OPV juga secara amnya adalah selamat. Namun, masih terdapat risiko jangkitan polio disebabkan oleh virus yang diterima melalui vaksin tersebut. Ia disebut sebagai Vaccine Associated Paralytic Poliomyelitis (VAPP) yang berlaku 1 dalam sejuta penerima vaksin.
Selain VAPP, terdapat satu lagi jenis jangkitan disebabkan vaksin iaitu Circulating Vaccine Derived Poliovirus (cVDPV). Ini disebabkan mutasi pada virus di dalam vaksin tersebut sehingga menyebabkan penyakit. Mutasi biasanya berlaku pada virus jenis 2. Oleh sebab itu, tOPV ditukarkan kepada bOPV untuk mengurangkan risiko cVDPV, lebih-lebih lagi selepas virus jenis 2 telah dihapuskan.
Anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan vaksin ini. Di Malaysia, tiada kes polio dilaporkan sejak Oktober 2000. Namun, ia masih perlu diambil sehingga tiada lagi kes dilaporkan di seluruh dunia kerana masih ada risiko jangkitan virus ini daripada negara luar.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen