backup og meta

Jangan Ambil Mudah Isu Gangguan Seksual, Ia Mungkin Akan Sebabkan Perkara Ini...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/03/2022

    Jangan Ambil Mudah Isu Gangguan Seksual, Ia Mungkin Akan Sebabkan Perkara Ini...

    Setiap kali berbicara mengenai hal gangguan seksual di Malaysia, kita sering kali akan mengaitkannya dengan kecederaan pada aspek fizikal sahaja bukan? Apakah maksud gangguan seksual yang paling tepat?

    Kita juga tidak boleh mengabaikan hakikat yang gangguan seksual di Malaysia turut mengakibatkan kecelaruan pada aspek mental mangsa!

    Tanpa perlu ulasan yang lebih panjang, sudah pasti kita semua tahu bahawa ia akan membawa kesan yang negatif kepada mangsa.

    Ingin tahu apa kesannya terhadap mangsa dari sudut kesihatan? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan mental, anda boleh klik di sini

    Maksud gangguan seksual

    gangguan seksual di malaysia

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua faham maksud gangguan seksual terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, maksud gangguan seksual ialah satu jenayah yang menjadikan seks sebagai senjata dan didorong oleh satu kemahuan untuk menguasai seseorang dengan sepenuhnya.

    Ini termasuklah jenayah berat seperti rogol, liwat, cabul atau seks bawah umur meskipun atas dasar suka sama suka.

    Kesannya, ia sudah pasti akan menjejaskan fizikal dan mental mangsa dan lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.

    Menurut satu anggaran yang pernah dibuat, kira-kira 1 per 4 wanita dan 1 per 10 lelaki pernah atau sedang mengalami gangguan seksual seumur hidup mereka.

    Namun jangan pula kalian sangka yang ia hanya melibatkan paksaan sentuhan kulit ke kulit sahaja, memandangkan terdapat beberapa jenis yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual di Malaysia:

    • Sentuhan terhadap bahagian sulit secara paksa
    • Renungan terhadap bahagian sulit secara sembunyi
    • Ungkapan yang berbaur atau berunsur lucah
    • Hantaran foto atau video lucah
    • Hantaran mesej atau suara lucah
    • Ajakan untuk melakukan aktiviti seksual
    • Mendedahkan alat sulit sama ada secara langsung atau atas talian (flasher)
    • Mengekori anda sama ada secara terang atau sembunyi (stalker)

    Gangguan seksual di Malaysia: Ia boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana

    gangguan seksual di malaysia

    Gangguan seksual di Malaysia tidak pernah mengenal mangsanya, ia boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja.

    Sama ada di rumah, sekolah, tempat awam ataupun tempat kerja juga wujud pemangsa seksual yang memang gila akan seks dan menunggu untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa.

    Setiap golongan tanpa mengira jantina juga tidak terselamat; orang dewasa, warga emas, kanak-kanak atau ibu hamil berisiko untuk mengalaminya.

    Ini kerana wujud macam-macam perangai manusia dengan pelbagai fantasi seks yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu mereka.

    Antara isu yang paling biasa kita dapat lihat atau dengar adalah gangguan seksual di tempat kerja. Setuju?

    Sekiranya majikan, pekerja atau rakan sekerja anda ada melakukan sebarang gangguan yang tidak menyelesakan anda, segera laporkan kepada pihak berkuasa di talian 999 atau balai polis berdekatan.

    Kesan bahaya gangguan seksual terhadap mangsa

    gangguan seksual di malaysia

    Tidak, jangan bersikap terlalu jumud dan hanya fikir kesannya terhadap fizikal sahaja malahan aspek mental juga perlu dititikberatkan.

    Mangsa yang terlibat dengan gangguan turut akan mengalami gangguan jiwa.

    Fizikal

    • Masalah seksual
    • Serangan panik
    • Gangguan gastrousus
    • Gangguan tidur
    • Mimpi ngeri
    • Reaksi dermatologi
    • Berat badan tidak menentu
    • Sakit kepala yang meneruk
    • Lesu tubuh badan

    Mental

    • Fobia
    • Depresi
    • Kemurungan
    • Kegelisahan
    • Kekeliruan
    • Ketakutan
    • Kemarahan
    • Hilang keyakinan diri
    • Penafian terhadap realiti
    • Pengasingan dari masyarakat

    Di sini kita dapat lihat pelbagai kesan negatif yang boleh berlaku kepada tubuh badan seorang mangsa secara keseluruhannya.

    Dapat disimpulkan bahawa kedua-dua aspek fizikal dan mental adalah lebih kurang sama berat dan akan menjejaskan kehidupan.

    Jika digabungkan kesemua kesan ini, maka akan berlaku kerosakan yang teruk pada tubuh badan lantas menyebabkan kesan yang lebih dahsyat seperti bunuh diri.

    Apa yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa gangguan seksual di Malaysia?

    Jika anda merupakan salah seorang mangsa atau saksi kepada gangguan seksual, jangan berdiam diri dan laporkan kepada pihak berkuasa segera!

    Apa yang perlu dilakukan adalah:

    • Laporkan kepada pihak polis di balai polis atau di talian 999
    • Kunjungi klinik, hospital atau pusat kesihatan
    • Pergi mendapatkan konsultasi dari pakar kaunseling

    Sekiranya anda takut, keliru atau diugut oleh pelaku, jangan hanya mendiamkan dan membenarkan perkara tersebut berterusan.

    Sebaliknya, cuba beritahu orang yang rapat dengan anda seperti ahli keluarga atau sahabat karib untuk mendapatkan bantuan.

    Gangguan seksual bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah oleh masyarakat kerana ia boleh berlaku pada sesiapa dan di mana-mana sahaja.

    Akhir kata, jangan biasakan gangguan seksual ini berlaku dalam persekitaran anda!

    #IWD2022 #StandStrong

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan