Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/05/2020

Lelaki kerap melancap untuk melepaskan nafsu atau mencari kepuasan diri. Namun, adakah aktiviti melancap dengan kerap akan memberi sebarang kesan buruk kepada kesihatan?

Agak-agak anda, apakah kesan melancap pada tubuh jika ia dilakukan dengan kerap? 

Topik ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, namun tujuannya adalah untuk mendidik dan memberikan kefahaman yang lebih baik berkenaan isu melancap agar tiada salah faham lagi.

Kesan sampingan kerap melancap

Terdapat beberapa kesan sampingan atau kesan melancap yang boleh berlaku jika anda selalu melakukan onani.

Malah, melancap juga bukan hanya memberikan beberapa kesan sampingan, tetapi juga memberi beberapa manfaat yang patut anda tahu.

Antara kesan sampingan melancap dengan kerap adalah seperti berikut:

Kesan melancap #1: buatkan anda ketagih

kesan melancap

Melancap ini adalah satu aktiviti yang juga disebut sebagai self-pleasure.

Di sebalik kenikmatan melancap yang dilakukan itu, ia sebenarnya boleh membuatkan seseorang menjadi ketagih untuk melakukannya lagi.

Apatah lagi jika dia sudah mengetahui kaedah dan cara yang paling memberi kesan ‘luar biasa’ terhadap onani yang dilakukannya.

Malah ketagihan melancap oleh seseorang lelaki itu sehingga boleh menyebabkannya mengabaikan beberapa perkara penting dalam hidupnya.

Ada yang begitu ketagih melancap sehingga tidak melakukan kerja rumah, ponteng sekolah atau kerja, membatalkan sebarang perancangan atau aktiviti bersama rakan dan ahli keluarga serta tidak menghadiri acara yang sepatutnya. 

#2. Jejaskan hubungan bersama pasangan antara salah satu kesan melancap

Percaya atau tidak, kesan melancap yang ke-2 adalah boleh menjejaskan hubungan antara anda dan pasangan. Tetapi bagaimana?

Apabila seseorang lelaki itu kerap melancap, dia sebenarnya telah menghilangkan suasana romantik antara diri dan pasangannya.

Ini kerana, dia tidak lagi memberikan tumpuan yang penuh atau meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan. Malah, melancap juga membuatkan anda tidak lagi fokus kepada hubungan bersama pasangan.

Jika anda rasa kehidupan anda mula menjadi tidak teratur disebabkan ketagihan melancap, berjumpalah dengan doktor atau kaunselor bagi membantu anda mengurangkannya.

Selain itu, anda juga boleh mengalihkan perhatian daripada melancap dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu hobi atau aktiviti lain.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti larian, melepak bersama rakan atau bersiar-siar. 

#3. Kerap melancap boleh jejaskan sensitiviti zakar

kerap melancap

Tahukah anda, kerap melancap juga sebenarnya boleh menjejaskan sensitiviti zakar ketika melakukan seks bersama pasangan?

Ini biasanya disebabkan oleh teknik yang dilakukan ketika melancap tersebut.

Kajian ada menyatakan bahawa, genggaman yang terlalu kuat atau ketat pada batang zakar sewaktu melancap boleh mengurangkan sensitiviti alat kemaluan lelaki.

Pakar kesihatan seksual menyarankan agar kaum lelaki untuk menukar teknik mereka ketika melancap untuk mengembalikan sensitiviti tersebut ketika melakukan hubungan seks. 

Manfaat melancap yang mungkin anda tidak sedar

Sebenarnya, aktiviti melancap memberikan beberapa kebaikan kepada diri seorang lelaki sama ada daripada aspek fizikal mahupun mental.

Tidak terdapat banyak kajian yang meneroka mengenai manfaat aktiviti melancap secara langsung, namun terdapat beberapa kajian yang dilakukan berkenaan hubungan intim dan juga rangsangan.

Kajian mendedahkan, rangsangan seks termasuklah rangsangan yang dilakukan melalui aktiviti melancap boleh memberikan beberapa manfaat seperti berikut:

  • Melegakan stres yang sedang dialami
  • Membuatkan tidur menjadi lebih lena
  • Meningkatkan mood anda
  • Memberikan ketenangan atau relaksasi
  • Berasa puas
  • Melegakan kekejangan

Kesan ejakulasi kepada risiko kanser prostat

kerap melancap

Ada beberapa kajian mendapati, jika seseorang lelaki itu kerap melakukan ejakulasi sama ada menerusi melancap atau hubungan seks, ia mungkin membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat.

Kajian yang dilakukan pada tahun 2016 menunjukkan bahawa, bagi lelaki yang berejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali dalam sebulan, mereka mempunyai risiko yang lebih sedikit untuk mendapat kanser prostat iaitu pengurangan sebanyak 20%.

Tetapi, lebih banyak kajian masih diperlukan bagi mengesahkan kemungkinan ini dengan lebih tepat.

Jadi, adakah kerap melancap boleh beri kesan buruk kepada kesihatan saya?

Jawapannya tidak. Anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan yang kecil seperti zakar yang kurang sensitif jika kerap melancap.

Namun, melancap dengan kerap tidak menyebabkan sebarang kesan serius atau penyakit yang berbahaya kepada kesihatan anda.

Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang teknik melancap yang anda gunakan. Jika salah teknik, mungkin anda akan mengalami masalah lain di kemudian hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? Jangan Terkejut Bila Baca #5!

Buat seorang lelaki, akan berlaku beberapa perubahan pada zakar seiring pertambahan usia. Apakah perubahan tersebut? Klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Bukan Saja-saja, Ini 10 Sebab Kesihatan Lelaki Perlu Kerap BELEK ZAKAR

Lelaki perlu melakukan pemeriksaan kemaluan secara kerap bagi memastikan tahap kesihatan seksual berada pada tahap yang optimum.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

TERJAWAB, Rupa-rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

Ada lelaki yang akan rasa sakit ketika ejakulasi pada zakar dan sekitar alat kemaluan. Apa puncanya? Jom kita bongkar ia dengan klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

masalah air mani cepat keluar

”Belum Puas Lagi Tapi Suami Dah Terpancut” – Minta Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
kanser prostat

6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
cara-pakai-kondom-wanita

Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/05/2020