5 Cara Menguruskan Stres

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Adakah anda pernah rasa yang anda tidak berdaya untuk melakukan apa-apa tentang stres yang anda hadapi? Namun, sebenarnya banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan untuk mengawalnya. Seni menguruskan stres semuanya terletak pada  penguasaan anda terhadap pemikiran, gaya hidup, emosi dan cara menyelesaikan masalah. Hasilnya, terdapat banyak langkah yang anda boleh ambil untuk melegakan tekanan dan mengawal semula kehidupan anda tidak kira sesusah mana kehidupan yang anda alami.

Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi kemampuan diri. Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja. Namun, tekanan yang  melampau memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Berikut adalah lima petua menguruskan tekanan secara sihat, yang telah dibuktikan oleh kajian psikologi bahawa ia mampu mengurangkan stres sama ada jangka masa pendek atau panjang.

5 Cara Menguruskan Stres

Elakkan diri dari punca stres

Apabila anda mengelakkan diri dari punca stres tersebut, anda akan mempunyai masa untuk melakukan pekara lain. Ini akan membantu anda untuk memperoleh skil baru atau untuk mengurangkan rasa lemas dengan masalah yang ada. Meluangkan masa untuk diri sendiri selama 20 minit sudah cukup membantu.

Bersenam

Kita selalu mendengar manfaat yang diperolehi daripada rutin senaman berkala. Cukup sekadar 20 minit berjalan, berlari, melakukan yoga di semasa dalam tempoh stres boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga beberapa jam.

Senyum dan gelak

Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka. Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, kita akan mempamerkan muka stres. Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan masalah yang dihadapi.

Dapatkan sokongan sosial

Hubungi rakan anda, carilah pakar psikologi. Berkongsi perkara yang membuatkan anda tertekan bersama dengan orang lain membantu melegakan tekanan anda. Namun, sangat penting bagi anda untuk memilih rakan yang dipercayai bagi meluahkan masalah anda.

Bertafakur

Bertafakur membantu menenangkan minda dan tubuh anda supaya tetap fokus. Ia juga membantu untuk mencipta satu ruang di antara pemikiran dan reaksi supaya anda tidak terus menerus melakukan perkara yang tidak berfaedah. Apabila bertafakur, manusia boleh melegakan perasaan yang menyebabkan tubuh fizikalnya tertekan. Seperti senaman, kajian telah menunjukkan bahawa bertafakur sebentar boleh memberikan kelegaan segera kepada diri.

Perkara yang membuatkan seseorang stres mungkin tidak memberikan tekanan yang sama pada orang lain. Dengan menemui cara pengurusan tekanan yang positif dan sihat, banyak kesan-kesan buruk pada kesihatan dapat dielakkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda juga mungkin berminat membaca artikel:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut