Kaum Adam, Lakukan Senaman Ini Untuk Kurangkan Risiko Mati Pucuk!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Kondisi disfungsi erektil atau mati pucuk adalah satu masalah yang paling menakutkan buat mana-mana lelaki.

Manakan tidak, kondisi ini akan menyebabkan ketidakmampuan zakar lelaki untuk mencapai dan mengekalkan ereksi. Ini sudah pasti akan menjejaskan kehidupan seksual mereka!

Seperti mana yang ramai sedia maklum, antara rawatan yang boleh dilakukan adalah pengambilan ubatan seperti viagra sebelum melakukan hubungan seks.

Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis senaman yang boleh kurangkan risiko mati pucuk?

Mengapa senaman boleh kurangkan risiko mati pucuk?

Ereksi zakar yang baik adalah sangat bergantung kepada kondisi kesihatan seseorang lelaki. Jika tahap kesihatan mereka baik, maka baiklah kemampuan zakar untuk menegang serta mengeras bagi menjamin kehidupan seks yang sihat dan sejahtera.

Ini berbeza pula halnya jika kesihatan lelaki itu berada pada tahap yang kurang baik.

Sebagai contoh, individu yang mempunyai sakit jantung, diabetes, obesiti cenderung untuk mempunyai kadar testosteron yang rendah sekali gus memberi kesan kepada kemampuan zakar untuk berereksi.

Disebabkan itu, rawatan dan ubatan adalah sangat diperlukan.

Pun begitu, ada satu lagi cara yang dikatakan boleh membantu lelaki yang mempunyai masalah ini.

Menurut kajian yang pernah diterbitkan oleh Jurnal Sexual Medicine, aktiviti senaman boleh membantu merawat masalah mati pucuk ekoran kemampuannya untuk menguatkan otot-otot sekali gus mampu melancarkan aliran darah kepada zakar.

Senaman jenis apa yang lelaki perlu lakukan?

Sekarang kita sudah tahu bahawa senaman boleh membantu lelaki mengelakkan masalah disfungsi erektil ini.

Persoalannya, senaman jenis apa yang wajar dilakukan?

#1. Kegel

Senaman kegel adalah sangat sesuai untuk dilakukan oleh lelaki. Ini kerana ia mampu membantu menguatkan otot-otot di bahagian bawah pinggang khususnya otot pubococcygeus – yang sangat penting dalam fungsi orgasme pada seorang lelaki.

Sekiranya otot ini lemah, maka aliran darah ke zakar akan terbantut sekali gus menjejaskan kemampuan untuk berereksi. Dengan melakukan senaman ini secara rutin sebanyak 3 kali sehari selama 4 hingga 6 minggu, masalah ini mungkin dapat diatasi.

Bagaimana untuk melakukannya? Ini panduan yang boleh anda ikuti:

  • Berbaring dengan kedua lutut anda dibengkokkan
  • Rehatkan tapak kaki dan tapak tangan di lantai
  • Tarik dan hembus nafas anda serentak dengan menggerakkan otot bawah pinggang anda ke atas dan ke bawah dan ulanginya beberapa kali
senaman kegel
Sumber: Very Well Fit

#2. Pilates

Selain kegel, anda juga boleh melakukan pilates untuk mengelakkan disfungsi erektil.

Ini kerana ia juga merupakan senaman yang mampu menguatkan otot bawah pinggang anda. Bagaimanakah cara untuk melakukannya?

  • Berbaring dengan kedua lutut dibengkokkan
  • Rehatkan tapak kaki dan tapak tangan di lantai
  • Pastikan tulang belakang berada di posisi yang tegak sehingga ada ruang kecil di bahagian belakang tulang rusuk
  • Tarik dan hembus nafas anda serentak dengan menggerakkan otot bawah pinggang anda ke atas dan ke bawah dan ulanginya beberapa kali
  • Perbezaannya dengan kegel adalah pilates dilakukan dengan mengangkat otot bawah pinggang dengan lebih ke atas dan menahannya untuk beberapa detik sebelum menurunkannya kembali
senaman
Sumber: Very Well Fit

Selain senaman, apa boleh dilakukan untuk rawat mati pucuk?

Mungkin senaman sebegini boleh dijadikan alternatif untuk mengelakkan masalah ini.

Namun, kalian sebagai lelaki juga perlu mengambil langkah lain sekiranya kalian sudah mengalami mati pucuk termasuklah:

  • Pengambilan ubatan yang telah disahkan oleh doktor seperti sildenafil, vardenafil, tadalafil, avanafil dan alin-lain. Pun begitu, pastikan anda telah mendapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu ya?
  • Penggantian testosteron yang boleh dijalankan menerusi terapi dengan doktor. Ini kerana sesetengah lelaki mengalami masalah ini akibat kekurangan kadar hormon testosteron dalam badan yang sangat rendah
  • Penggunaan pam zakar untuk menggalakkan ereksi. Caranya, masukkan zakar anda ke dalam tiub ini dan aktifkannya sehingga ia semakin besar dan tegang. Kemudian, gunakan cincin elastik khas untuk mengekalkan darah yang sudah terkumpul di dalam zakar untuk memastikan ereksi yang besar, tegang dan kuat
  • Implan zakar yang boleh dijayakan melalui proses pembedahan. Caranya, ia boleh dilakukan dengan memasukkan alat gantian yang berupa implan ke dalam zakar. Ia boleh terdiri daripada rod yang boleh mengembung dan menegang. Ia mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah mati pucuk yang anda alami

Kesimpulannya, senaman yang kami senaraikan ini mungkin dapat membantu kalian mengelak atau merawat masalah mati pucuk yang dialami. Pun begitu, sila berjumpa doktor untuk lebih kepastian okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Ramai yang percaya bahawa kesan onani terhadap hubungan seks adalah boleh menyelesaikan masalah tidak tahan lama dan sukar mencapai orgasma. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

    Rasa gatal pada misai dan janggut lazim dialami oleh lelaki. Jika serius ia boleh mengganggu produktiviti harian. Ketahui punca dan tip atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Ramai yang tanya kenapa harus sunat? Ini kerana ia boleh mengelakkan jangkitan kuman, virus dan bakteria selain memberi impak positif selepas berkahwin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    zakar bengkok

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan
    yoga untuk lelaki

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan