backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ada 7 Sebab Kulit 'Boboi' Anda Kering, #5 Pasti Buat Kaum Adam Fikir 2 Kali!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/03/2022

    Ada 7 Sebab Kulit 'Boboi' Anda Kering, #5 Pasti Buat Kaum Adam Fikir 2 Kali!

    Setiap lelaki yang wujud di muka bumi ini pasti sangat mementingkan keadaan kesihatan zakar mereka. Namun, ada lelaki yang mengalami kondisi kulit zakar kering dan mengelupas. Apa puncanya?

    Ini kerana ia adalah ‘senjata’ yang sangat diperlukan mereka untuk memastikan sistem pembiakan dan perkumuhan tubuh badan terus berfungsi dengan baik.

    Pun begitu, organ ini juga tidak boleh lari dari jangkitan, penyakit atau sebarang keadaan kesihatan tertentu.

    Untuk tahu jawapannya, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Lelaki di sini.

    Apa maksud kulit zakar kering dan mengelupas?

    Secara umumnya, kulit alat kemaluan lelaki memang sangat sensitif dan jika ia kering atau mengelupas pasti akan mengakibatkan ketidakselesaan.

    Kulit zakar kering dan mengelupas boleh berlaku kepada mana-mana individu atas pelbagai sebab yang akan kami nyatakan di bawah nanti.

    Ramai juga yang salah sangka bahawa ia merupakan petanda penyakit kelamin (STD). Tidak, ia bukan salah satu darinya.

    Sebaliknya, ia hanyalah satu kondisi pada bahagian luar kulit dan kebanyakannya boleh dirawat sendiri di rumah. Jadi usah khuatir.

    Pun begitu, mencegah sudah pasti lebih baik dari mengubati. Untuk itu, mari kita ketahui punca kulit zakar kering dan mengelupas.

    kulit zakar kering dan mengelupas

    Ini punca kulit zakar kering dan mengelupas!

    Buat anda yang tertanya-tanya, berikut adalah punca kondisi ini berlaku:

    #1. Sabun mandi tidak sesuai

    Perbuatan mencuci alat sulit menggunakan sabun mandi boleh menyebabkan kondisi ini terjadi ekoran kandungan yang kurang sesuai.

    Jika ingin mencuci alat kelamin, cukup sekadar basuh menggunakan air sahaja atau pilih produk yang berbahan lembut seperti sabun bayi.

    #2. Zakar alami alahan kondom

    Kondom lateks mungkin tidak begitu sesuai buat sesetengah individu yang mempunyai alahan kepada getah.

    Selain menyebabkan kulit zakar kering dan mengelupas, berikut merupakan gejala alahan lateks yang lain:

    • Gatal
    • Bengkak
    • Ruam
    • Bersin
    • Hidung tersumbat
    • Mata berair
    • Gangguan pernafasan

    Oleh itu, sila gunakan alternatif yang lain seperti kondom plastik yang sama juga tahap keberkesanannya.

    kulit zakar kering dan mengelupas

    #3. Zakar terkena jangkitan kulat

    Balanitis, kurap dan kudis adalah antara jenis jangkitan kulat yang menyebabkan kondisi ini berlaku.

    Sama seperti alahan kondom, jangkitan kulat juga akan mengakibatkan pelbagai gejala lain termasuklah:

    Untuk mengelakkannya, sila dapatkan rawatan dan ubatan antikulat yang dipreskrepsi oleh doktor.

    #4. Seks tanpa pelincir

    Umum mengetahui bahawa pelincir bukanlah satu kewajipan ketika melakukan hubungan seks.

    Ini kerana zakar dan faraj akan mengeluarkan cecair sendiri apabila terangsang secara seksual.

    Pun begitu, pengeluaran cecair yang tidak cukup untuk ‘membasahkan’ alat kelamin masing-masing akan menyebabkan ia kering lantas menyukarkan penetrasi.

    Kesannya, kulit zakar kering dan mengelupas mungkin akan terjadi. Maka sila guna pelincir yang sesuai ya?

    #5. Seluar dalam terlalu ketat

    Terkejut? Ya, memang benar bahawa seluar dalam terlalu ketat boleh mengakibatkan kulit alat sulit mengalami kerengsaan dan kekeringan akibat gesekan berlebihan.

    Disebabkan itu, lelaki amatlah disarankan untuk menggunakan seluar dalam yang sedikit longgar agar zakar mempunyai ruang untuk bergerak dan bernafas.

    Adalah lebih baik jika kalian gunakan seluar dalam dari fabrik atau kain yang lembut untuk menyerap peluh dengan lebih baik.

    kulit zakar kering dan mengelupas

    #6. Ekzema

    Ia bukan sahaja boleh berlaku pada muka dan tubuh badan sahaja malahan juga kulit alat kelamin.

    Jenis ekzema yang biasa menyerang zakar adalah jenis atopik, dermatitis seboroik atau ekzema kontak.

    Selain kulit kering, ia juga akan mengakibatkan kulit zakar terasa gatal dan timbul benjolan kecil di sekitar kawasan alat sulit terutamanya pada testis dan ari-ari.

    Segera ke hospital untuk mendapatkan krim kortikosteroid dengan preskripsi dari doktor.

    #7. Psoriasis

    Menurut National Psoriasis Foundation, penyakit yang berbahaya ini juga boleh menyerang alat sulit.

    Jenis psoriasis yang biasa menyerang zakar adalah psoriasis terbalik yang disebabkan oleh jangkitan kulat.

    Selain kulit kering, ia turut akan menyebabkan kulit zakar timbul ruam merah, bintik putih, berpeluh, bersisik dan rasa sakit yang luar biasa jika tidak dirawat.

    Krim kortikosteroid serta terapi sinar ultra ungu merupakan rawatan yang paling ideal.

    Adakah anda terpalit dengan sebarang punca yang kami senaraikan di atas ini?

    Maka segera berjumpa doktor untuk mengelakkan kondisi kulit zakar kering dan mengelupas menjadi lebih teruk!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan