backup og meta

Rasa Aneh Jika Keinginan Melampau Kepada Seksual? Ini Tanda Penyakit, Semak Simptom Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/11/2022

    Rasa Aneh Jika Keinginan Melampau Kepada Seksual? Ini Tanda Penyakit, Semak Simptom Ini

    Setiap manusia tanpa mengira jantina yang hidup di muka bumi ini mempunyai keinginan dan kemahuan seks. Tapi, bagaimana pula dengan simptom gila seks yang mungkin dialami sesetengah orang?

    Sebelum itu, ia adalah perkara yang normal ekoran kewujudan sesuatu di dalam diri yang dinamakan sebagai nafsu syahwat.

    Tanpanya, maka tidak akan wujud sistem pembiakan untuk kita semua melahirkan zuriat bagi melangsungkan susur galur keturunan.

    Pun begitu, apa akan jadi sekiranya nafsu syahwat ini menguasai diri sehingga kita menjadi seorang yang ‘gila seks’?

    Usah khuatir, ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

    Apa maksud gila seks?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita benar-benar faham erti istilah ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, ia bukanlah sekadar satu gelaran yang diberi kepada seseorang. Namun, ini adalah satu penyakit berkaitan mental.

    Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu amat gila akan seks dan sangat kerap berfikir tentangnya setiap masa.

    Individu ini seterusnya mungkin akan bertindak di luar kawalan dan cenderung melakukan jenayah seperti rogol, liwat dan cabul bagi memuaskan kehendak seksual mereka.

    Adakah kalian mengenali seseorang atau anda sendiri yang sedang menghadapi keadaan ini? Maka segera dapatkan rawatan ya!

    gila seks

    Apa tanda seseorang itu gila seks?

    American Psychiatric Association (APA) menyenaraikan gila seks sebagai salah satu dari penyakit mental yang tidak boleh didiagnosis di dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM).

    Ini kerana ia memang benar tidak boleh didiagnosis secara saintifik.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, sukar untuk ditentukan sama ada seseorang itu gila akan seks atau tidak.

    Pun begitu, terdapat beberapa kriteria yang boleh ditetapkan untuk menentukan seseorang dengan keadaan ini.

    Berikut merupakan kriteria-kriteria tersebut:

    #1. Seks adalah perkara pertama dalam fikiran

    Mungkin normal untuk kita mempunyai fantasi seksual di dalam fikiran sekali-sekala namun bukan selalu.

    Jika terlalu kerap atau asyik berfikir tentangnya, ia mungkin membuatkan anda menjadi seseorang yang gila akan seks.

    Ini kerana terdapat banyak lagi perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan seperti kerjaya, kewangan, keluarga dan lain-lain yang perlu diutamakan dalam fikiran.

    #2. Beronani adalah satu tabiat

    Kita semua memerlukan masa untuk bersendirian atau ‘me time’ untuk merelakskan minda dan tubuh badan dari orang sekeliling.

    Namun jika kalian menggunakan masa terluang ini sebagai ruang dan peluang untuk melancap, ia adalah satu petanda yang sangat buruk.

    Ini kerana beronani adalah satu perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal jika dilakukan dengan terlalu kerap.

    gila seks

    #3. Kerap melayari dan melayani pornografi

    Cuba periksa sejarah pelayar pada komputer riba atau telefon pintar kalian, bila kali terakhir anda berkunjung ke laman sesawang lucah?

    Sudah terang lagi bersuluh, menonton video lucah tidak langsung mendatangkan sebarang faedah buat individu.

    Ia hanya akan membuatkan kalian beransur-ansur menjadi seorang yang gila akan seks. Maka berhentilah sebelum terlambat.

    #4. Kerap buat seks bersama banyak pasangan

    Sama ada kalian belum berkahwin atau sudah berkahwin, aspek ini juga harus diteliti dengan lebih mendalam.

    Ini kerana orang yang gila seks mungkin akan terlalu kerap buat seks bersama banyak pasangan yang berlainan.

    Ia mungkin disebabkan oleh pemikiran mereka yang cepat bosan atau suka cuba sesuatu yang baharu atau berbeza bersama pasangan yang lain.

    #5. Mempunyai ‘fetish’ yang pelik lagi aneh

    Tidak dinafikan, rata-rata individu pasti mempunyai kehendak seksual yang unik.

    Namun ia akan jadi masalah besar jika kalian mempunyai fetish seks yang pelik lagi aneh seperti Pedophilia – suka akan kanak-kanak, Preggophilia – suka akan ibu hamil dan sebagainya.

    Segera dapatkan bantuan pakar jika kalian mempunyai antara 5 kriteria ini.

    gila seks

    Ia bukan sekadar gelaran tetapi penyakit

    Konklusinya, gila seks adalah bukan sekadar gelaran tetapi penyakit.

    Meskipun memang benar bahawa ia tidak boleh didiagnosis secara saintifik, namun ternyata seseorang yang mempunyai fikiran sebegini ada masalah pada aspek mental mereka.

    Akibatnya, mereka ini mungkin akan cenderung melakukan jenayah berat seperti rogol, liwat dan cabul dalam usaha memuaskan nafsu syahwat yang terlalu buas.

    Akhir kata, anda yang berasakan diri menepati ciri-ciri yang kami utarakan di atas perlu segera berjumpa pakar untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan lanjutan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan