backup og meta

Isteri, Ini 6 Tanda Air Mani Suami Anda Itu Sihat, Boleh Perhati Dari Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/12/2022

    Isteri, Ini 6 Tanda Air Mani Suami Anda Itu Sihat, Boleh Perhati Dari Sekarang!

    Adakah pasangan saya mempunyai air mani sihat? Ini mungkin soalan yang berada dalam setiap minda wanita pada masa ini!

    Tiada cara mudah untuk memeriksa kualiti dan kuantiti sperma pasangan dan cara terbaik adalah dengan berjumpa doktor tetapi tanda-tanda berikut boleh membantu anda mendapatkan idea tentang kesihatan air mani suami sebelum membuat temu janji doktor.

    air mani sihat

    Suami anda sangat suka makan ikan

    Jika ikan adalah hidangan kegemarannya, maka peratusan dia mempunyai sperma berkualiti dan berkuantiti adalah tinggi dan terdapat penyelidikan juga menyokong kenyataan ini.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak makan ikan mempunyai kepekatan sperma 65 peratus lebih baik daripada mereka yang tidak.

    Jadi, jika lelaki anda suka memancing, maka peluang dia mempunyai air mani sihat adalah tinggi.

    Kurang makan daging yang diproses

    Jika dia tidak banyak makan daging yang diproses, kebarangkalian dia mempunyai air mani sihat juga adalah tinggi dan terdapat juga kajian untuk menyokong kenyataan ini.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang paling banyak makan daging yang diproses ternyata mempunyai bilangan sperma normal yang lebih rendah berbanding mereka yang makan dengan sedikit.

    Perut suami tidak buncit

    air mani sihat

    Menurut penyelidik dari Belanda, lelaki dengan ukur lilit pinggang 40 inci atau lebih besar mempunyai kepekatan dan bilangan sperma yang bergerak normal lebih rendah berbanding lelaki dengan pinggang yang lebih kecil.

    Para penyelidik mendakwa bahawa berat badan yang tinggi di sekitar perut boleh mengganggu pengeluaran dan perkembangan air mani.

    Tidak pakai seluar dalam ketat

    Suhu skrotum yang lebih rendah adalah penting jika suami anda mahu mempunyai sperma yang sihat dan seluar longgar membolehkan beliau mempunyai suhu skrotum yang lebih rendah jika dibandingkan dengan seluar ketat.

    Satu kajian dari UK menunjukkan bahawa lelaki yang memakai seluar pendek boxer menggantikan seluar dalam ketat adalah 24 peratus kurang berisiko untuk mempunyai air mani dengan kiraan rendah.

    Jadi seluar dalam yang suami anda pakai adalah penting untuk mendapatkan air mani sihat.

    Gimnasium adalah tempat kegemarannya

    Jika suami anda serius melakukan senaman, mungkin dia boleh mempunyai air mani yang berkualiti.

    Menurut penyelidik dari Harvard, lelaki yang bersenam secara sederhana atau berat sekurang-kurangnya 15 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

    Suami bukan seorang yang tampan

    air mani sihat

    Berita baik bagi lelaki yang berwajah biasa!

    Penyelidik Sepanyol dan Finland baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki dengan wajah yang tampan dianggap lebih cenderung untuk mempunyai kualiti air mani lebih rendah berbanding lelaki lebih berwajah feminin.

    Salah satu yang mungkin menjadi penyebabnya ialah: teori dipanggil “tradeoff hipotesis.”

    Ringkasnya, lelaki mempunyai jumlah tenaga yang tetap untuk digunakan bagi tujuan reproduktif.

    Tenaga tersebut yang perlu diagihkan kepada beberapa komponen yang berbeza.

    “Jadi, jika seorang lelaki menggunakan banyak sumber pada penghasilan air mani, dia mungkin mempunyai kurang sumber untuk membangunkan ciri-ciri seksual sekunder yang menarik, seperti muka yang maskulin,” kata Jukka Kekäläinen, Ph.D.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan