6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan

Menurut Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser prostat adalalah salah satu daripada jenis kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki berusia 50 tahun ke atas di negara kita.

Ia juga merupakan antara penyakit yang paling banyak menyebabkan kematian sama seperti penyakit kronik yang lain seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Mungkin banyak mitos tentang penyakit kanser prostat yang pernah kita dengar atau baca namun bukan semuanya boleh kita percaya.

Teruskan ikuti artikel ini untuk kenyataan yang mengejutkan!

Mitos kanser prostat yang sering diutarakan

Sama seperti gosip atau berita tentang COVID-19 yang banyak tular di media kini, bukan semuanya boleh kita percaya. Jadi, sila selidik terlebih dahulu sebelum sebar.

Jom belajar tentang 10 mitos kanser prostat yang selalu diutarakan dan telah dibongkarkan oleh Prostate Cancer Foundation:

#1. Kanser prostat lambat bertindak dan tiada apa yang perlu dirisaukan

Hakikatnya, ya dan tidak. Memang benar kanser jenis ini lambat bertindak dan memberikan kesan kepada tubuh badan namun ia bukan bermakna kalian tidak perlu risau tentangnya.

Ini kerana terdapat kira-kira 29 kanser prostat dan kesannya adalah berbeza bergantung kepada individu. Ada yang ringan, sederhana dan teruk mengikut tahap keagresifan sel kanser.

Sekiranya didapati kalian mungkin atau sedang menderita kanser jenis ini, jangan bertangguh dan segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan immunoterapi atau kimoterapi.

#2. Jika tidak mempunyai sebarang simptom, anda tidak mempunyainya

Mitos ini adalah salah sama sekali. Ini kerana kanser jenis ini mungkin tidak langsung menunjukkan simptom atau penderita itu sendiri terkeliru dengan gejala yang hampir mirip penyakit lain.

Antara simptom yang wajar diberi perhatian adalah masalah ketika membuang air kecil serta masalah ketika beraksi di ranjang terutamanya ketika ereksi dan ejakulasi.

Selain itu, mungkin juga akan berlaku kekejangan dan kesakitan pada otot di sekitar kawasan alat kemaluan yang seringkali disalahertikan sebagai gejala penyakit lain.

#3. Ia hanyalah penyakit yang berisiko untuk golongan warga emas

Ya, lebih tua usia anda, lebih tinggi risiko didiagnosis kanser prostat. Lebih kurang 65% daripada 165,000 kes di Amerika Syarikat adalah melibatkan lelaki berusia 65 tahun ke atas.

Namun terdapat juga pelbagai faktor risiko yang perlu dipertimbangkan. Antaranya adalah kondisi kesihatan, gaya hidup, sejarah keluarga, bangsa dan lokasi geografi.

Jadi, jangan pula anda sangka yang orang muda tidak berisiko langsung untuk menghidapinya. Mungkin umur adalah faktor utama namun wujud juga faktor lain.

#4. Pembedahan vasektomi boleh menjadi pencetus kanser prostat

Teknik kontraseptif ini sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai kondisi kesihatan lelaki termasuklah kanser jenis ini. Pun begitu, kajian pakar epidemiologi telah membuktikan ia tidak berkaitan.

Akan tetapi, kebanyakan dari lelaki yang mahu melaksanakan prosedur ini terlebih dahulu didiagnosis dengan kanser jenis ini. Namun kaitan di antaranya masih belum dapat diketahui.

Jadi, mungkin anda tidak perlu terlalu risau jika mahu melakukannya. Cuma, anda mungkin mahu memeriksa jika kalian sudah menghidapi kanser prostat terlebih dahulu untuk mengelakkan kesan sampingan.

kanser prostat

#5. Aktiviti seksual yang kerap meningkatkan risiko menghidapinya

Meskipun kita sering dimomokkan dengan kepercayaan bahawa kerap mengeluarkan air mani boleh meningkatkan risiko lelaki menghidapi kanser prostat. Namun, mitos ini adalah tidak benar.

Ini kerana kajian membuktikan bahawa lebih banyak lelaki ejakulasi, lebih kurang risiko untuk menghidapinya. Ejakulasi itu bukanlah salah satu dari faktor risiko kanser jenis ini.

Sebaliknya, ia lebih kepada faktor risiko yang lain seperti umur, kondisi kesihatan, gaya hidup, sejarah keluarga, bangsa dan lokasi geografi seseorang lelaki itu.

 #6. Anda tidak boleh mempunyai anak jika menghidapi kanser prostat

Kebenaran memang menyakitkan. Ya, penderita kanser jenis ini mungkin mempunyai masalah pada sistem reproduktif termasuklah kesulitan untuk mempunyai anak kelak.

Ini kerana penyakit ini akan menjejaskan fungsi prostat yang penting untuk penghasilan cecair prostatik untuk mengembangkan dan melindungi sperma di dalam testis.

Rawatan kanser jenis ini mungkin memerlukan pembedahan kelenjar prostat. Dalam pada itu, terapi radiasi juga adalah punca kepada masalah kesuburan penderita kanser jenis ini.

Jadi, ia memang membimbangkan. Sekiranya anda mengesyaki diri anda mungkin menghidapi kanser prostat, segera berjumpa doktor untuk khidmat konsultasi!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

Rasa mengantuk sebab tak cukup tidur boleh menyebabkan nafsu seks anda kurang. Ini boleh mengganggu kemesraan di antara anda dan pasangan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Suami Minta ‘Bersama’ Selepas Bertengkar? Jangan Tolak, Ini 8 Sebab Hubungan Jadi Lebih Sensasi!

Hubungan seksual selepas bergaduh bukanlah sesuatu yang pelik. Malah, seks boleh merapatkan lagi jurang hubungan di antara suami isteri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Ambil Viagra Rawat Mati Pucuk? AWAS, Jangan Ambil Jika Anda Termasuk 10 Golongan Ini!

Apa itu viagra? Ramai yang tahu ia adalah untuk merawat mati pucuk tapi ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit lain. Jom klik untuk ambil tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara hubungan suami isteri

Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan ‘Maintenance Sex’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
seks ketika tidur

Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
susah menelan

Ambil Perhatian! Susah Nak Telan Makanan Mungkin Petanda Kanser Esofagus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
kawan lelaki

Bila Lelaki Berkawan Baik, Jangan Pandang Serong! Bromance Ada Manfaatnya Pada Kaum Adam

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan