backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Viagra Bukan Penting Untuk Rawat Masalah Lelaki Sahaja, Ada Fungsi Lain!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    Viagra Bukan Penting Untuk Rawat Masalah Lelaki Sahaja, Ada Fungsi Lain!

    Apa itu viagra? Adakah benar jika ia hanya bagus untuk orang lelaki sahaja atau ada fungsi kepada tahap kesihatan yang lain? Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Apa itu viagra?

    Apa itu viagra adalah sejenis ubatan dalam kategori sildenafil yang digunakan bagi merawat masalah disfungsi erektil (mati pucuk).

    Ia berfungsi dengan meningkatkan pengaliran darah ke dalam salur pada zakar bagi membantu lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi mereka.

    Terdapat beberapa variasi ubatan ini termasuklah:

    • Tablet untuk ditelan
    • Tablet untuk dikunyah
    • Cecair
    • Tepung

    apa itu viagra

    Menurut kajian yang dijalankan oleh National Health Services di UK, kira-kira 2 per 3 lelaki yang mengambil ubatan ini berjaya meningkatkan kemampuan ereksi mereka.

    Oleh itu, anda yang mempunyai masalah mati pucuk boleh mengambil ubatan ini dengan preskripsi yang ditetapkan oleh doktor bagi kemampuan seksual yang lebih mantap.

    Adakah ia bagus untuk lelaki sahaja?

    Seperti mana yang kita sudah tahu, apa itu viagra memang sangat bagus untuk kaum Adam ekoran fungsinya yang boleh membantu menyelesaikan masalah mati pucuk.

    Dengan bantuan ubatan bernama viagra ini, maka lelaki akan lebih yakin untuk menjalankan projek asmara bersama isteri tersayang tanpa rasa malu atau takut lagi.

    Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa sildenafil bukan sahaja bagus untuk lelaki malah wanita juga terutamanya yang mengalami masalah hipertensi pulmonari.

    Sebelum itu, kalian perlu tahu sildenafil terdapat 2 jenama bagi tujuan tertentu:

    • Viagra – Digunakan untuk merawat mati pucuk
    • Revatio – Digunakan untuk merawat hipertensi pulmonari

    Revatio akan digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi yang berlaku pada kawasan pulmonari yang terletak di antara jantung dengan paru-paru.

    Kondisi ini akan berlaku apabila jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat bagi mengepam darah yang secukupnya kepada paru-paru.

    Pengambilan revatio boleh membantu meningkatkan pengaliran darah ke dalam paru-paru dalam usaha mengurangkan beban jantung.

    Kedua-dua ubatan sildenafil ini ternyata mampu menyelesaikan masalah kesihatan tertentu namun kalian masih perlu berwaspada kerana ia datang dengan kesan sampingan.

    revatio

    Awas, ini bahayanya terhadap kesihatan!

    Di sebalik manfaat viagra untuk lelaki dan revatio ini, tersembunyi beberapa mudarat sildenafil.

    Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi:

    Ia juga mungkin boleh jadi lebih teruk sehingga menyebabkan:

  • Sukar bernafas
  • Masalah pada mata
  • Masalah pada telinga
  • Pendarahan pada hidung
  • Pengsan
  • Ngilu ketika membuang air kecil
  • Ereksi yang sakit atau kekal sehingga 4 jam
  • Lebih membimbangkan, ada kes lelaki yang mengambil apa itu viagra mengalami masalah tekanan darah, serangan jantung, pendarahan pada otak dan paru-paru, strok serta kematian.

    Golongan yang perlu dan tidak boleh ambil sildenafil

    apa itu viagra

    Sildenafil jenis viagra boleh diambil oleh lelaki berusia 18 tahun ke atas, ia bukan untuk wanita dan kanak-kanak.

    Sildenafil jenis revatio pula boleh diambil oleh individu yang berusia 1 tahun ke atas, namun tidak semua.

    Harus diingatkan, ubat ini perlu diambil oleh individu yang mempunyai masalah mati pucuk atau hipertensi pulmonari sahaja dengan kebenaran doktor.

    Jangan sesekali mengambilnya tanpa izin doktor lebih-lebih lagi jika kalian termasuk golongan yang mengalami masalah kesihatan seperti berikut:

  • Masalah organ jantung dan hati.
  • Masalah mata yang jarang berlaku seperti retinitis pigmentosa.
  • Masalah darah seperti anaemia, leukemia atau multiple myeloma.
  • Alahan kepada ubatan sildenafil atau lain-lain.
  • Sedang mengambil ubatan nitrates untuk merawat sakit dada.
  • Pernah terkena serangan jantung atau strok.
  • Kelainan pada zakar seperti penyakit Peyronie
  • Ketumbuhan atau ulser pada perut.
  • Tekanan darah rendah.
  • Hemofilia.
  • Jadi, terjawablah sudah apa itu viagra dan revatio yang merupakan sejenis sildenafil untuk merawat masalah kondisi kesihatan tertentu.

    Ia memang berkesan, namun ketahuilah terdapat juga kesan sampingan serta golongan yang dilarang untuk mengambilnya.

    Jadi, sila dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil viagra atau revatio ini okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan