backup og meta

Tip Menjadikan Kehidupan Lebih Produktif

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2020

    Tip Menjadikan Kehidupan Lebih Produktif

    Pernah tak anda merasa seperti tidak bermaya untuk melakukan tugasan harian, tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkara ingin anda lakukan atau diri anda ‘dihujani’ dengan perasaan malas yang membuak-buak walaupun hakikatnya, banyak perkara dan kerja yang perlu anda lakukan dan siapkan? Berikut dikongsikan beberapa tip untuk menjadikan diri dan kehidupan lebih produktif.

    1. Bangun awal

    Bagi sesetengah individu, bangun pagi merupakan satu kebiasaan. Namun, tidak dinafikan ada individu yang mungkin dikategorikan sebagai ‘not morning person’, mungkin akan berdepan dengan masalah. Tetapi sebenarnya, bangun awal pagi membolehkan anda memiliki lebih banyak masa, berbanding anda bangun pada lewat tengah hari yang mungkin menyebabkan anda menjadi kelam kabut, sekali gus membuatkan emosi anda menjadi tidak baik.

    1. Senarai tugasan

    Elakkan dari membebankan diri dengan senarai tugasan yang terlalu kompleks atau tidak seimbang. Sebaiknya perkecilkan skop tugasan, misalnya – berbanding menulis ‘sediakan makan malam’, anda boleh menulis – ‘membeli barangan basah, memasak makan malam’. Dalam senarai tugasan juga anda dinasihatkan untuk menyeimbangkan tugasan yang ingin dilakukan. Ini kerana terdapat tugasan yang mungkin memerlukan lebih masa, manakala ada tugasan yang boleh diselesaikan dalam sekelip mata. Pastikan anda kekal dengan senarai tugasan yang dilakukan.

    1. Matlamat harian

    Digalakkan untuk membuat matlamat harian berdasarkan kemampuan diri. Ini kerana apabila seseorang individu cuba untuk menjadi produktif, mereka akan cuba untuk menyelesaikan segalanya dalam masa seharian tanpa mengambil kira kemampuan diri dari aspek masa dan tenaga. Daripada memfokus matlamat untuk menyelesaikan tugasan dalam masa sehari berdasarkan kuantiti, mungkin anda boleh memberikan tumpuan kepada menyelesaikan apa yang boleh anda lakukan berdasarkan kualiti. Mungkin anda boleh sediakan 3-5 matlamat harian – tidak terlalu memberikan tekanan.

    1. Rehat dan ganjaran

    Jika anda melakukan tugasan ataupun matlamat dengan fokus, tanpa sebarang gangguan, berikan diri anda rehat sebentar 5-10 minit – untuk merengangkan badan atau pergi ke bilik air.. Sebaiknya, ketika waktu rehat, hindari dari melihat atau memeriksa telefon, email atau apa sahaja, kerana ia mungkin membuatkan fokus anda terganggu dari menyelesaikan tugasan atau matlamat.

    Mungkin apabila selesai satu tugasan atau matlamat, anda boleh memberikan diri anda rehat yang lebih panjang untuk anda makan, berehat, memeriksa telefon mahupun emel dan sebagainya. Tapi pastikan anda tetapkan masa agar anda kekal fokus untuk menyelesaian tugasan dan matlamat yang selebihnya.

    1. Dapatkan bantuan

    Mungkin ada perkara yang tidak anda fahami atau sukar untuk anda lakukan, jangan malu untuk dapatkan bantuan dari individu yang boleh membantu. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan anda dari membuang masa untuk cuba menyelesaikan sesuatu yang anda tidak dapat atau tidak tahu, malah dalam masa yang sama, dari aspek positif anda boleh belajar dan tugasan anda akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

    1. Ketepikan gangguan

    Jika anda melakukan tugasan atau matlamat di tempat kerja, sebaiknya anda ketepikan segala perkara dan benda yang cenderung untuk mendatangkan gangguan kepada anda, seperti telefon, laman carian yang tidak perlu di komputer seperti laman media sosial dan sebagainya. Fokus dan lakukan yang terbaik.

    1. Hargai masa

    Ketika anda sedang fokus menyelesaikan tugasan anda di tempat kerja, mungkin akan hadir rakan sekerja yang mengajak anda bersembang atau keluar minum dan makan. Tidak salah untuk menolak dengan baik jika masih banyak tugasan yang perlu dilakukan atau anda mungkin boleh menyelesaikan tugasan anda terlebih dahulu.

    1. Selesai tugasan

    Apabila anda berjaya menyelesaikan segala tugasan dan matlamat harian anda, cuba periksa dan nilai kembali apa yang anda telah lakukan. Jika ada tugasan yang mungkin tidak mendatangkan rasa kepuasan, anda boleh perbaikinya dengan lebih baik.

    1. Menjaga diri

    Untuk menjadikan diri anda lebih fokus dalam melakukan dan menyelesaikan setiap tugasan dan matlamat yang dirancang, perkara yang paling utama adalah kesihatan diri anda. Luangkan masa untuk bersenam, 30 minit, 3 kali seminggu, cukup untuk membekalkan tenaga yang diperlukan. Individu yang aktif adalah individu yang produktif. Pastikan anda tidur dengan baik agar ketika anda bangun dan terjaga, anda akan menjadi lebih fokus dan produktif. Dalam masa yang sama, pastikan anda mengambil diet pemakanan seimbang dan kaya nutrien untuk membantu badan menjana tenaga.

    Memilih dan membuat senarai tugasan dan matlamat setiap hari, membolehkan anda fokus dengan lebih baik dan lebih produktif. Anda juga akan mendapati diri anda adalah lebih produktif dan berjaya dengan kerja dan kehidupan. Ia juga membolehkan anda mengawal masa, keutamaan dan pemikiran anda. Dalam masa yang sama, sentiasa menjaga diri; fizikal dan mental, agar anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik setiap hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan