupun sedar dengan kesan buruknya.
- Bermain dengan Kematian: Anda bertindak secara melulu atau membahayakandiri dan tidak peduli jika anda mendapat cedera parah atau mati.
- Kehidupan adalah sesuatu yang menyusahkan: Anda berasa bahawa dunia tidak selari dengan anda.
- Tidak reslistik: Anda mempunyai sensasi bahawa hidup anda tidak benar.
- Tiada perkataan yang boleh anda gunakan: Anda merasa sukar untuk berkongsi perasaan anda kepada rakan-rakan dan keluarga dalam perkataan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen