Bipolar: 14 Tanda yang Mungkin Dikenalpasti

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kecelaruan bipolar adalah penyakit mental yang dikesan dengan perubahan mood yang melampau, daripada mania ke kemurungan dan sebaliknya. Perubahan mood tersebut mungkin juga bercampur, jadi anda mungkin berasa gembira dan tertekan pada masa yang sama.

Kecelaruan bipolar bukanlah diagnosis yang jarang berlaku. Simptom kebiasaannya muncul dalam kalangan remaja atau orang dewasa, tetapi boleh juga berlaku pada kanak-kanak. Wanita lebih cenderung didiagnosis dengan bipolar berbanding lelaki, walaupun sebabnya masih tidak diketahui.

Kecelaruan bipolar boleh menjadi sukar untuk didiagnosis, tetapi terdapat tanda-tanda amaran yang boleh anda kenal pasti.

Apakah tanda-tanda amaran kecelaruan bipolar?

Tanda-tanda dan simptom kecelaruan bipolar berbeza-beza. kebanyakan simptom ini juga boleh berlaku disebabkan keadaan lain, menyebabkan keadaan ini sukar untuk didiagnosis.

Tanda amaran kecelaruan bipolar secara umumnya boleh dibahagikan kepada mania, dan kemurungan.

7 tanda mania

Mania boleh menyebabkan simptom-simptom lain juga, tetapi tujuh tanda utama fasa kecelaruan bipolar ini adalah:

  1. rasa terlalu gembira untuk jangka waktu yang panjang
  2. kurang keperluan untuk tidur
  3. bercakap dengan cepat, selalunya dengan pemikiran yang cepat
  4. berasa sangat gelisah atau impulsif
  5. menjadi mudah terganggu
  6. terlebih keyakinan diri dalam kebolehan anda
  7. terlibat dalam tingkah laku berisiko, seperti mengadakan hubungan seks rambang, berjudi dengan wang simpanan, atau berbelanja besar

7 tanda kemurungan

Seperti mania, kemurungan boleh menyebabkan simptom-simptom lain juga, tetapi di sini terdapat tujuh tanda utama kemurungan daripada kecelaruan bipolar:

  1. berasa sedih atau putus asa untuk tempoh masa yang lama
  2. memencilkan diri daripada rakan dan keluarga
  3. kehilangan minat dalam aktiviti yang pernah anda nikmati
  4. mempunyai perubahan ketara dalam selera makan
  5. berasa keletihan atau kurang tenaga
  6. mempunyai masalah dengan ingatan, tumpuan, dan membuat keputusan
  7. memikirkan atau mencuba bunuh diri, atau kerap berfikir tentang kematian

Jika anda menemui doktor sewaktu episod kemurungan dan belum pernah mengalami mania, anda mungkin akan didiagnosis dengan kemurungan. Kajian mendapati kira-kira 15% pesakit didiagnosis dengan kecelaruan kemurungan major sebenarnya menderita penyakit bipolar.

Faktor risiko bipolar pada pesakit yang didiagnosis dengan kecelaruan kemurungan major termasuklah:

  • sekurang-kurangnya dua episod mood melampau di masa lalu
  • sejarah keluarga dengan mania
  • kejadian simptom psikiatri pertama sebelum usia 30 tahun
  • episod kemurungan semasa berlangsung kurang daripada satu bulan
  • ketidakstabilan mood dengan antidepresan
  • perasaan bercampur semasa

Maklumkan doktor anda jika anda mengalami sebarang simptom berkaitan bipolar atau keadaan mental yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut