backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Manfaat Urutan Batin Untuk Orang Lelaki? Bukan Sekadar Bagus Untuk Seks!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/04/2023

    Manfaat Urutan Batin Untuk Orang Lelaki? Bukan Sekadar Bagus Untuk Seks!

    Setiap lelaki pastinya mahukan aspek seksual mereka berada pada tahap yang kuat dan sihat bukan? Disebabkan itu, ramai dalam kalangan kaum Adam yang memilih untuk melakukan urutan batin lelaki!

    Buat anda yang menyangka bahawa urutan ini hanya tertumpu kepada zakar dan testis sahaja, anda silap kerana ia juga turut melibatkan prostat lelaki.

    Persoalannya, apakah kepentingan urutan batin lelaki yang melibatkan prostat? Jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki sila dapatkannya di sini.

    Urutan batin lelaki khas untuk prostat?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita semua memahami tentang prostat terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, prostat adalah sejenis kelenjar yang wujud di dalam sistem reproduktif lelaki.

    Salah satu daripada fungsi utamanya adalah menghasilkan cecair prostat yang akan bercampur dengan pelbagai lagi cecair lain dan sperma untuk mengeluarkan air mani.

    Bagi memaksimumkan pengeluaran cecair ini, urutan batin lelaki wajar untuk dilakukan oleh kaum Adam.

    Urutan khas untuk prostat ini lebih dikenali sebagai prostate milking. Kenapa?

    Ini kerana ia adalah perbuatan yang boleh dilakukan oleh diri sendiri atau dengan bantuan orang lain (pakar) dalam usaha menghasilkan cecair berwarna putih dan likat seakan susu.

    Dikatakan bahawa urutan ini akan membawa pelbagai manfaat terutamanya dari aspek seksual. Benarkah?

    Siapa yang perlu melakukannya?

    urutan batin lelaki

    Persoalan seterusnya adalah siapa yang perlu melakukan urutan batin lelaki ini?

    Sudah terang lagi bersuluh, jawapannya tentu sekali adalah golongan kaum Adam yang secara semula jadi lahir dengan prostat.

    Ini bermakna ia sudah tidak perlu dilakukan oleh golongan kaum Hawa yang tidak lahir dengan kelenjar ini.

    Namun ada alternatif urutan batin wanita yang boleh dilakukan untuk tujuan lebih kurang sama iaitu yoni.

    Dalam pada itu, persoalan siapa yang perlu melakukannya adalah sangat berkait rapat dengan kondisi kesihatan individu yang akan dibincangkan di bawah nanti.

    Apa manfaat jika melakukannya?

    urutan batin lelaki

    Antara perkara paling penting yang kalian perlu tahu adalah prostat merupakan salah satu daripada zon erotik lelaki yang sangat sensitif sekiranya dirangsang secara seksual.

    Ketika urutan ini berlangsung, lelaki semestinya akan berasa sedikit sakit namun nikmat dalam masa yang sama.

    Disebabkan sifatnya yang memainkan peranan penting dalam penghasilan air mani, rangsangan urutan batin lelaki ini boleh membantu individu mencapai orgasma yang lebih hebat semasa ejakulasi.

    Dalam pada itu, kalian juga perlu tahu bahawa urutan ini mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang lain termasuklah:

    Kajian preliminari pada tahun 2009 mengesahkan bahawa kesemua masalah di atas mungkin boleh diselesaikan dengan urutan ini jika ia dilakukan dengan cara yang betul.

    Bagaimana cara betul urutan batin lelaki ini?

    urutan batin lelaki

    Kemudian, kita beralih pula kepada cara yang betul untuk melakukan prosedur prostate milking ini.

    Untuk pengetahuan anda, urutan prostat ini boleh dilakukan dengan 2 kaedah utama: secara sendiri atau bersama orang lain (pakar).

    Pertama sekali, individu perlu memakai sarung tangan yang telah dilincirkan dengan minyak pelincir (digunakan semasa seks) agar kemasukan jari lebih licin, lancar dan bersih.

    Kemudian, anda perlu memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur dan secara perlahan gerakkan ia ke dinding hadapan rektum.

    Bagi kebanyakan lelaki, proses pencarian prostat ini memerlukan kemasukan jari sehingga setengah dari keseluruhan jari sahaja.

    Harus diingatkan bahawa sentuhan terhadap kelenjar ini akan mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit namun nikmat dalam masa yang sama.

    Selepas menjumpainya, mulakan mengurut prostat dalam pergerakan secara perlahan dan lembut.

    Bagi sesetengah lelaki, kenikmatan yang dirasai mungkin akan meningkatkan nafsu syahwat dan menyebabkan mereka melancap atau mengajak pasangan melakukan seks semasa urutan ini berlangsung.

    Lakukan proses ini sehinggalah anda berasa klimaks dan mengeluarkan cecair putih dan likat seakan susu.

    Akhir kata, ia adalah satu urutan batin lelaki yang boleh mendatangkan pelbagai manfaat jika dilakukan dengan cara yang betul.

    Ingin cuba? Pastikan kalian berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan