Mengapa Haid Tidak Teratur Sewaktu Bercuti?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019

Ketika anda sedang bercuti atau melakukan perjalanan jauh, anda pasti mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan, termasuk menghintung hari haid akan datang. Jika haid anda dikira akan muncul bertepatan dengan jadual perjalanan, anda tentu akan mempersiapkan diri dengan pad mahupun ubat untuk sakit senggugut.  Namun, sebaliknya anda berkemungkinan besar lewat datang haid atau mengalami kitaran haid tidak teratur sewaktu perjalanan jauh.

Sebenarnya, apa yang menyebabkan anda lewat datang haid sewaktu mengembara? Ketahui jawapannya dalam artikel ini.

Punca haid tidak teratur sewaktu perjalanan jauh

Sewaktu perjalanan jauh atau percutian, akan ada perubahan dalam tubuh anda yang boleh mempengaruhi kitaran haid, antaranya:

1. Perubahan ritma sirkadian

Tubuh anda memiliki jam biologi yang disebut dengan ritma sirkadian. Jam biologi tubuh ini berperanan penting untuk mengatur hormon yang bertanggungjawab untuk kitaran bangun-tidur dan membantu fungsi organ tubuh.

Perjalanan jauh atau bahkan ke luar negeri yang biasanya memakan waktu cukup lama menyebabkan anda perlu menyesuaikan diri dengan perubahan zon waktu di tempat baru. Perjalanan panjang juga boleh menyebabkan kitaran tidur berubah mendadak dan anda menjadi kurang tidur. Akibatnya, ritma sirkadian pada tubuh akan berubah.

Ritma sirkadian yang berubah boleh mempengaruhi hormon yang mengatur kitaran haid. Haid yang sepatutnya terjadi hari ini atau lusa, jadi terlewat sehingga beberapa hari.

2. Rasa tekanan dan cemas

Waktu percutian sepatutnya menjadi cara untuk menghilangkan stres. Namun, tidak semestinya itu yang berlaku.  Rasa cemas kerap kali muncul, terutamanya sewaktu dalam perjalanan. Apatah lagi jika terjadi perkara di luar jangkaaan sewaktu bercuti. Sudah pasti anda berasa tertekan dan cemas.

Tekanan dan rasa cemas boleh mempengaruhi hipotalamus otak. Bahagian otak ini merupakan pusat kawalan hormon yang mengatur kitaran haid. Tekanan dan cemas boleh menghalang hormon yang menyebabkan ovulasi, Jadi, jangan berasa aneh jika haid tidak teratur sewaktu atau selepas musim cuti anda.

Untuk menghindari atau mengatasi stres dan cemas sewaktu bercuti, pastikan anda membuat rancangan perjalanan yang sesuai. Nikmati waktu perjalanan dengan positif dan cuba untuk menenangkan fikiran dan otot tubuh yang tegang dengan latihan pernafasan.

3. Jatuh sakit sewaktu atau setelah perjalanan

Waktu percutian memerlukan anda menyiapkan barang-barang untuk bermusafir, duduk lama dalam kereta atau pesawat, mundar-mandir mencari buah tangan atau melawati tempat-tempat istimewa. Semua aktiviti yang anda lakukan sewaktu bercuti boleh membuatkan tubuh menjadi penat.

Bahkan, percutian juga boleh membuat anda jatuh sakit, terutamanya jika anda duduk bersebelahan dengan mereka yang mengalami flu atau selesema. Kedua-dua penyakit ini sangat mudah berjangkit.

Walaupun anda tidak berasa stres atau cemas sewaktu bercuti, badan anda bertindak lebih aktif daripada rutin biasa. Keadaan tubuh yang terlalu penat boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Untuk mencegah tubuh anda daripada sakit, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat dan minum air secukupnya. Anda boleh mengambil suplemen tambahan untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Dan jangan lupa untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bila Haid Pertama Selepas Bersalin Akan Kembali? Ini 5 Perkara Ibu WAJIB Tahu

    Sepanjang 9 bulan kehamilan, seseorang wanita yang mengandung tidak akan mengalami period. Hmmm...rasa berdebar pula menunggu haid selepas bersalin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anak Perempuan Anda Baru Haid? Ini 5 Cara Hilangkan Rasa Sakit Menstruasi

    Sakit menstruasi tidak digemari oleh kebanyakan wanita. Namun, bagi remaja yang pertama kali haid, sudah tentu akan bimbang menghadapi rasa sakit senggugut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Persiapan Menjadi Anak Dara: Menjelaskan Tentang Haid Kepada Anak

    Apabila anak menempuhi zaman akil baligh, ini bermakna mereka akan menjadi anak dara. Sudahkah anda bersedia untuk menjelaskan tentang haid kepadanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Argh, Esok Kembali Bekerja Tapi Masih Dalam Mood Bercuti. Apa Perlu Dilakukan?

    Siapa yang tidak suka bercuti? Tetapi yang tak seronoknya, apabila memikirkan kena kembali bekerja semula setelah bercuti. Ada ke cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    tuala-wanita-perlu-dibasuh-atau-dibuang-terus

    Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    pil perancang keluarga

    Biar Betul! Pil Perancang Keluarga Boleh Kurangkan Period Pain? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/05/2020
    tanda kanser rahim

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/05/2020

    Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020