backup og meta

Kenapa Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/09/2022

    Kenapa Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata?

    Bagi para pembaca yang memakai cermin mata, pernah tak anda berasa pening kesan memakai cermin mata yang baharu?

    Adakah perkara ini menjadi tanda tanya kepada anda sama ada ia adalah normal ataupun tidak?

    Jika anda curious, luangkan sedikit masa untuk membaca kerana artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan isu ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Apakah kesan memakai cermin mata baharu?

    Jelas Dr. Laura Di Meglio, OD, Instruktur Oftalmologi di Johns Hopkins Medicine, ketika mendapat cermin mata yang baru, mata anda sekarang belajar untuk mengimbangi perubahan visual yang berubah, berlainan daripada kebiasaan.

    Menurut beliau, mata kita terdiri daripada semua otot-otot kecil dan sistem fokus yang tersendiri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang baharu.

    Oleh sebab otot dan sistem fokus mata tiba-tiba berfungsi dengan cara yang berbeza, anda mungkin mengalami sakit kepala atau pening akibat pemakaian kaca mata yang baharu.

    kesan memakai cermin mataSelain perubahan power pada cermin mata, perkara ini juga boleh berlaku kerana preskripsi lensa lekap baru atau berbeza.

    Jika anda sudah biasa memakai cermin mata dan preskripsi baru anda tidak berubah secara drastik, mata anda akan mudah untuk menyesuaikan dengan power tersebut.

    Tetapi menurut Dr. Di Meglio, jika anda memakai cermin mata buat pertama kalinya atau berdepan dengan perubahan preskripsi yang besar, mata anda mungkin mengalami kesukaran untuk menyesuaikan perubahan itu.

    Normal ke berasa pening setelah menukar cermin mata baru?

    Sekiranya anda berasa mata yang agak tidak selesa atau pening ketika pertama kali memakai preskripsi baru, jangan panik kerana itu adalah perkara yang normal dan hampir semua orang mengalaminya!

    Sakit kepala atau berasa pening tersebut mungkin berkaitan dengan kesan memakai cermin mata yang baharu.

    Ini kerana, perubahan terhadap cermin mata boleh membuat anda merasa pening atau mual dan semua perkara ini saling berkaitan.

    Perubahan penempatan objek, pergerakan, dan persepsi kedalaman dalam visual mata, menyebabkan otak anda belum tahu cara untuk memprosesnya bagi mengubah semula keseimbangan dalam mata.

    Namun, sekiranya anda masih mengalami simptom pening selepas beberapa ketika, sudah tiba masanya untuk anda berjumpa dengan doktor mata anda.

    Kesan memakai cermin mata: Masa menyesuaikan diri

    Berikan sedikit masa agar mata anda menyesuaikan diri dengan preskripsi baru, dan perkara ini kebiasaannya tidak mengambil masa yang begitu lama.

    Sama ada preskripsi power mata anda telah berubah atau anda baru membeli sepasang cermin mata baharu, proses untuk adapt dengan gelas baru sering memerlukan masa.

    Ini adalah proses yang biasa akibat kesan memakai cermin mata baharu yang kadang-kala berlangsung selama seminggu atau lebih lama, selagi anda diberikan preskripsi yang tepat.

    Cara-cara untuk mengelak kesan memakai cermin mata baharu

    pening kesan memakai cermin mata

    Jika anda berasa pening, sakit kepala mahupun mual apabila mula memakai cermin mata baharu, jangan terus buang cermin mata tersebut!

    Perubahan power atau preskripsi terhadap kaca mata adalah perkara yang normal dan sering berubah-ubah mengikut keperluan visual mata anda.

    Apa yang dapat anda lakukan adalah dengan berlatih memakai cermin mata baharu anda sekerap yang mungkin.

    Dr. Brian C. Adair, MD, Pakar Oftalmologi Komprehensif mencadangkan memakai cermin mata tersebut selama 3 hingga 4  jam dan kemudian berehat daripada memakainya dalam jangka masa beberapa hari.

    Ini akan dapat memberi masa kepada mata anda untuk adapt dan adjust terhadap perubahan penglihatan anda.

    Kesan memakai cermin mata: Berjumpa pakar mata semula

    Sekiranya berdepan sakit kepala atau pening akibat perubahan kaca mata yang benar-benar mengganggu anda, pertimbangkan untuk berjumpa dengan pakar mata semula.

    Namun dalam kebanyakan kes, kesan yang mungkin anda alami apabila memakai cermin mata yang baharu ini adalah sangat normal dan tidak akan memakan masa lama untuk pulih.

    Oleh itu, pastikan anda tidak menyerah kalah dan cuba untuk berlatih terlebih dahulu dengan perubahan tersebut okay!

    Rumusan

    Jadi sekiranya anda baru sahaja bertukar kepada cermin mata baharu,  jangan panik dan praktikkan apa yang telah dikongsikan di atas. Semoga berjaya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan