Petua Mengawal Marah

Marah adalah emosi normal dan sihat bagi setiap manusia, akan tetapi apabila di luar kawalan, ia akan mengakibatkan masalah yang serius dalam hubungan sesama manusia. Ia turut memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mental dan fizikal. Apabila anda cuba memahami punca sebenar kemarahan dan mengamalkan petua mengawalnya, anda akan mampu untuk menghalangnya daripada menguasai diri anda.

Mengapa saya perlu mengawal marah?

Kemarahan bukanlah satu emosi yang baik tetapi ia juga bukanlah emosi yang jahat. Seperti emosi-emosi lain, ia berperanan menyampaikan mesej, meluahkan perasaan anda tentang apa yang membuatkan anda sedih, terancam dan dizalimi. Sememangnya biasa untuk manusia merasa marah apabila tidak dilayan dengan baik, akan tetapi ia menjadi satu masalah yang besar apabila anda melahirkan kemarahan dengan cara yang boleh membinasakan diri anda dan orang lain. Oleh sebab itu, pelbagai alat untuk mengawal marah dicipta untuk mengalihkan kemarahan ke tempat lain.

Bagaimana saya boleh mengawal kemarahan?

Tujuan mengurus kemarahan bukanlah untuk menanam dan menyimpan rasa marah di dalam hati tetapi lebih kepada untuk memahami punca disebalik emosi ini dan meluahkannya dengan cara yang sihat tanpa membahayakan orang lain. Apabila ia berjaya dilakukan, bukan sahaja anda akan merasa puas bahkan anda mampu untuk menguruskan konfilik-konflik lain dalam kehidupan dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan dengan orang lain.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh membantu anda untuk lebih memahami tentang kemarahan anda dan mengawalnya.

Fikir dahulu sebelum bercakap. Ambillah masa seketika untuk berfikir dan menyusun perkataan sebelum anda meluahkannya.

Luahkan kemarahan apabila anda sudah bertenang. Nyatakan isu dengan jelas dan terang tanpa menyakiti orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

Amalkan senaman. Berjalan atau berlari, luangkan masa untuk aktiviti fizikal. Semua ini dapat membantu untuk mengawal rasa marah.

Ambil masa untuk bertenang. Diamkan diri dan bertenang dapat mebantu anda untuk bersedia menghadapi perkara yang mendatang tanpa rasa geram.

Mengenal pasti penyelesaian yang boleh diambil. Selalu ingatkan diri sendiri bahawa kemarahan tidak akan memberikan apa-apa, ia hanya menambahkan kerosakan. Hasilnya, daripada anda berfikir tentang apa yang buat anda marah, anda akan mencari penyelesaian kepada masalah sebenar.

Berjenaka untuk menghilangkan tekanan. Menceriakan suasana dapat menghilangkan tekanan. Walau bagaimanaun, elakkan sindiran kerana ia menyakitkan hati orang lain dan membuat situasi semakin teruk.

Berlatih teknik untuk menenangkan diri. Mengambil nafas dalam-dalam, bertafakur dan yoga boleh membantu untuk mengawal baran. Anda juga boleh mendengar musik, menulis dan melakukan apa sahaja yang membantu anda untuk bertenang.

Ketahui bila anda perlu meminta pertolongan.  Bila marah luar dari kawalan, pertimbangkanlah untuk meminta tolong dari kawan rapat, doktor atau pakar psikologi, jika tidak, mungkin anda akan menyesal dengan perilaku anda kelak.

Mempelajari seni menguruskan marah adalah satu cabaran untuk semua orang pada satu ketika dalam kehidupan masing-masing. Menguasainya bukanlah satu yang mudah tetapi ia akan jadi lebih mudah dengan latihan yang kerap.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

enEnglish

Rujukan
Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim Patologi - Histopatologi & Sitologi

Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim merupakan seporang pensyarah dalam bidang patologi di Cyberjaya University College of Medical Sciences, Malaysia, di bawah Jabatan Sains Perubatan Asas, Fakulti Perubatan.

Dr. Thuaibah adalah pakar patologi yang mempunyai sub kepakaran dalam Histopatologi Renal. Selain daripada mengajar, beliau juga aktif dalam aktiviti kebajikan seperti Pertubuhan Ikram Putrajaya dan Surau AlMunawwarah Bangi Golf Resort. Beliau juga ahli Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Kolej Patologi di Akademi Perubatan Malaysia; dan Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri.

Dr. Thuaibah mempunyai banyak penerbitan dan anugerah dalam bidang patologi termasuk:

1. Sijil Penghargaan dan Insentif terhadap sumbangan ke atas penghapusan wabak ensefalitis Nipah di Negeri Sembilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1999.

2. Hadiah dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang di Hari Kualiti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM 2002.

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003 daripada UPM

4. Anugerah Jasa Putra 2006 daripada UPM

Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini