backup og meta

Anda Dah Lama "Single"? Tak Faham Kenapa Susah Nak Dapat Pasangan? Ini Mungkin Jawapannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/09/2021

    Anda Dah Lama "Single"? Tak Faham Kenapa Susah Nak Dapat Pasangan? Ini Mungkin Jawapannya!

    Hidup bujang ni best tapi kadang-kadang… sunyi! Itulah perasaan yang sering dialami oleh mereka yang berstatus bujang.

    Kebebasan hidup solo ini memuaskan kerana tiada orang akan menyekat atau persoalkan tindak-tanduk anda.

    Namun, dengan mempunyai seseorang yang ambil peduli dan menyayangi diri kita akan berasa jauh lebih seronok buat sesetengah individu.

    Apabila majoriti orang di sekeliling sudah ‘berpunya’, anda mungkin akan terasa sunyi dan keiinginan untuk mempunyai pasangan hidup itu membuak-buak.

    Bagaimanapun, single ini tidak semestinya disebabkan nasib, ia juga mungkin menjadi pilihan sesetengah individu.

    Bagi para bujang di luar sana, pernah tak anda terfikir kenapa anda single walaupun anda sebenarnya mampu untuk ada kekasih?

    Baca 5 perkara ini untuk memahami kenapa anda masih hidup bujang

    Kurang keyakinan diri

    Kajian menujukkan, kurang keyakinan diri menjadi salah satu punca seseorang itu kekal membujang.

    Golongan ini bukan tidak mahu berpasangan malah mereka sangat ingin memiliki seseorang istimewa yang dipanggil kekasih, namun kekurangan diri sendiri menjadi penghalang terbesar bagi mereka.

    Perasaan tidak cukup bagus seperti mempunyai fizikal badan yang besar ataupun rupa paras yang tidak menarik menjadi penghalang mereka apatah lagi untuk keluar dan menemui seseorang.

    Mereka berasa tiada orang yang inginkan mereka kerana individu lain di luar sana jauh lebih bagus dan menarik.

    1. Anda terlalu memilih!

    Bersikap cerewet dalam menentukan pasangan itu bagus, lagi-lagi jika anda bercadang untuk berkahwin kerana anda akan meluangkan hayat anda untuk bersama mereka. Namun, terlalu memilih juga ada buruknya.

    Perasaan self defense yang kuat boleh menjadi punca anda masih single. Ini ternyata benar, terutamanya jika anda sudah terkesan dengan pengalaman buruk yang pernah berlaku dalam hubungan sebelumnya.

    Jika anda pernah dicurangi, dikhianati, dizalimi dan sebagainya, perasaan untuk melindungi hati daripada terluka akan menjadi lebih kuat.

    Pengalaman pahit sebegini mampu menutup pintu hati anda terhadap orang baharu.

    Selain itu, meletak jangkaan yang tidak realistik terhadap seseorang juga menyumbang kepada punca seseorang itu masih bujang.

    Kita harus sedar dan faham bahawa tiada orang yang sempurna di dunia ini.

    1. Anda terlalu sibuk untuk keluar dating!

    Orang yang berkarier kadangkala terlalu sibuk untuk keluar dating. Jadual hidup mereka hanya dipenuhi aktiviti kerja dan masa yang lebih biasanya diluangkan untuk berehat.

    single

    Bagi individu sebegini, mempunyai sebuah hubungan cinta mungkin memenatkan.

    Usaha untuk mencari pasangan merupakan komitmen yang besar. Ia memerlukan pelaburan masa, emosi dan tenaga yang banyak.

    Perkara ini boleh menjadi punca mereka kekal single kerana lebih mudah dan tidak menyusahkan sesiapa.

    1. Rasa takut terhadap keintiman

    Pakar Psikologi, Robert Firestone mengatakan bahawa perasaan takut untuk intim bersama seseorang itu turut wujud dalam kalangan masyarakat.

    Mereka mungkin mengimpikan perhubungan cinta yang indah namun apabila ia menjadi realiti, mereka berasa takut akan keintiman yang dizahirkan.

    mandi bersama pasangan

    Ini adalah fakta kerana secara realitinya, terdapat individu yang hanya mampu bertoleransi terhadap keintiman dengan kadar yang tertentu sahaja.

    Jika pasangan mereka melebihi had, mereka akan mula berasa kurang selesa.

    Perkara ini mungkin kedengaran agak tidak rasional. Namun inilah realiti sebenar yang berlaku dalam kalangan kita.

    Anda perlu fokus pada diri sendiri

    Perkara ini normal dan sering terjadi terutamanya kepada mereka yang masih belajar, mereka yang memulakan karier baharu, atau yang baharu berpindah.

    Ini juga boleh menjadi penyebab anda kekal bujang.

    Masa-masa kritikal sebegini juga mungkin agak tidak sesuai untuk mencari kekasih kerana anda perlu sekurang-kurangnya selesaikan urusan penting terlebih dahulu.

    Jika anda sedang berada di dalam situasi ini, usah khuatir. Ambil masa sebanyak mana yang diperlukan kerana pasangan yang sesuai akan datang apabila anda sudah bersedia.

    Bak kata pepatah, kalau dah jodoh tu pasti tak ke mana.

    Rumusan

    Bagi pembaca yang berstatus bujang, perkara manakah yang paling menggambarkan situasi anda?

    Apa pun, jangan risau! Jika anda ingin memiliki pasangan, be confident! Anda mampu untuk mengubah nasib anda!

    Bagi mereka yang tidak kisah hidup bujang, bagus! Ini kerana anda sudah bahagia dengan diri sendiri, hanya pastikan anda tidak terpengaruh dengan kata-kata orang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan