backup og meta

Ini Langkah Mudah Dan Cepat Untuk Buang Kesan Lebam Pada Mata Lebam!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/11/2022

    Ini Langkah Mudah Dan Cepat Untuk Buang Kesan Lebam Pada Mata Lebam!

    Kecederaan pada muka atau kepala boleh menyebabkan masalah ini lantas memerlukan kita untuk cari bagaimana cara menghilangkan mata lebam dengan cepat.

    Walaupun masalah ini bukan isu yang serius, proses untuk ia sembuh memerlukan masa yang agak lama, apatah lagi ia menyakitkan dan memalukan kita semua.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.

    Apakah punca mata lebam?

    Kecederaan fizikal seperti pukulan ke hidung, mata atau muka membawa kepada mata lebam.

    Selepas kecederaan itu, mata itu sendiri tidak cedera, tetapi saluran darah dan cecair lain di sekeliling mata berkumpul menyebabkannya membengkak dan menjadi hitam.

    menghilangkan mata lebam

    Bagaimana menghilangkan mata lebam?

    Berikut adalah beberapa peringkat prosedur dalam usaha untuk menghilangkan mata lebam itu.

    Peringkat 1: Rawatan awal

    Langkah 1: Gunakan ais

    Selepas cedera, letakkan pek ais di kawasan yang terjejas selama 10 minit.

    Ingat untuk membungkus pek ais dalam tuala atau kain, meletakkannya terus ke kulit boleh menyebabkan luka beku (frostbite).

    Teruskan dengan rawatan setiap jam selama beberapa hari pertama, 20 minit setiap kali.

    Semasa melakukannya, tekankan pek ais pada kulit di sekeliling mata, bukan mata itu sendiri.

    Langkah 2: Ambil ubat tahan sakit

    Jika kesakitan tidak tertahan, pesakit boleh mengambil beberapa Acetaminophen atau Ibuprofen dengan arahan doktor.

    Aspirin harus dielakkan kerana ia boleh menyekat keupayaan pembekuan darah.

    Langkah 3: Periksa kecederaan lain

    Kecederaan boleh menjadi ringan atau sangat parah.

    Langkah ini adalah mengenai mendapatkan pemeriksaan doktor dalam kes yang serius.

    Sekiranya mata lebam muncul bersama-sama dengan simptom ini, segera berjumpa doktor.

    • Darah dalam bahagian putih dan iris mata
    • Kesukaran penglihatan: kabur, penglihatan berganda, sensitif terhadap cahaya
    • Kesan tambahan lain daripada kecederaan utama: sakit kepala yang melampau, pening, soket mata

    Peringkat 2: Rawatan lanjut

    menghilangkan mata lebam

    Langkah 1: Hadkan tekanan pada mata

    Mata lebam sering berlaku dengan rasa sakit dan bengkak.

    Dalam kes ini, orang lebih suka membiarkan mata berehat seketika daripada memaksanya untuk terus terbuka dengan kesakitan.

    Langkah 2: Gunakan haba lembap

    Selepas 1 hingga 2 hari pertama rawatan ais, beralih menggunakan haba lembap.

    Kehangatan boleh membuat saluran darah melebarkan, menggalakkan peredaran darah, dan membolehkan darah terperangkap di bawah kawasan yang terjejas diserap semula.

    Oleh itu, ia mempercepatkan proses penyembuhan.

    Tuam panas (tidak terlalu panas), dan kain lembap ke kawasan yang cedera selama setiap 10 minit, rehat 10 minit antara dua kali tuam.

    Ingat untuk tidak meletakkan kain secara langsung di mata lebam tetapi kawasan sekitarnya.

    Langkah 3: Jumpa doktor jika cara menghilangkan mata lebam ini tidak berkesan

    Kcederaan itu sepatutnya akan pudar selepas 10 hari atau lebih.

    Oleh itu, jika selepas tempoh itu, ia masih tidak sembuh, jumpa doktor untuk pemeriksaan.

    Nota: Mata lebam biasanya menjadi lebih teruk selepas beberapa hari pertama kemudian menjadi lebih baik. Jangan menjadi panik sekiranya kecederaan kelihatan lebih buruk pada peringkat awal.

    Walau bagaimanapun, jika mengalami simptom seperti pendarahan, segera jumpa doktor.

    Kaedah alternatif menghilangkan mata lebam

    Kaedah 1: Guna alat kosmetik

    Mata lebam sangat mempengaruhi penampilan seseorang.

    Oleh itu, dalam beberapa keadaan yang perlu, kosmetik boleh membantu.

    Walau bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu diingatkan.

    menghilangkan mata lebam

    1.  Tunggu sehingga bengkak reda. Apabila bengkak masih ada, kulit sangat sensitif. Oleh itu, penggunaan kosmetik boleh menyebabkan kerengsaan.
    2. Pilih concealer yang betul. Concealer cair dalam warna kuning atau hijau berfungsi dengan baik. Krim yang memerlukan lebih banyak tekanan untuk disapu dan sekata. Pada peringkat awal, apabila lebam itu ungu, pilihlah yang berwarna kuning kerana membuatkan nada merah lebih ringan dan jika coklat, pilih warna hijau.
    3. Gunakan jari bukannya span atau berus. Tutup kawasan yang rosak dengan penjagaan yang lembut.

    Kaedah 2: Guna bahan di rumah

    Seseorang juga boleh menggunakan beberapa bahan di rumah sebagai cara menghilangkan mata lebam seperti kentang mentah, beg teh sejuk atau timun.

    Kesemua itu boleh berfungsi dengan baik sebagai alternatif tambahan pada kecederaan.

    Masalah mata lebam atau gelap   kebanyakannya bukan cedera parah.

    Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes tertentu, ia boleh menjadi sangat serius dan memerlukan rawatan yang sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan