backup og meta

Tip Hindari Tidur Berdengkur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Tip Hindari Tidur Berdengkur

    Berdengkur adalah sesuatu yang normal untuk berlaku ketika anda sedang tidur. Ia merupakan satu tabiat yang lebih cenderung dialami oleh individu lelaki berbanding wanita. Namun, tidur berdengkur juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang serius dan berisiko untuk mewujudkan masalah kesihatan yang kronik apabila usia semakin bertambah. Tanpa anda sedari, masalah tidur berdengkur ini juga boleh mengganggu ketenteraman pasangan anda. Jadi, apa kata anda ikuti artikel ini untuk mengetahui cara untuk hindari tidur berdengkur.

    Tip hindari tidur berdengkur

  • Berat badan

  • Cuba untuk kekalkan berat badan yang sihat dan seimbang dengan mengamalkan pengambilan diet pemakanan yang sihat. Mempunyai berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan dengkur. Lemak pada bahagian leher akan mengecilkan saluran udara dan menghalang aliran udara keluar masuk dengan bebas.

    Mungkin anda boleh mencuba untuk mengurangkan berat anda jika pertambahan berat membuatkan anda berdengkur. Ini kerana individu yang berbadan kurus juga, ada masanya turut berdengkur.

    1. Posisi tidur

    Tidur meniarap mungkin menyebabkan kedudukan lidah anda menghalang laluan udara pada tekak – mengakibatkan muncul bunyi getaran yang menyebabkan dengkur. Mengubah posisi tidur anda kepada cara mengiring dipercayai dapat membantu anda mengatasi masalah ini. Jika masalah ini masih berterusan, ia mungkin disebabkan masalah apnea tidur obstruktif dan anda perlu berjumpa doktor untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

    1. Alkohol, merokok

    Hindari pengambilan alkohol sebelum tidur dapat mengurangkan kecenderungan untuk mengalami dengkuran. Ini kerana alkohol menyebabkan otot anda menjadi terlalu ‘tenang’ berbanding ketika waktu tidur biasa. Keadaan ini sekali gus menyebabkan bahagian belakang tekak anda ‘jatuh’ ke belakang ketika anda bernafas – mengakibatkan munculnya dengkur. Merokok merupakan antara tabiat yang turut boleh menyebabkan dengkur anda menjadi lebih teruk. Jadi, sebaiknya pilih untuk kurang merokok atau untuk lebih baik, cuba untuk berhenti merokok.

    1. Pemakanan

    Perhatikan apa yang anda makan. Mengambil sebarang hidangan berat mungkin boleh mengganggu tidur dan memburukkan lagi masalah dengkur anda. Untuk mendapatkan tidur yang baik, makan malam beberapa jam sebelum tidur. Dan jika anda terasa untuk mengunyah sesuatu sebelum tidur, snek sihat seperti potongan buahan adalah pilihan terbaik.

    1. Alahan

    Mengalami alahan juga boleh menyebabkan anda berdengkur. Apabila saluran pernafasan anda terhalang, sistem pernafasan berlaku melalui mulut. Cuba ubati alahan anda dengan pengambilan antihistamin sebelum tidur mungkin dapat membebaskan gangguan pada laluan hidung anda.

    1. Bersenam

    Anda boleh mengurangkan berat anda dengan bersenam. Dan sebenarnya walaupun anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah berkaitan dengan berat, bersenam secara tetap boleh membantu anda mendapat tidur yang lebih baik dan mengurangkan dengkuran. Ini kerana bersenam menjadikan otot anda lebih kuat dan mengurangkan risiko ‘penghalangan’ laluan pernafasan ketika tidur.

    1. Air

    Cuba untuk mengamalkan tabiat minum air dengan banyak. Ini dapat membantu badan kekal terhidrasi. Apabila anda mengalami dehidrasi, cecair seakan mukus akan terbentuk pada bahagian dalam mulut dan tekak yang menghalang udara dan membuat anda berdengkur.

    Anda boleh mencuba tip hindari tidur berdengkur ini untuk membantu anda mengatasi masalah dengkur yang anda hadapi. Tetapi jika ia masih berterusan dan mungkin menganggu tidur anda, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah kesihatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan