backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Lelaki Nak Alat Sulit Lebih Besar? Boleh Cuba 7 Langkah Dalam Teknik Urutan Jelqing!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 02/01/2024

    Lelaki Nak Alat Sulit Lebih Besar? Boleh Cuba 7 Langkah Dalam Teknik Urutan Jelqing!

    Kebanyakan kaum lelaki akan mencuba hampir semua alternatif termasuklah cara urut zakar demi mencapai kehendak mereka – saiz alat sulit yang memuaskan. Persoalannya, adakah cara asah kepala zakar dengan urutan ini akan berkesan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu cara urut zakar teknik Jelqing?

    Cara urut zakar teknik Jelqing ini adalah sejenis teknik urut zakar yang melibatkan urutan dan regangan zakar (mirip perbuatan melancap) bermula di bahagian tengah zakar (ketika tegang).

    Melalui penggunaan daya yang sederhana atau sedikit kuat, urut zakar teknik Jelqing ini akan mengakibatkan kekoyakkan tisu pada skala mikro pada tisu dalaman zakar (micro-tear).

    Matlamat teknik urutan ini adalah untuk menggalakkan penghantaran darah yang kaya dengan nutrien kepada bahagian zakar, membantu proses pemulihan otot zakar (yang secara teorinya akan menjadikan saiz zakar lebih besar) selain menggalakkan darah mudah berkumpul untuk ereksi yang lebih besar dan panjang.

    cara urut zakar
    Cara membesarkan zakar hanya dengan urutan jelqing.

    Teknik pegangan atau genggaman zakar adalah kunci kepada kejayaan atau kualiti kepada cara urut zakar Jelqing ini.

    Sedikit berbeza dengan genggaman satu tangan yang digunakan ketika lelaki melancap, teknik ini menggunakan kedua-dua belah tangan.

    Cara anda menggengam zakar anda adalah dengan membuat bentuk ‘OK’ dan genggam zakar anda dalam lubang tersebut.

    Berikut adalah rutin cara urut zakar Jelqing:

    Cara urut zakar (warm-up routine):

    1. Mandi air panas atau sedikit suam.
    2. Dapatkan zakar anda dalam keadaan separa tegang (belum mencapai ereksi penuh)
    3. Balutkan zakar anda menggunakan tuala suam dalam tempoh sekitar 15 minit.

    Selepas rutin persediaan selesai dilakukan, anda telah bersedia untuk memasuki fasa seterusnya – rutin urut zakar Jelqing.

    Oleh itu, berikut merupakan rutin cara urut zakar tanpa guna minyak:

    1. Sapukan cecair pelincir berasaskan air pada zakar.
    2. Buat simbol “OK” menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (bahagian tangan kanan)
    3. Genggam zakar anda di bahagian yang paling dekat dengan perut/tulang pelvis anda (bahagian tunjang zakar)
    4. Sambil mengekalkan kekuatan genggaman, gerakan genggaman ini perlahan-lahan ke bahagian depan/hujung zakar anda atau bahagian pembahagi (jika anda berkhatan). Pergerakan ini perlu berlaku dalam tempo yang perlahan, mengambil masa sekitar 3 saat dari dasar zakar ke bahagian hujung. Sekiranya anda rasa tidak selesa apabila sampai ke bahagian kepala zakar, elakkan atau jangan menggenggam terlalu kuat di bahagian tersebut.
    5. Tangan kiri anda seterunya akan melakukan kitaran yang sama (bermula daripada langkah 2 hingga langkah 4)
    6. Teruskan bertukar tangan sehingga anda telah mencapai sekitar 50 kitaran. Anda mungkin memerlukan bantuan pasangan anda dan bergilir-gilir melakukan teknik urut zakar ini jika anda tidak ingin terlalu penat.
    7. Jika anda ingin mencuba untuk kali pertama, mulakan dahulu dengan kitaran yang lebih rendah (20 kitaran) agar zakar anda mampu untuk bersedia dengan tekanan daripada genggaman. Anda boleh perlahan-lahan tingkatkan bilangan kitaran Jelqing pada sesi-sesi berikutnya apabila dan sudah selesa dan mampu menahan teknik urut zakar ini.

    Setelah anda selesai melakukan cara urut zakar Jelqing tadi, anda boleh bergerak ke rutin atau fasa seterusnya – Rutin penyudah.

    cara urut zakar
    Saiz zakar setiap lelaki itu berbeza.

    Rutin penyudah (Cool-down routine):

    1. Dapatkan tuala atau secebis pakaian yang boleh menyerap haba air, rendamnya dalam air sedikit panas atau suam.
    2. Balutkan tuala atau kain tersebut tadi pada zakar anda.
    3. Berehat dan biarkan balutan pada zakar anda itu untuk tempoh sekitar 5 hingga 10 minit.

    Terdapat juga satu lagi variasi dalam cara urut zakar ini. Jika yang diatas menggunakan genggaman “O”, variasi yang disebut sebagai ‘pincher’ ini membabitkan genggaman seperti cubitan.

    Ibu jari di letak di bahagian bawah zakar manakala jari telunjuk diletakkan di bahagian atas.

    Seperti dalam teknik “O”, posisi genggaman ini digerakan daripada dasar zakar hinggalah ke bahagian hujung.

    Adakah cara asah kepala zakar ini akan berkesan?

    Di sini di mana berlakunya perselisihan, terdapat pakar seks dan juga segelintir daripada mereka yang pernah mencuba mengatakan ianya berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan saiz dan ukuran zakar, bahkan prestasi tahan lama zakar mereka ketika melakukan seks.

    cara urut zakar
    Benarkah urutan jelqing itu berkesan?

    Secara teorinya, cara urut zakar Jelqing ini adalah sejenis senaman yang kerap kepada alat sulit membantu untuk melatih menampung darah dan juga mengekalkan ereksi.

    Dalam pada itu, ia juga boleh menjadi urutan zakar bengkok yang membantu meluruskan kembali alat kelamin.

    Di sebalik beberapa testimoni dan pembuktian melalui anekdot, tiada bukti saintifik melalui kajian rapi yang menyokong dapatan ini.

    Bahkan, pembesaran zakar dan peningkatan prestasi seks melalui kaedah ini dikatakan tidak masuk akal secara biologinya dan disifatkan sebagai mitos kesihatan.

    Tambahan lagi, terdapat juga doktor yang menasihati agar anda elak melakukan sebarang cara urut batin untuk lelaki kerana risiko kerosakan struktur dalaman dan tisu-tisu alat sulit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan