Aktiviti ritma sirkadian boleh bervariasi mengikut keadaan semasa, sebagai contoh jika anda mempunyai banyak kerja untuk diselesaikan. Dalam situasi tersebut, ritma sirkadian akan memberikan sejumlah tenaga melalui hormon kortisol untuk anda meneruskan kerja anda. Namun, adakah anda akan terus berjaga sehingga kerja anda siap? Jawapannya adalah ia bergantung kepada tahap keperluan anda untuk tidur.
Ini kerana ia juga dikawal selia oleh kitaran tidur-jaga. Sistem ini akan memantau keperluan dan mengawal selia keamatan tidur. Semakin lama anda berjaga, semakin kuatlah keinginan untuk melelapkan diri, mengakibatkan bertambah lamalah durasinya. Ia beroperasi sebagai jam randik semula jadi dan jika tiba masa kritikal, akan tinggi kemungkinan untuk anda terlelap. Anda pernah tersengguk ketika belajar pada waktu malam? Itulah salah satu contoh peranan yang dimainkan oleh kitaran ini.
Fenomena Second Wind
Walaupun ia bukan merupakan terma yang diketahui ramai, fenomena second wind adalah merupakan fenomena biologikal yang sering dihadapi oleh setiap individu terutamanya mereka yang suka menggunakan peranti mudah alih sebelum melelapkan diri. Ia merupakan situasi di mana walaupun anda berasa penat, namun pada masa yang sama, anda berasa cergas dan sukar untuk terlelap pada waktu malam.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen