Serangan panik boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Kadangkala, selepas bangun dari tidur pun boleh berlaku.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Serangan panik boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Kadangkala, selepas bangun dari tidur pun boleh berlaku.
Anda berasa takut, gementar dan berdebar secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab atau peristiwa? Jika keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya dua kali, dan anda risau akan mengalaminya lagi, anda mungkin mengalami gangguan panik yang merupakan sejenis keresahan (anxiety disorder).
Meskipun tiada data yang jelas bagi keadaan ini di Malaysia, namun 1 daripada 10 rakyat Amerika Syarikat mengalami serangan panik setiap tahun. Tetapi tidak semuanya mempunyai gangguan panik, hanya 3% sahaja. Daripada angka ini, perempuan lebih ramai.
Anda mungkin mengalami 4 atau lebih daripada simptom berikut semasa serangan panik:
Kebiasaannya, serangan ini berlaku selama 5-10 minit. Namun, ia boleh berpanjangan sehingga 1 jam. Kadangkala, anda boleh terasa seperti mengalami serangan jantung atau strok. Sesetengah pesakit juga perlu pergi ke bilik kecemasan hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Doktor masih tidak mampu mengenal pasti punca sebenar. Ia dipercayai berkaitan dengan genetik dan persekitaran tempat membesar. Kadangkala, terdapat juga penyakit mental lain seperti kemurungan.
Untuk mengesahkan anda menghidap gangguan panik, tiada ujian makmal atau radiologi yang khusus. Ia dibuat dengan menyingkirkan sebab-sebab lain kepada simptom terbabit.
Contohnya, pesakit yang mengadu sakit dada dan sesak nafas mungkin disebabkan oleh serangan jantung.
Jika bacaan elektrokardiogram (ECG) dan ujian enzim jantung tidak menyokong masalah jantung, ia mungkin disebabkan oleh serangan panik.
Sebelum memulakan rawatan, doktor harus mengenal pasti penyakit lain seperti hipertiroid atau ubat-ubatan lain yang mungkin menyebabkan keadaan seperti ini.
Doktor mungkin merujuk anda kepada ahli terapi psikologi (psychotherapist) seperti psikoterapi dan terapi kongnitif tingkah laku (CBT). Ia bertujuan mengenal pasti punca sebenar dan membantu pesakit mengenali persekitarannya serta cara menghadapi keadaannya dengan cara yang terbaik.
Kadangkala, ubat-ubatan tertentu juga diberikan. Contohnya ubat antidepresi dan antikeresahan (anxiolytics), jika diperlukan untuk membantu mengurangkan simptom.
Perubahan gaya hidup juga adalah penting termasuk mengurangkan minuman berkafein, senaman dan teknik pernafasan dalaman. Bebaskan diri daripada tekanan atau stres juga boleh membantu.
Dapatkan kumpulan sokongan di sekeliling anda dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan. Antara kumpulan yang boleh dihubungi adalah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen