Apa Perlu Tahu sebelum Sesi Yoga Pertama Anda

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019
Share now

Apabila anda mendengar perkataan “yoga”, apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda? Adakah tubuh yang boleh lentur dengan posisi pelik yang sukar dipercayai dia atas tikar yoga? Atau, mungkin juga rasa sakit dan ekspresi muka yang membingungkan apabila cuba untuk menyeimbangkan gaya yoga dan pernafasan? Atau badan yang kurus dalam pakaian sukan dengan label jenama seperti-buah pada pakaian tersebut? Atau mungkin anda membayangkan seseorang yang duduk dengan tangan di atas paha, dengan gaya ekspresi muka yang tenang dan relaks tetapi dalam postur menegak?

Jika anda pernah membayangkan adegan-adegan tersebut, sebenarnya, anda tidak keseorangan. Mungkin anda sudah lama terfikir untuk memulakan yoga, tetapi anda teragak-agak untuk datang ke studio yoga kerana anda fikir tubuh anda tidak cukup fleksibel untuk melakukan yoga. Jika anda berada dalam golongan ini, teruskan membaca artikel ini bagi mendapatkan pemahaman yang terang mengenai yoga.

Apa yang patut anda lakukan apabila anda mula melakukan yoga sebagai salah satu rutin harian anda?

Berfikiran terbuka kepada dunia baru

Mengapa ini menjadi salah satu senarai yang perlu anda lakukan apabila ingin mula melakukan yoga? Apabila anda sudah menanam idea ini di fikiran anda, seperti anda tidak cukup fleksibel, tidak cukup kurus, tidak cukup muda, ataupun tidak cukup yakin untuk menghadiri kelas yoga kerana gaya yang dilakukan sukar untuk anda, maka penting untuk anda menggalakkan diri datang ke sesi atau kelas yoga dengan hati terbuka, bahawa anda akan mencuba sesuatu yang baru, yang memerlukan anda menyesuaikan diri. Ini boleh membantu anda mengurangkan beban apabila anda melihat peserta lain melakukan gaya yang sukar dengan cara pro.

Tanamkan dalam minda anda bahawa yoga bukanlah suatu pertandingan. Perkara paling penting adalah anda perlu meluangkan masa di atas tikar untuk berlatih yoga. Perkara lain yang perlu anda ingat adalah yoga boleh diamalkan oleh semua golongan: dari muda hingga tua atau dari kurus sehinggalah golongan yang gemuk. Semakin anda rasa bahawa anda tidak fleksibel, semakin perlu anda berlatih yoga.

Cuba pelbagai jenis yoga

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dan merasakan yoga tidak sesuai untuk anda, cuba pelbagai jenis yoga lain adalah perkara paling utama yang perlu anda ingat. Terdapat pelbagai sebab di sebaliknya, seperti jika anda mempunyai personaliti dinamik tetapi anda cuba melakukan yoga Hatha, iaitu satu yoga dengan pergerakan perlahan, atau jika anda seorang yang relaks, tetapi anda cuba melakukan yoga Vinyasa, yang merupakan satu yoga dengan pergerakan pantas.

Praktikkan etika yoga semasa memasuki kelas yoga

Tepati masa, tutup telefon atau biarkannya dalam mod senyap, dan jika anda datang berteman ke kelas tersebut, perlahankan suara anda apabila bercakap, walaupun sebelum kelas bermula. Jika terdapat sebarang hal penting yang memerlukan anda untuk meninggalkan kelas lebih awal, jangan lupa untuk meminta kebenaran daripada tenaga pengajar anda sebelum kelas bermula. Jangan segan untuk memberitahu pengajar anda bahawa ini adalah pertama kali anda melakukan yoga. Anda juga boleh mengucapkan terima kasih kepada pengajar anda jika anda seronok melakukan sesi tersebut, atau jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh bertanyakan kepada pengajar selepas habis kelas.

Pakai pakaian yang selesa

Jangan rasa rendah diri jika anda tidak memakai kostum yoga yang berjenama. Perkara paling penting adalah anda rasa selesa dengan pakaian anda. Juga, jangan lupa membawa tuala kecil atau air botol untuk memastikan anda tidak mengalami dehidrasi semasa sesi yoga pertama anda.

Jangan ragu-ragu menggunakan alat penyokong yoga

Selain tikar yoga yang selalunya disediakan oleh studio yoga (termasuk dalam kos sesi/ kelas), terdapat beberapa studio yang menyediakan alat penyokong yoga lain, seperti blok dan tali pengikat. Alat penyokong ini boleh membantu anda menyadur dengan gaya-gaya yoga yang masih belum anda kuasai. Jika anda meletakkan alat penyokong yoga di sebelah tikar yoga, pengajar biasanya akan mengajar anda menggunakan alat tersebut semasa kelas berlangsung. Jika anda ingin berlatih yoga dengan serius, adalah amat disyorkan jika anda mendapatkan tikar yoga berkualiti tinggi. Ia umpama pelaburan terbaik untuk latihan yoga anda yang akan datang.

Ya, penting untuk anda menghargai usaha anda untuk datang ke studio, berlatih dan berpeluh selama lebih daripada satu jam. Ingatlah bahawa jika anda menjalani yoga dengan kerap, ia akan membawa perubahan kepada anda baik dari segi fizikal dan juga mental. Jadi, jangan lupa untuk mengumpul maklumat tentang jadual kelas yoga anda dan letakkan dalam kalendar anda. Anda boleh mendapatkan pakej yoga untuk penjimatan, dan sudah tentu untuk mendorong anda kembali mengamalkan yoga secepat mungkin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Rujukan

    Off the Couch and Onto the Mat: What to Expect from Your First Yoga Class http://life.gaiam.com/article/couch-and-mat-what-expect-your-first-yoga-class. Accessed August 24, 2016.

    10 Tips For Your First Yoga Class http://www.yoganonymous.com/10-tips-for-your-first-yoga-class/. Accessed August 24, 2016.

    10 Things to Know Before Your First Yoga Class http://www.popsugar.com/fitness/What-Know-Before-Your-First-Yoga-Class-28384543. Accessed Augus 24, 2016.

    Dian Sonnerstedt adalah pengamal yoga sejak tahun 2016. Cinta beliau terhadap yoga membawa beliau daripada bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah ...

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Jenis-jenis Yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Urutan kehamilan, manfaatnya dan risiko telah menjadi topik kontroversi sejak sekian lama. Walaupun terdapat penyelidikan kecil mengenainya, dan tidak ada persetujuan kukuh dalam kalangan saintis, penyelidikan perubatan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Rahsia Proses Bersalin Normal

    Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Rahsia Proses Bersalin Normal
    READ MORE FROM Dian Sonnerstedt

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

    Mesti anda pernah terbaca mengenai fakta anak ketiga. Adakah ia benar atau tidak? Jom ketahui keperibadian anak nombor 3 yang mungkin tidak disedari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Ada perokok tegar yang mula beralih daripada rokok biasa kepada rokok gulung kerana sangka ia lebih baik. Klik untuk tahu bahaya rokok gulung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Dian Sonnerstedt adalah pengamal yoga sejak tahun 2016. Cinta beliau terhadap yoga membawa beliau daripada bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah ...

    Artikel lain untuk anda

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020