backup og meta

Autisme: Kecacatan atau Kelainan?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Autisme: Kecacatan atau Kelainan?

    Autisme adalah kecacatan perkembangan yang kompleks, yang biasanya muncul semasa tiga tahun pertama kehidupan disebabkan oleh gangguan neurologi yang mempengaruhi fungsi otak.

    Ia adalah empat kali lebih besar dalam kalangan lelaki berbanding perempuan. Autisme tidak menunjukkan sempadan kaum, etnik atau sosial, dan merentasi pendapatan keluarga, gaya hidup dan tahap pendidikan.

    Autisme memberi kesan kepada perkembangan normal otak dalam interaksi sosial dan kemahiran komunikasi. Gangguan ini menyebabkannya sukar berhubung dengan dunia luar.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), autisme berlaku sebanyak 1 dalam 68 bayi baru lahir. Ini bermakna kira-kira 9,000 kanak-kanak di Malaysia dilahirkan dengan autisme pada setiap tahun.

    Autisme: Kecacatan atau kelainan?

  • Kelainan (Difference)
  • Kebanyakan dewasa autistik ingin diiktiraf sebagai kelainan bukannya kecacatan walaupun berada di luar dalam kalangan masyarakat menimbulkan cabaran yang besar. Perbezaan deria yang ketara dan pemprosesan neurologi ditentukan oleh otak bersama-sama dengan cabaran yang ada sekarang dengan komunikasi dan pemahaman sosial konvensional adalah perbezaan yang sangat penting.

    • Kecacatan (Disability)

    Bagi sesetengah orang, cara autisme berfungsi terhadap tubuh dalam menghadapi pelbagai rintangan untuk melalui setiap hari kehidupan. Seseorang mungkin memerlukan peranti komunikasi, peralatan terapi kerja dan menggaji pekerja penjagaan diri. Bagi autistik berdepan cabaran dengan keperluan ini, ini bermakna aspek kecacatan autisme.

    Kesan negatif memilih kecacatan atau kelainan

    Apabila seseorang memilih kecacatan, ini boleh menyebabkan bakat, kekuatan, keupayaan dan keistimewaannya diabaikan. Namun jika memilih kelainan atau perbezaan, kesukaran dan keperluan yang sebenar tidak hanya diabaikan tetapi mungkin sering sering dipersalahkan kerana orang lain menganggap mereka degil.

    JKM pertimbangkan sub-kategori autisme dalam kad OKU

    Menurut laporan freemalaysiatoday pada Oktober lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mempertimbangkan permintaan ibu bapa untuk mewujudkan sub-kategori autisme dalan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi membolehkan golongan berkenaan mengakses perkhidmatan yang lebih spesifik.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ia adalah antara usaha kementerian bagi menjaga kebajikan kanak-kanak autisme selain mewujudkan kesedaran mengenai sindrom itu dalam kalangan masyarakat.

    Menurutnya, kementerian telah melaksanakan pelbagai program dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang autisme dan menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak autisme mereka.

    Jelasnya, antara sebab mengapa masih ramai ibu bapa belum mendaftarkan anak autisme sebagai OKU adalah kerana mereka percaya dengan intervensi awal, kanak-kanak berkenaan tidak perlu berdaftar sebagai OKU.

    Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa kad OKU ini boleh dibatalkan atas pengesahan pegawai perubatan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan