backup og meta

Wanita Kerap Alami Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warna Cecair Miss V Normal Atau Tidak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/10/2022

    Wanita Kerap Alami Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warna Cecair Miss V Normal Atau Tidak!

    Bagaimana untuk membezakan warna keputihan normal atau tidak normal?

    Amnya, keputihan atau pelepasan faraj (vaginal discharge) adalah masalah yang sering dialami kebanyakan wanita. 

    Jika ingin tahu cara membezakannya, teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu keputihan?

    Sebelum mengetahui cara membezakan sama ada keputihan normal atau tidak, ayuh fahami mengenai masalah pelepasan faraj ini.

    Keputihan adalah cecair yang mengandungi campuran rembesan faraj dan lendir serviks. Kebiasaannya, keputihan ini adalah sesuatu yang normal.

    Jumlah yang terhasil adalah berbeza-beza, begitu juga dengan bau dan warna keputihan normal – berkisar daripada warna jernih hingga putih –  bergantung kepada masa dalam kitaran haid.

    Contohnya, anda mungkin akan mengalami lebih banyak keputihan apabila berada dalam waktu subur atau ovulasi (ovulation), menyusukan atau sedang dalam keghairahan seksual.

    Ia mungkin mengeluarkan bau yang berbeza semasa anda mengandung atau ketika anda tidak menjaga kebersihan bahagian peribadi.

    Namun, setiap perubahan yang dilalui mungkin tidak mendatangkan kebimbangan.

    Walau bagaimanapun, jika keputihan yang dialami mempunyai warna, bau atau konsistensi berbeza daripada biasa.

    keputihan normal atau tidak

    Ditambah jika sering rasa gatal atau rengsa pada bahagian faraj, anda mungkin berdepan risiko jangkitan atau masalah kesihatan lain.

    Kehamilan atau perubahan hormon juga boleh menjejaskan konsistensi dan jumlah pengeluaran cecair vagina.

    Warna keputihan tak normal mungkin berwarna kuning atau hijau, berketul dalam konsistensi atau mungkin mendatangkan bau busuk.

    Yis atau jangkitan bakteria biasanya menjadi faktor yang menyebabkan warna keputihan tidak normal.

    Keputihan normal atau tidak: Perbezaan warna

    Terdapat beberapa jenis keputihan. Jenis vaginal discharge ini dikategorikan berdasarkan warna keputihan normal dan tidak normal serta tahap konsistensinya.

    Beberapa jenis warna keputihan boleh dianggap keputihan yang normal.

    Manakala, beberapa jenis warna keputihan lain mungkin menunjukkan bahawa ia adalah berkaitan masalah keputihan yang tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan perhatian serta rawatan.

    keputihan normal atau tidak

    Keputihan normal atau tidak: Vaginal Discharge biasa

    Warna keputihan normal biasanya jernih, mungkin likat, cair dan lazimnya tidak berbau.

    Namun, jumlah yang dihasilkan dan konsistensinya mungkin berubah apabila hampir dengan kitaran haid.

    Ia dikaitkan dengan hormon estrogen iaitu apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh kedatangan haidnya, lendir yang terhasil adalah lebih likat dan putih.

    Ia berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada.

    Keputihan jenis ini tidak menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

    Oleh sebab itu, perbuatan meruang ataupun memasukkan sesuatu untuk membersihkan faraj akan mengganggu fisiologi di dalam vagina.

    Bakteria baik akan mati dan ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria yang jahat.

    Baca juga:

    Keputihan tidak normal

    Adakaha keputihan normal atau tidak? Ia dianggap luar biasa disebabkan oleh jangkitan kuman.

    Sebarang perubahan terhadap keseimbangan bakteria baik dalam faraj boleh menjejaskan bau, warna, atau konsistensi keputihan.

    Selalunya ia akan menghasilkan cecair putih yang lebih likat dan kadang-kadang ia boleh menghasilkan warna hijau yang selalunya berbau busuk.

    Akibatnya, wanita akan mengalami kegatalan, iritasi dan keradangan pada kawasan faraj. Bagi jenis ini anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

    Keadaan yang menganggu keseimbangan faraj

    Terdapat beberapa keadaan yang boleh mengganggu keseimbangan cecair faraj, antaranya adalah seperti:

    keputihan normal atau tidak

    • Jangkitan pada serviks selepas pembedahan
    • Penyakit radang pelvis (PID) – Jangkitan ini biasanya merebak disebabkan oleh perhubungan seksual. Ia terjadi apabila bakteria merebak ke faraj dan memasuki sistem pembiakan. Adakah keputihan normal atau tidak? Ia mungkin akan menghasilkan lendiran yang banyak dan berbau
    • Trichomoniasis – Merupakan sejenis jangkitan parasit yang menjangkiti apabila melakukan seks tanpa perlindungan. Ia disebabkan oleh protozoan, atau organisma bersel tunggal. Ia boleh merebak apabila melakukan hubungan seksual. Tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menjangkiti apabila berkongsi tuala atau pakaian renang. Ia akan menyebabkan keputihan yang berwarna hijau atau kuning dengan bau tidak menyenangkan. Kesakitan, kerengsaan dan kegatalan turut menjadi antara simptom biasa, walaupun terdapat kemungkinan sesetengah individu tidak mengalami sebarang simptom
    • Atrofi faraj – Mengalami penipisan dan kekeringan pada dinding faraj semasa proses menopaus
    • Vaginitis – Kerengsaan pada bahagian dalam atau sekitar faraj
    • Jangkitan yis – Adalah jangkitan kulat yang menghasilkan vaginal discharge seakan keju putih dan menyebabkan timbul kegatalan dan rasa terbakar. Kewujudan yis dalam faraj adalah normal, tetapi peningkatannya boleh menyebabkan ia di luar kawalan. Punca peningkatan seperti tekanan, diabetes, penggunaan alat kawalan kehamilan, kehamilan, penggunaan antibiotik terutama untuk pengambilan melebihi 10 hari

    Jika anda tidak pasti keputihan normal atau tidak, berjumpalah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan