backup og meta

Keretakan Tulang Pinggul

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/02/2023

    Keretakan Tulang Pinggul

    Keretakan tulang pinggul adalah kecederaan serius, dengan komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Risiko keretakan tulang pinggul meningkat seiring dengan usia.

    Apa itu keretakan tulang pinggul?

    Keretakan tulang pinggul adalah patah di bahagian atas tulang paha (femur). Tahap keretakan bergantung kepada daya yang terlibat. Keretakan tulang pinggul adalah lebih daripada tulang patah. Jika anda lebih tua, keretakan tulang pinggul boleh menyebabkan masalah besar dalam hidup anda. Anda mungkin memerlukan pembedahan, dan mengambil masa selama setahun untuk pulih. Tetapi terapi fizikal boleh membantu mendapatkan kekuatan dan mobiliti anda kembali.

    Apakah penyebab keretakan tulang pinggul?

    Orang yang berusia lebih berisiko mengalami keretakan/patah tulang pinggul kerana tulang cenderung menjadi lemah seiring dengan usia (osteoporosis). Pelbagai ubat, masalah keseimbangan dan penglihatan kurang baik juga menjadikan warga tua cenderung jatuh, salah satu punca yang paling kerap berlaku keretakan tulang pinggul.

    Perkara-perkara lain yang meningkatkan risiko keretakan tulang pinggul termasuk:

    • Sejarah keluarga atau mempunyai ahli keluarga yang mengalami patah tulang.
    • Tidak mendapat kalsium dan vitamin D yang mencukupi, yang anda perlukan untuk tulang yang kuat.
    • Keadaan perubatan yang menyebabkan pening atau masalah dengan keseimbangan, atau keadaan seperti artritis yang boleh mengganggu pergerakan yang mantap dan selamat.
    • Tidak aktif. Senaman berat badan, seperti berjalan kaki, membantu memastikan tulang menjadi kuat.
    • Mengambil ubat tertentu, seperti ubat steroid jangka panjang yang digunakan untuk merawat asma atau COPD.

    Apakah simptomnya?

    Tanda dan simptom keretakan tulang pinggul termasuk:

    • Ketidakupayaan untuk bergerak serta-merta selepas jatuh
    • Akan ada ketidakselesaan yang ketara dengan apa-apa percubaan untuk berbaring atau beralih pinggul.
    • Kesakitan yang teruk di pinggul atau pangkal paha
    • Kaki lebih pendek di sebelah pinggang yang cedera
    • Ketidakupayaan untuk meletakkan berat pada kaki di sebelah pinggang yang cedera
    • Kaki beralih keluar pada sebelah pinggang yang cedera

    Faktor risiko

    Kadar keretakan tulang pinggul meningkat dengan ketara dengan usia, disebabkan oleh:

    • Masalah dengan keseimbangan dan penglihatan, yang boleh menyebabkan anda jatuh
    • Pengurangan ketumpatan tulang dan jisim otot
    • Jantina – wanita kehilangan ketumpatan tulang pada kadar yang lebih cepat daripada lelaki, sebahagiannya akibat penurunan paras estrogen yang berlaku dengan menopaus mempercepatkan menyebabkan kehilangan tulang. Bagaimanapun, lelaki juga boleh membina kepadatan tulang yang rendah yang berbahaya.
    • Keadaan perubatan kronik: Gangguan endokrin, contohnya gangguan usus, yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin D dan kalsium juga boleh menyebabkan keretakan tulang dan pinggul yang lemah atau tiroid yang terlalu aktif, boleh mengakibatkan tulang rapuh.
    • Ubat-ubatan tertentu: Kortikosteroid, seperti prednisone, boleh melemahkan tulang jika anda mengambilnya untuk jangka masa panjang.
    • Masalah nutrisi: Kekurangan vitamin D dan kalsium dalam diet anda semasa muda menurunkan jisim tulang puncak dan meningkatkan risiko keretakan tulang pada kehidupan seterusnya.

    Komplikasi keretakan tulang pinggul

    Keretakan tulang pinggul boleh mengurangkan kebebasan masa depan dan kadang kala memendekkan kehidupan anda. Jika patah/keretakan pinggul membuat anda tidak bergerak untuk tempoh yang lama, komplikasi boleh termasuk:

    • Gumpalan darah di kaki atau paru-paru anda
    • Jangkitan saluran kencing
    • Pneumonia
    • Parut katil (Bedsores)
    • Kehilangan jisim otot lebih lanjut, akan meningkatkan risiko jatuh dan kecederaan

    Anda harus memastikan tulang anda kuat dan perlu berhati-hati agar tidak jatuh untuk menghalang anda daripada keretakan tulang pinggul.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan