Obses Nak Zakar Lebih Besar, Akhirnya Padah Menimpa Apabila Zakar Mati Terus!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 2 mins read

Keinginan untuk memiliki zakar yang besar telah mendorong ramai individu mencuba pelbagai cara membesarkan zakar. Ada cara membesarkan zakar yang sebenarnya kedengaran sangat mengarut!

Penggunaan pelbagai kaedah yang belum tentu berkesan ini adalah disebabkan oleh tawaran atau janji manis penggunaannya yang konon akan membuatkan saiz alat sulit bersaiz terung, tahan lama sampai subuh dan pelbagai ayat-ayat manis lain.

Tahukah anda, kaedah-kaedah merepek ini sebenarnya merisikokan alat sulit anda untuk menjadi sebaliknya?

Mungkin sebelum ini anda tidak begitu peduli, tetapi baca artikel kami ini sebagai pengajaran untuk anda agar berfikir panjang sebelum ‘membesarkan’ alat sulit anda.

Cara membesarkan zakar yang salah punca zakar lelaki ini ‘mati’

cara membesarkan zakar

Seorang lelaki telah pergi ke bahagian kecemasan hospital dan mengadu bahawa dia berasa tidak sihat dan mempunyai kegatalan pada bahagian kemaluannya selama lima hari.

Tahukah anda apa yang terjadi?

Kemaluannya telah menjadi gangren atau ‘mati’ disebabkan aliran darah yang tidak melalui bahagian kemaluannya.

Doktor mendedahkan bahawa, lelaki tersebut mengakui bahawa dia pernah menyuntik masuk jeli petroleum iaitu Vaseline ke dalam kemaluannya dua tahun yang lalu, hanya untuk menjadikannya lebih besar. 

Doktor mendapati batang zakarnya menjadi agak cacat disebabkan oleh gangren tersebut, selain daging zakar yang membusuk dan dipenuhi nanah.

Dia telah dibawa untuk pembedahan kecemasan dan melalui dua pembedahan tambahan untuk menyelamatkan kemaluannya itu.

Dia telah dibawa ke Unit Rawatan Rapi selepas pembedahan selesai dan pulang ke rumah dalam tempoh sebulan setelah menjalani sesi skin graft atau cantuman kulit yang sihat pada bahagian zakarnya.

Bahan lain membesarkan zakar

Menurut Dr Amer Amin yang berkhidmat di Hospital St Vincent, Sydney, suntikan sendiri pada zakar dilakukan oleh ramai individu untuk meningkatkan saiznya dan telah dilaporkan akan menyebabkan kesakitan tersembunyi, ulser dan gangren Fournier.

Menurut beliau lagi, bahan-bahan lain yang turut biasa digunakan selain jeli petroleum adalah minyak mineral, nandrolone decanoate (androgenik dan steroid anabolik) dan lilin (wax).

Dr Amer turut menyatakan, sebab yang paling utama terjadinya gangren dan jangkitan ini adalah disebabkan kemasukan bahan atau bendasing ke dalam zakar.

Terdapat juga beberapa kajian perubatan dimana pakar mendedahkan bahawa, terdapat sekumpulan lelaki Thailand yang mendapat komplikasi kesihatan selepas menggunakan kaedah pembesaran zakar yang aneh.

Selepas 36 bulan, kumpulan lelaki Thailand ini mengalami kesakitan, pembengkakan dan ulser pada zakar mereka.

Berfikir sejenak, adakah anda rasa berbaloi menggunakan bahan-bahan atau kaedah yang tidak terbukti berkesan membesarkan saiz ‘terung’ anda?

Mungkin ia berkesan pada peringkat awal, tapi setelah beberapa tempoh masa, anda akan mendapat ‘hasil’ sebenar dan bonus penggunaannya yang mungkin anda tidak gemar. Sayangilah ‘terung’ anda untuk penggunaan jangka masa panjang. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Ramai yang tanya kenapa harus sunat? Ini kerana ia boleh mengelakkan jangkitan kuman, virus dan bakteria selain memberi impak positif selepas berkahwin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 mins read

    Betul Ke Orang Gemuk Punya Saiz Zakar Kecil? Kena Kuruskan Badan Nampaknya Ni!

    Ada mitos yang mengatakan orang gemuk punya saiz zakar kecil. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu jawapan yang tepat lagi sahih ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 mins read

    Miliki Zakar Kecil? Ada 6 Punca, Tapi Betul Ke Saiz Penis Sebab Keturunan?

    Saiz zakar besar sering dikaitkan dengan kenikmatan hubungan seksual walaupun itu tidak benar. Apakah faktor yang menentukan saiz zakar lelaki?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 23/06/2020 . 3 mins read

    Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

    Di dunia ini, terdapat banyak jenis zakar yang wujud. Namun, kalian tidak perlu risau kerana kesemuanya adalah normal. Klik untuk tahu anda yang mana satu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 19/06/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    zakar bengkok

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
    kesan onani

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 mins read
    bahaya onani

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 mins read